Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PEMBAIKAN INFRASTRUKTUR PADANG HOKI

MAKTAB SULTAN ABU BAKAR JOHOR BAHRU

1.0

LATAR BELAKANG

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat komited untuk
membangunkan sukan hoki di Malaysia. Sebagai makluman, pasukan hoki Malaysia menduduki
ranking ke-13 di dunia. Justeru , KBS sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar sekolah untuk mewakili
negara pada suatu masa nanti.. Di peringkat sekolah, pihak pengurusan menjadikan sukan hoki
sebagai sukan utama selain daripada sukan ragbi. Maka melalui kertas kerja ini diharapkan
hasrat untuk memiliki padang hoki yang lengkap di Maktab Sultan Abu Bakar dapat
direalisasikan.

2.0

MATLAMAT PROJEK

2.1
Projek ini merupakan projek untuk membaikpulih tiang gol hoki yang sedia ada di padang
hoki Maktab Sultan Abu Bakar
2.3
Selain itu juga, dengan berjayanya projek baikpulih ini, perkembangan sukan hoki di MSAB
semakin rancak dan membuahkan hasil yang positif dalam jangka masa yang panjang nanti.

3.0

KEKUATAN SUKAN HOKI DI MSAB

3.1
MSAB pernah melahirkan pemain-pemain yang pernah mewakili negeri Johor dan negara
Malaysia. Seperti baru-baru ini, seramai 3 orang bekas pelajar MSAB telah mewakili Johor dalan
Kejohanan Piala Razak iaitu Muhammad Nur Fitri Zainurin, Muhammad Ain Abd Rahman dan
Muhammad Firdaus Rahim.
3.2
Pada tahun 2014, MSAB telah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan hoki
MSSD Johor Bahru untuk kali ke 20 berturut-turut.
3.3
MSAB telah mendapat tempat Ketiga dalam Kejohanan Hoki Sekolah-Sekolah Premier
peringkat Zon Selatan dan mendapat Naib Johan dalam sirkit liga hoki bawah 16 tahun peringkat
negeri Johor
3.5
MSAB memiliki pemain hoki yang sehingga hari ini, MSAB memiliki seramai 35 orang
pemain dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pemain-pemain hoki MSAB merupakan pemain yang
berpotensi kerana sebahagian besarnya pernah mewakili sekolah dan daerah sewaktu berada di
sekolah rendah.
3.8
MSAB juga memiliki jurulatih dalam kalangan guru yang memiliki sijil kejurulatihan dari
Malaysian Hockey Confederation (MHC). Ini menunjukkan MSAB tidak memiliki masalah dari
aspek kejurulatihan berdasarkan pengalaman dan pengiktirafan yang diberikan oleh MHC.
4.0

PERNYATAAN MASALAH

Walaupun MSAB memiliki kekuatan tersendiri dalam sukan hoki, namun didapati beberapa
kekangan timbul dari aspek latihan. Antaranya MSAB tidak memiliki tempat latihan yang sempurna
kerana hanya berlatih di atas simen gelanggang futsal di Asrama MSAB sejak tiga tahun yang
lepas. Keadaan ini menimbulkan kekangan dalam mendapatkan latihan yang berkualiti kerana:

4.1
Gelanggang futsal yang tidak sesuai untuk latihan kerana berlubang dan mengalami
rekahan. Selain masalah bola tersangkut timbul juga masalah keselamatan kerana simen yang
berlubang.
4.2
Saiz gelanggang bola tampar yang agak sempit dan hanya berukuran 20 X 50 meter dan
menyukarkan para pemain untuk berlatih kerana jumlah pemain seramai 35 orang. Keadaan ini
menyebabkan jurulatih hanya dapat menumpukan perhatian kepada aspek latihan asas sahaja
kerana drill dan taktikal tidak dapat dilakukakan disebabkan oleh saiz tempat latihan yang
sempit.
.
4.4
Masalah kewangan untuk menyewa Stadium Hoki Taman Daya (astroturf) kerana kadar
sewaan adalah sebanyak RM 100.00 untuk satu sesi selama 1 jam 30 minit. Selain itu ia juga
menyukarkan jurulatih kerana tempahan seringkali bertembung dengan tempahan dari sekolah
dan institusi lain.
5.0

CADANGAN BAIKPULIH

5.1
Membaiki dua buah tiang gol hoki sedia ada dengan mengecat dan menggantikan kayu di
bahagian belakang tiang gol.
5.2
Memohon bantuan daripada PIBG MSAB untuk menambak pasir di padang hoki MSAB di
bahagian padang yang berlubang dan berlopak.
6.0

KEWANGAN

Bil Perihal barag-barang/perkhidmatan dan


Harga (RM)
syarat-syarat khas
1 Kerja-kerja mengecat dan menggantikan kayu 2 X RM170.00 = RM340.00
di bahagian belakang tiang gol hoki
2 Meletakkan jaring di bahagian belakang tiang 2 X RM 80.00 = RM160.00
gol hoki
3 Menambak pasir dan tanah bagi meratakan
PIBG
permukaan padang yang berlubang.
JUMLAH BESAR

8.0

RM 500.00

PENUTUP

Adalah menjadi hasrat kelab hoki untuk melihat pembaikpulihan padang hoki ini menjadi
kenyataan hasil daripada sokongan kewangan pihak sekolah dan PIBG MSAB. Semoga dengan
usaha ini dapat membantu menyinarkan kembali kegemilangan sukan hoki MSAB.

Disediakan oleh :

(Mohd Hafidz Mohamed Mahidin)


Guru penasihat/Jurulatih hoki
Maktab Sultan Abu Bakar, JB

Disemak oleh :

(Tuan Haji Hamdan bin Sahak)


Setiausaha Sukan
Maktab Sultan Abu Bakar, JB

Disokong oleh :

(En Sugendran A/L Kumaran)


Pen Kanan Kokurikulum
Maktab Sultan Abu Bakar, JB

Diluluskan oleh :

(TUAN HAJI SAMSUDIN BIN MD ARIFF.)


Pengetua
Maktab Sultan Abu Bakar, JB

Anda mungkin juga menyukai