Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

DT50903 TEORI DAN AMALAN PEDAGOGI


SEMESTER 1 SESI PENGAJIAN 2019|2020

TAJUK TUGASAN: ASPEK PENDEKATAN PEMBELAJARAN


BERPUSATKAN PELAJAR
NAMA: SABRI BIN BAYANI
NO MATRIK: PP1912010T
PROGRAM: DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN
IJAZAH (DPLI)
NAMA PENSYARAH: PROF SUHAIMI BIN TAAT
1.0 PENDEKATAN BERPUSATKAN PELAJAR/MURID (STUDENT CENTRE)
Pembelajaran berpusatkan murid ini bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam
pembelajaran. Namun begitu, ini tidak bermaksud guru ini tidak memainkan
peranannya didalam kelas. Guru hanya berperanan sebagai pemudahcara kepada
murid sahaja. Guru mereka bentuk pengajaran yang berperanan untuk menentukan
hala tuju pembelajaran tersebut agar hasilan pembelajaran tercapai, mengurus aktiviti
murid supaya interaksi berjalan dengan lancar, dan merekabentuk pendekatan
pengukuran dan penilaian untuk tujuan melihat perkembangan prestasi murid dari
semasa ke semasa. Jika pada masa dahulu, pengajaran secara konvensional telah
dilakukan iaitu dengan corak komunikasi sehala, namun begitu ianya sudah berubah
mengikut perkembangan pendidikan negara kita dimana seharusnya komunikasi
secara dua hala berlaku dimana para pelajar ini mengolah sendiri idea-idea tentang
pembelajaran yang berlaku didalam kelas.

2.0 PENDEKATAN BERPUSATKAN PELAJAR/MURID BERDASARKAN


PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI (INQUIRY BASED LEARNING).
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri atau Inquiry Based Learning adalah satu pendekatan
pedagogi pembelajaran yang menggabungkan pelbagai elemen pembelajaran abad
ke21. Dalam pendekatan ini, pembelajaran adalah berpaksikan kepada persoalan dan
soalan-soalan untuk merungkai tajuk yang dipelajari. Terdapat juga beberapa aspek
dalam pembelajaran berasaskan inkuiri ini ada lima iaitu penerokaan, penerangan,
penilaian, pengembangan dan penglibatan. Menurut Worth. Etc (2009) menekankan
murid memahami perkara yang dipelajari dan bukan setakat menghafal “content” dan
maklumat sahaja.

2.0.1 Penglibatan
Penglibatan antara murid adalah sangat penting untuk memastikan pembelajaran
secara aktif ini berlaku. Apabila pembelajaran secara aktif ini berlaku, sudah tentu
murid akan berinteraksi dan berkoloborasi antara satu sama lain. Sebagai contoh,
dalam subjek sains, guru-guru membahagikan murid dalam beberapa kumpulan kecil
untuk membuat eksperimen berkaitan dengan tajuk asid dan alkali. Dengan
pembahagian ini, sudah tentu para pelajar akan mendapat input dan output yang
maksimum dalam pembelajaran yang akan dijalankan.
2.0.2 Penerokaan
Dalam subjek sains dapat dirangsang melalui penerokaan. Ini bermaksud murid ini
dirangsang dengan menggunakan perasaan ingin tahu. Seterusnya pula murid
mencuba kaedah untuk merungkai persoalan. Dalam aspek ini, guru akan memberikan
eksperimen kepada para pelajar untuk meningkatkan semangat ingin tahu murid.
Sebagai contoh, guru akan memberikan beberapa kertas litmus untuk diuji keatas
bahan-bahan seperti limau, sabun dan beberapa bahan lain untuk diuji. Hal ini sudah
tentu akan membuatkan murid berfikir tentang perubahan-perubahan yang berlaku
dan secara tidak langsung akan membentuk ramalan dan hipotesis baharu.

