Anda di halaman 1dari 8

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bertujuan membekalkan pelajar dengan

kemahiran asas untuk membolehkannya mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia
teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Pemerolehan dan
pemahaman kemahiran asas ini disepadukan dengan pemupukan nilai murni terutamanya
bersikap positif terhadap kerja, bersifat inovatif, berinisiatif, berdikari, mementingkan
keselamatan dan bersopan santun sesuai dengan pelbagai keadaan. Mata pelajaran tersebut
dirancang sedemikian rupa untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan kata lain, KHSR ini merupakan mata pelajaran bercorak amali yang
memerlukan penglibatan pelajar secara individu. Kandungan mata pelajaran ini diolah
berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi, dan Perniagaan
dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada beberapa unit pembelajaran
yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan. Murid-murid dapat
menguasai bidang ini melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan
sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pada tahun 2014, mata pelajaran
ini hanya diajar kepada pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 kerana pelajar Tahun 4 belajar subjek ini
sebagai Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT).
Di dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi terdapat 9 unit pembelajaran tetapi pelajar
Tahun 5 dan 6 akan mempelajari 7 unit pembelajaran sahaja kerana 2 unit pembelajaran lagi
diberi penekanan kepada pelajar tahun 4. Seterusnya adalah bidang perniagaan dan
keusahawanan. Dalam bidang ini terdapat 8 unit pembelajaran. Pelajar tahun 5 dan 6 akan
mempelajari 6 unit pembelajaran dan mereka akan belajar di tahun 4. Topik utama mengikut
bidang boleh dirujuk dari jadual di bawah.
Reka Bentuk dan Teknologi Perniagaan dan keusahawanan



Tahun 5
Dan
Tahun 6
1.2 Kretiviti dan Reka Cipta 1.2 Merancang dan Menyediakan
Jualan
1.3 Reka bentuk dan Penghasilan Projek 1.3 Mempromosi Jualan
1.4 Elektrik dan Elektronik 1.4 Mengurus Jualan
1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan 1.6 Mengurus Perbelanjaan Diri
1.6 Jahitan 1.7 Risiko dalam Perniagaan
1.8 Ikan Hiasan 1.8 Sikap pengguna yang bijak
1.9 Tanaman Sayuran

Tahun 4
1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel 1.1 Barang Jualan
1.7 Tanaman Hiasan 1.5 Merekod Jualan
Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid
mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal
bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan
menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan
komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki
kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki
pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam
sayur-sayuran.
Bidang pembelajaran perniagaan dan keusahawanan bertujuan untuk memupuk minat
dan kesedaran murid melalui aktiviti jual beli. Kemahiran yang diperoleh menerusi unit
pembelajaran ini termasuklah merancang, mengurus dan merekod jualan. Murid juga
didedahkan beberapa risiko dalam mengusahaniaga barang. Unsur keusahawanan dan sikap
pengguna yang bijak diberi tumpuan dalam aktiviti urus niaga. Barang jualan seperti kumpulan
sasaran, jenis barang yang sesuai dijual dan sumber bekalan. Merancang dan menyediakan
jualan seperti membuat rancangan jualan dan menyediakan barang jualan. Mempromosi Jualan
seperti promosi melalui pembungkusan, promosi melalui poster dan promosi melalui katalog.
Mengurus jualan seperti melayan pelanggan, mendapatkan pesanan dan menyusun atur
barang. Merekod jualan seperti merekod barang, merekod pendapatan dan perbelanjaan serta
mengira untung atau rugi. Mengurus perbelanjaan diri seperti merekod pendapatan dan
perbelanjaan serta merancang perbelanjaan. Risiko dalam perniagaan ialah risiko dan cara
mengurangkannya. Sikap Pengguna yang bijak contohnya mendapatkan maklumat barang dan
etika perniagaan dan hak pengguna. Amalan untuk memupuk nilai dan sikap seperti berdikari,
yakin diri, inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan. Murid didedahkan secara tidak langsung
tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana.
Seterusnya adalah penekanan pembelajaran. Hal ini boleh dikatakan sebagai
pembelajaran melalui pengalaman. Para pelajar akan melibatkan diri secara aktif dalam
pelbagai aktiviti untuk menguasai sesuatu kemahiran yang akan membantu mereka pada masa
yang akan datang. Terdapat banyak kemahiran yang mereka dapat aplikasi dalam kehidupan
seharian mereka. Antaranya adalah, membuat lakaran bentuk-bentuk asas, mengenal pasti dan
membezakan litar elektrik, menghasilkan tumbuhan hiasan dan mengusahaniaga barang.
Contohnya adalah, unit pembelajaran 1.2 Kreativiti dan Reka Cipta. Apabila seseorang pelajar
mempelajari topik ini di Tahun 5, dia dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul seperti
menjatuhkan telur tanpa pecah pada ketinggian tertentu. Pelajar tersebut itu akan mengenal
pasti masalah dan dia akan menjana idea kreatif bagi menyelesaikan masalah. Dengan ini,
pelajar itu berusaha sendiri dan mendapat pengalaman. Pelajar Tahun 6 pula, mereka akan
menghasilan projek reka cipta. Pelajar itu akan mengumpul maklumat dan menyelesaikan
masalah melalui lakaran. Seterusnya, dia akan memilih lakaran yang paling sesuai dan akan
menyediakan alatan dan bahan yang diperlukan. Akhirnya dia akan membina projek. Justeru,
pelajar akan mahir dalam mereka cipta sesuatu objek.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga ada digunakan dalam mata pelajaran ini.
Kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan,
permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan akan menarik perhatian pelajar. Guru perlu bijak
memilih kaedah yang sesuai agar pelajar memahami sesuatu unit pembelajaran dengan jelas.
Kaedah seperti main peranan boleh digunakan semasa mengajar unit pembelajaran 2.8 sikap
pengguna yang bijak. Guru boleh memberi satu situasi sebenar kepada para pelajar dan boleh
membuatkan mereka untuk membanding beza barang yang masih baik dan barang yang rosak.
Dengan ini pelajar akan mengetahui perkara-perkara asas semasa membeli barang dan orang
lain tidak dapat menipu pelajar dalam urus niaga.
Di samping itu, penggunaan bahan terbuang juga ada memberi penekanan. Fikir dulu
sebelum buang merupakan satu slogan yang perlu diamalkan oleh rakyat pada zaman ini. Tidak
kira di mana kita berada, pasti ada sahaja barang-barang terbuang yang dapat dilihat. Di dalam
rumah, di luar rumah malah dimana-mana sahaja. Ada yang dibuang ke dalam tong sampah
dan ada juga dibuang merata-rata. Sebagai memberi kesedaran kepada pelajar, mata pelajaran
ini mempunyai satu unit pembelajaran iaitu 1.3 reka bentuk dan penghasilan projek. Pelajar
dapat mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula.
Mereka juga akan mereka bentuk dan membuat projek berdasarkan minat mereka. Melalui ini,
mereka akan memgetahui bahawa penggunaan bahan kitar semula adalah bertujuan untuk
mengelakkan pembaziran, mengurangkan kos, mesra alam dan mengekalkan sumber alam.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sangat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan
menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan
idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu
pelajar dalam memahami dan menghasilkan sesuatu projek dengan inovatif. Di dalam bidang
pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, kemahiran berfikir ini memainkan peranan yang
begitu penting. Contohnya adalah membuat keputusan, memilih projek, alatan tangan dan
bahan yang diperlukan dan menjana idea kreatif dan inovatif serta menghubung kait bentuk
asas dalam aktiviti membina bentuk produk. Kemahiran berfikir ini dapat dijelas melalui unit
pembelajaran 1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan. Di tahun 5, pelajar akan melakukan aktiviti
pada penyenggaraan bahagian bangunan. Mereka akan mengenal pasti bahagian bangunan
yang perlu disenggara dan memilih bahan pembersih. Mereka akan memilih bahan yang sesuai
digunakan kerana terdapat bahan pembersih yang terlibat seperti kertas las, bulu keluli, berus
dawai dan minyak. Di tahun 6, mereka akan mempelajari penyenggaran dan membaiki
kerosakan pada mesin mudah dan kerosakan kecil pada perabot. Pelajar akan memilih bahan
dan alatan tangan yang sesuai untuk kerja membaik pulih. Mereka perlu bijak dalam memilih
alatan tangan seperti playar gabung boleh laras, pemutar skru rata, pemutar skru philips, tukul
bonggol bulat dan penggumpil tayar. Dengan ini, pelajar akan menggunakan kemahiran berfikir
semasa memilih sesuatu alatan dan keputusan semasa membuat projek Kemahiran Hidup.
Seterusnya, pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan bertujuan untuk
mendidik generasi baru agar bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Pengajaran ini
merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam
menghadapi pelbagai cabaran hidup dan dalam hal membuat keputusan. Dalam mengkaji masa
hadapan, pelajar perlu tahu apakah yang telah berlaku (sejarah) dan apa yang sedang berlaku
(trend dan perubahan terkini). Di samping itu, pelajar perlu membuat pertimbangan terhadap
kemungkinan yang ada sebelum membuat keputusan terbaik. Pada zaman ini, pakaian
merupakan satu perkara yang menarik perhatian semua pihak. Melalui unit pembelajaran
1.6 Jahitan, para pelajar akan mempelajari tentang cara-cara menjahit. Di Tahun 5, mereka
akan mengetahui cara membaiki jahitan seperti menyatakan kegunaan alatan jahitan,
menyatakan kegunaan jahitan asas dan mengenal pasti mata jahitan asas. Pelajar Tahun 6
akan mempelajari penghasilan artikel. Contohnya adalah mereka akan mempelajari cara
menjahit artikel mudah daripada bahan terpakai. Guru akan tunjuk cara menjahit artikel mudah
seperti bekas pensel, bekas duit syiling, beg serba guna, pengikat rambut, cekak rambut, alas
pinggan, alas dulang dan alas gelas. Pengajaran dan pembelajaran ini akan menjadi asas
kepada beberapa pelajar yang hendak menyambung pelajaran dalam bidang ini pada masa
yang akan datang. Dengan ini, mereka akan berfikir kreatif untuk mencipta pakaian berfesyen
dan ini akan menggalakan mereka untuk membuat kajian masa depan.
Tambahan pula, nilai murni juga dapat diterapkan di kalangan pelajar. Nilai murni dapat
didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Salah satu kaedah untuk memupuk nilai murni
adalah menjalankan aktiviti secara berkumpulan kerana ia boleh mengeratkan hubungan antara
satu sama lain. Semua pelajar dapat berbincang tentang pelajaran dalam suasana yang
menyeronokkan. Belajar secara berkumpulan dapat menilai tahap pencapaian diri sendiri. Hal
ini dapat mewujudkan persaingan yang lebih sihat dalam kalangan murid dan ia dapat
meningkatkan motivasi untuk belajar. Contohnya adalah melalui unit pembelajaran
2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan. Di Tahun 5, pelajar akan mempelajari cara membuat
rancangan jualan dan menyediakan bahan jualan. Projek menghasilkan barang yang hendak
dijual boleh dilakukan sebagai aktiviti kumpulan di mana setiap kumpulan perlu membuat
barang jualan seperti beg kertas, penanda buku, popia, rojak buah dan air minuman. Oleh itu,
mereka akan bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk mendapat kejayaan
dalam projek yang mereka buat. Di Tahun 6 pula, mereka dapat menghuraikan faedah menjual
barang secara komisen. Apabila mereka bertindak dalam kumpulan, mereka dapat kongsi
maklumat yang mereka tahu antara satu sama lain dan mereka dapat meningkatkan tahap
pengetahuan mereka tentang bidang perniagaan dan keusahawanan.
Selain itu, kerelevanan juga merupakan salah satu unsur dalam Kemahiran Hidup.
Aktiviti amali harus dihubung kait dengan amalan dalam kehidupan dan pekerjaan agar sesuatu
pengajaran dan pembelajaraan lebih bermakna, menyeronokkan dan berguna kepada murid.
Unit pembelajaran yang dapat dihubungkait dengan ini adalah 1.8 Ikan Hiasan. Selain dijadikan
makanan, ikan juga dipelihara untuk dijadikan perhiasan di rumah. Ikan hiasan bukan sahaja
dapat mengindahkan sudut-sudut di dalam rumah malah dapat mencantikkan suasana. Melalui
PdP ini, ramai pelajar dapat mengetahui penyediaan bekas dan pengurusan ikan hiasan.
Mereka akan berasa seronok apabila mereka mengetahui pelbagai jenis ikan hiasan seperti
Ikan Angel, Ikan Emas, Ikan Koi dan Ikan Pelaga kerana ia akan memberi ketenagan kepada
kita apabila melihat ikan hiasan dalam akuarium.
Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) amat
penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang
menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai
dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Penggunaan TMK ini merupakan
salah satu elemen yang penting dalam mata pelajaran ini. Hal ini kerana ia dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Melalui penggunaan TMK sebagai alat
bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan
berkesan, contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka
hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,
ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan
menarik serta mudah untuk di fahami. Unit pembelajaran 2.2 mempromosi jualan dapat
dikaitkan dengan unsur TMK ini. Paza zaman sekarang, kebanyakkan rakyat telah mengguna
Internet untuk membeli barang. Oleh itu, guru boleh membantu pelajar untuk menghasilkan
poster untuk mempromosi barang dengan menggunakan TMK. Melalui penggunaan TMK,
pelajar dapat mereka bentuk poster yang menarik dan kreatif dari segi pemilihan perkataan,
warna dan saiz huruf yang sesuai. Hal ini akan menarik perhatian para pelanggan untuk
membeli barang.
Seterusnya adalah cara untuk mengendalikan sesuatu projek atau aktiviti di
kalangan pelajar. Aktiviti ini boleh diberi dijalankan secara tersendiri atau kumpulan.
Pengendalian aktiviti mempunyai beberapa langkah. Unit pembelajaran yang dapat dikaitkan
dengan ini adalah 1.4 Elektrik dan Elektronik di kalangan pelajar Tahun 5. Pelajar akan
menghasilan projek elektronik. Sebagai langkah pertama mereka akan merancang aktiviti dan
memilih bahan dan alatan yang sesuai seperti komponen LED, perintang tetap, perintang boleh
laras dan motor arus terus. Langkah kedua adalah penyampaian. Guru akan menjadi sebagai
fasilitator di mana beliau akan memberi motivasi dan akan menjelaskan arahan aktiviti yang
pelajar perlu buat. Pelajar akan mengukur, memotong dan menjalur wayar dan mereka akan
memasang komponen mengikut litar projek. Selepas itu, mereka akan menguji litar projek dan
membuat pembaikan. Akhir sekali, guru akan menilai hasil kerja pelajar termasuk kemahiran
dan pengetahuan. Peranan guru semasa murid menjalankan kerja adalah sangat penting.
Beliau perlu memastikan murid sentiasa mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain
serta alatan. Beliau juga perlu memantau murid apabila para pelajar memilih alatan dan bahan
yang sesuai dan perlu memberi kesedaran kepada mereka tentang kos alatan dan bahan serta
menasihatkan mereka untuk menggunakannya secara tidak membazir. Tambahan pula, di
akhir setiap pelajaran guru hendaklah memastikan murid mengemaskan alatan dan bahan yang
telah digunakan dan membersihkan alatan dan menentukan bilangannya cukup sebelum
disimpan serta membersihkan tempat kerja dan diri.
Penilaian adalah satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk membuat
perancangan yang lebih berkesan. Penilaian ini juga dilakukan untuk menentukan kekuatan
dan kelemahan pelajar. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan
sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan
prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan
untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar. Penilaian bagi mata
pelajaran ini boleh dijalankan melalui pemerhatian, lisan dan penulisan. Contoh unit
pembelajaran yang kita boleh kaitkan dengan unsur penilaian adalah unit 1.9 Tanaman
Sayuran. Guru perlu memantau pelajar semasa mereka menjalankan aktiviti seperti penyediaan
tapak, penanaman dan penjagaan dan pemungutuan hasil dan beliay boleh membuat penilaian.
Guru juga akan memerhati pelajar semasa mereka mengenal pasti tapak atau kawasan yang
sesuai untuk menanam sayur-sayuran. Guru juga akan menanya beberapa soalan yang
berkaitan dengan aktiviti yang mereka lakukan seperti memilih jenis sayuran yang sesuai
ditanam dalam pasu atau bekas. Melalui jawapan itu, guru dapat menilai aras pemahaman
pelajar tentang unit pembelajaran ini. Akhir sekali, guru akan menilai pelajar melalui laporan
yang mereka hantar tentang projek tanaman sayuran yang mereka menjalankan selama 8
minggu. Guru juga boleh menilai tahap penguasaan dan pencapaian murid dari segi kemahiran,
perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dan sikap murid melalui pemerhatian aktiviti dan
projek yang dijalankan oleh mereka. Penilaian yang dijalankan oleh guru perlu dicatatkan. Guru
akan mencatat dengan cara mencatat kenyataan, menanda pada kenyataan, dan memberi
gred.
Peraturan dan langkah keselamatan adalah bagi memastikan operasi bengkelberjalan
lancar dengan mengutamakan keselamatan diri, orang lain dan persekitaran. Peraturan yang
disarankan merupakan langkah awal pencegahan kemalangan di dalam makmal. Sebagai
memberi pengalaman tambahan kepada pelajar, organisasi bengkel dan pengurusan kerja yang
mudah perlu dilakukan secara bergilir-gilir. Dengan ini, beberapa nilai murni seperti semangat
bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisilpin dapat dipupuk di kalangan pelajar. Guru juga
perlu mengambil segala langkah keselamatan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah tunjukkan teladan kerja yang selamat kepada murid
dan pastikan peraturan keselamatan dipatuhi oleh semua pihak dan tanamkan rasa
tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain. Apabila pelajar menggunakan alatan
untuk mengukur, menanda dan memotong bahan projek seperti terdapat di unit pembelajaran
1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek, guru perlu membimbing murid mengenal pasti
perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Pada masa yang sama, guru perlu memastikan
alatan, bahan, perkakas, dan mesin yang dilakukan berterusan dalam berkeadaan baik dan
selamat digunakan. Murid juga perlu membaca label alatan dan bahan sebelum
menggunakannya. Jika terjadi kemalangan guru perlu mengambil tindakan keselamatan
dengan segara dan perlu mencatatnya dalam buku log. Peranan pelajar juga amat penting
semasa mereka berada di bengkel Kemahiran Hidup. Apabila mereka menlibatkan diri dalam
aktiviti seperti mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar
semula, mereka perlu mengutamakan keselamatan diri. Mereka perlu mematuhi peraturan
keselamatan sepanjang masa dan mereka perlu memakai yang sesuai dan kemas serta kasut
yang bertutup. Mereka juga perlu menggelakan diri untuk bermain dan bergurau di tempat kerja.
Sebagai intiha, Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini memberi banyak
pengalaman yang berfaedah yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian seorang murid.
Apabila Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlaku mengikut Sukatan Pelajaran yang
disediakan, maka objektif mata pelajaran ini dapat dicapai dengan mudah. Peranan guru dan
murid adalah sangat penting untuk merealisasikan tujuan memperkenalkan mata pelajaran ini.

Anda mungkin juga menyukai