Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA

JALAN SULTAN ISKANDARTel.


SHAHPengetua : 05-7733110
Tel.Pejabat
33007 KUALA KANGSAR : 05-7733112
NO. FAX
PERAK DARUL RIDZUAN : 05-7733111
Kod Sekolah : AEB 4072

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 30 Mac 2017

Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT)


SMK Raja Muda Musa
Jalan Sultan Iskandar Shah
33007 Kuala Kangsar,
Perak

Kepada:
Yang Dipertua PIBG,
SMK Raja Muda Musa
Jalan Sultan Iskandar Shah
33007 Kuala Kangsar,
Perak

Melalui dan salinan:


Pengetua
SMK Raja Musa Musa

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN DANA PIBG UNTUK PEMBIAYAIAN KOS MEMBAIKI


TANGGA BERSEBELAHAN BILIK GURU

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMK Raja Muda ingin memohon sumbangan
pihak tuan membiayai kos pembaikan tangga bersebelahan bilik guru yang sudah
rosak. Dengan ini kami sertakan kertas kerja yang berkaitan.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

MIOR NOR KHAIRI BIN HARIS


Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan
SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar.
KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PEMBIAYAIAN KOS
MEMBAIKI TANGGA BERSEBELAHAN BILIK GURU

1.0 PENDAHULUAN

Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) ingin memohon sumbangan pembiayaian kos
membaiki tangga bersebelahan bilik guru yang telah rosak. Tangga ini merupakan
laluan para pelajar dan guru-guru ke tapak perhimpunan dan kantin sekolah.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Tangga lama ini telah dibina hampir 6 tahun yang lepas oleh bekas guru SMK RMM
iaitu Ustaz Marzuki. Oleh yang demikian telah terdapat beberapa kerosakan
terutama dibahagian anak-anak tangga.
2.2 Pembaikan tangga ini perlu dilakukan demi keselamatan guru-guru dan para
pelajar yang menggunakannya. Beberapa orang guru dan pelajar pernah terjatuh
sewaktu menggunakan tangga tersebut kerana saiz anak tangga yang tidak sama
dan agak tinggi daripada saiz anak tangga biasa. Selain itu, simen anak tangga
tidak rata dan berlubang- lubang.

3.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


3.1 Anggaran kos perbelanjaan untuk membaiki tangga adalah sebanyak RM600.
Pembaikan akan dibuat oleh Masnoor Entreprise.

4.0 RUMUSAN
KGKT amat berharap sumbangan daripada PIBG untuk membaiki tangga yang
menjadi kegunaan semua warga SMK Raja Muda Musa.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

MIOR NOR KHAIRI BIN HARIS HJ MOHD ZABIDI BIN MOHD


ZAIN
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Pengetua
SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar. SMK Raja Muda Musa, Kuala
Kangsar.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai