Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PEMBELIAN PERALATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PJPK DAN PERALATAN KOKURIKULUM SUKAN PERMAINAN
MRSM ALOR GAJAH 2021

1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan pembelian peralatan sukan bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan dan peralatan Kokurikulum
Sukan Permainan MRSM Alor Gajah.
Dengan pembelian peralatan ini dapatlah pihak kami memenuhi keperluan Pengajaran dan
Pembelajaran PJPK serta Kokurikulum Sukan Permainan memandangkan peralatan sedia ada tidak
mencukupi dengan jumlah pelajar yang ramai. Sehubungan itu, pihak kami memohon peruntukkan
kewangan sebanyak RM 5500 bagi tujuan tersebut.

2.0 MATLAMAT
Memperkenalkan gaya hidup sihat kepada pelajar-pelajar serta menggunakan peralatan sukan
secara maksima bagi tujuan pembangunan bakat pelajar dalam sukan dan permainan. Di samping itu
dapat melatih pelajar-pelajar yang berkebolehan untuk mewakili MRSM Alor Gajah ke peringkat MSSD
hingga ke peringkat MSS Malaysia. Diharapkan dengan adanya peralatan yang lengkap dan memenuhi
kehendak kokurikulum dapat meningkatkan lagi mutu sukan pelajar-pelajar di MRSM Alor Gajah.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada semua pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum tanpa
sempadan.
3.2 Meningkatkan lagi penghasilan pelajar yang berkebolehan dalam kokurikulum di peringkat
negeri dan keatas.
3.3 Penggunaan peralatan sukan secara maksimum kepada pelajar membolehkan pelajar
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum hendak dicapai.
3.4 Memberi peluang kepada semua pelajar agar dapat menyertai semua aktiviti kokurikulum di
sekolah tanpa sebarang kekangan terutama masalah kekurangan peralatan sukan.
5.0 Penutup

Oleh yang demikian kami berharap pihak maktab dapat mempertimbangkan permohonan
peruntukkan kewangan bagi pembelian peralatan sukan yang diharapkan bagi memenuhi keperluan
pengajaran pembelajaran PJPK dan Kokurikulum Sukan Permainan yang dijalankan sepanjang tahun.

Disediakan oleh :

……………………………….
NORRAFIZAN BINTI MOHKLAS
Guru Kanan PJPK / Setiausaha Unit Kokurikulum
MRSM Alor Gajah.

Disokong oleh:

………………………………
NURULHANIM BT KAMARUDDIN
Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat,
MRSM Alor Gajah.

Diluluskan oleh:

………………………………………
AZMAN BIN MANAP
Pengetua,
MRSM Alor Gajah.
LAMPIRAN

BIL PERALATAN KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT HARGA
1 BOLA RAGBI 6 80 480

2 BOLA FUTSAL TRAINING 5 70 350

3 BOLA JARING TRAINING 5 70 350

4 BOLA BALING TRAINING 5 70 350

5 BOLA SEPAK TRAINING 5 70 350

6 BOLA TAKRAW 10 34 340

7 BOLA PING PONG 10 100 100

8 BOLA KERANJANG 5 70 350

9 PING PONG NET SET 5 30 150

10 PING PONG BAT 10 30 300

11 BASKETBALL NET 4 15 60

12 NETBALL NET 4 20 80

13 FOOSBALL TABLE SOCCER 1 1 450 450

14 CAROM SET 4 150 600

15 DART SET 4 100 400

16 CONGKAK 4 150 600

17 DAM HAJI 4 30 120

18 PAM BOLA MANUAL 2 35 70

19 HURDLE 10 150 1500

JUMLAH KESELURUHAN 7000

Anda mungkin juga menyukai