2.0.3 Penerangan
Daripada aspek penerangan ini pula, murid mencari jawapan dengan sokongan bukti
dan juga rujukan. Apabila jawapan dan bukti sudah disediakan oleh para pelajar, maka
para pelajar akan digalakkan membentang hasil kajian mereka ini menggunakan
bahasa mereka sendiri. Sebagai contoh, para pelajar ini memberikan justifikasi
tentang perubahan yang berlaku terhadap warna kertas litmus dan kenapa perubahan
ini berlaku. Apabila penerangan ini berlaku, guru akan memberikan perhatian tentang
apa yang dibentangkan oleh pelajar dan mentaksir pemahaman para pelajar
berkenaan dengan tajuk berkenaan.

2.0.4 Penilaian
Berkenaan aspek penilaian ini pula, para pelajar akan menilai hasil kerja,
pembentangan dan juga dapatan mereka. Apabila mereka ini menilai semula hasil
tersebut, mereka ini akan membuat refleksi berdasarkan kefahaman mereka. Ini
bermaksud murid menjawab soalan berdasarkan pemerhatian berserta penjelasan.
Melalui hal ini, mereka secara tidak langsung akan mempamerkan kefahaman mereka
tentang pengetahuan tentang sesuatu konsep. Guru berperanan dalam memerhatikan
murid apabila mengaplikasikan konsep dan kemahiran baharu. Guru juga akan dapat
mentaksir kefahaman mereka.

2.0.5 Pengembangan
Dalam aspek pengembangan, para pelajar seharusnya akan dapat merekod
pemerhatian atau penerangan sekaligus mereka akan dapat membuat kesimpulan
yang muhasabah berdasarkan bukti-bukti yang ada. Sebagai contoh, para pelajar
seharusnya akan membuat kesimpulan diakhir experimen yang telah dilakukan
dimana kesemua bahan-bahan berasid akan menukarkan kertas litmus berwarna biru
manakala alkali pula akan bertukar ke warna merah.

3.0 PENDEKATAN INKUIRI DALAM SUBJEK SAINS


Pendekatan Inkuiri ini amatlah mementingkan pembelajaran melalui pengalaman.
Secara amnya, inkuiri bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu
fenomena yang berlaku di sekeliling. Pembelajaran secara penemuan inkuiri berlaku
apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui
aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai
kesimpulan sendiri. Ia berasaskan kepercayaan bahawa adalah penting untuk
memenuhi keperluan domain afektif pelajar iaitu memupuk motivasi dan sikap positif
terhadap pembelajaran sains (Blumfeld. Etc 2005)

Para murid akan dibimbing untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri
tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses
inkuiri ini. Inkuiri bermula dengan persoalan atau masalah dan diikuti dengan
pemerhatian, penerokaan, penyiasatan/eksperimen, membuat kesimpulan dan
menjelaskan dapatan. Seterusnya, peslajar akan melalui proses PdPc mata pelajaran
Sains berasaskan inkuiri secara hands-on.

Setelah itu, pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjana
aktiviti inkuiri dalam kumpulan masing-masing. Akhir sekali, setiap kumpulan akan
membentangkan aktiviti yang mereka telah hasilkan dan gur akan memberi komen
untuk mengukuhkan pemahaman peserta tentang tajuk berkenaan.

Secara kesimpulannya, pembelajaran secara inkuiri dalam subjek sains ini sesuai
digunakan kerana ianya memberikan pengukuhan idea mahupun konsep yang telah
para pelajar telah pelajari. Aktiviti secara hands on pula dilihat akan dapat
memberikan pengalaman dan pengalamian sebagai salah satu latihan kepada para
pelajar dalam meningkatkan kemahiran mereka seperti merekod dan menganalisis
data melalui eksperimen yang dilakukan.
Rujukan

Worth, K., Duque, M. & Saltiel, E. (2009). Designing and implementing Inquiry-Based
Science units. Pollen Project,
(http://www.pollen-europa.net/?page=%2Bag%2BXQhDnho%3D).

Anda mungkin juga menyukai