Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI (18 JUN 2019/ SELASA)

Proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut berjalan dengan lancar tetapi masih
mempunyai kekangan dalam mencapai objektif pembelajaran. Pada hari tersebut tema yang
digunakan berdasarkan rancangan pelajaran tahunan (RPT) ialah ‘Pertanian dan Penternakan’
dan tajuk pengajaran ialah ‘Hasil Serba Guna’. Objektif pembelajaran bagi kemahiran membaca
ini ialah murid dapat menyebut maklumat yang tersurat dan tersirat yang terdapat dalam petikan
teks dengan betul dan murid dapat menyenaraikan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan
menggunakan peta i-Think berdasarkan teks yang disediakan dengan betul.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya menggunakan kad gambar untuk
menarik minat murid untuk memberi fokus serta memberi kefahaman yang mudah kepada
murid-murid bagi mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari tersebut. Hal ini demikian dapat
membantu murid-murid menjana idea untuk bertanyakan pelbagai jenis soalan berdasarkan kad
gambar yang diperlihatkan. Selain itu, saya juga menggunakan ‘kad trafik’ sebagai menguji
tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Hal
ini demikian bagi melihat tahap penguasaan atau kefahaman murid-murid berdasarkan ‘kad
trafik’. Kad trafik tersebut mempunyai tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau.

Kekurangan yang dapat dilihat apabila murid tidak memahami konsep pemetaan i-
Think. Murid tidak dapat mencapai objektif kedua, iaitu menyenaraikan maklumat yang tersurat
dan tersirat dengan menggunakan peta i-Think. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran saya
pada hari tersebut tidak tercapai kerana murid tidak dapat mencapai objektif pembelajaran saya
yang kedua. Hal ini demikian murid-murid tidak didedahkan dengan penggunaan pemetaan i-
Think dengan mendalam. Maka, objektif pembelajaran saya yang kedua tidak tercapai pada
hari tersebut. Selain itu, saya sepatutnya memberi pendedahan dahulu mengenai pemetaan i-
Think namun saya tidak memberi contoh kepada murid-murid bagaimana memindahkan
maklumat dalam bentuk i-Think.

Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah saya perlu memikirkan aktiviti yang
menarik atau melibatkan didik hibur bagi merangsang kreativiti dan daya pemikiran murid-
murid. Hal ini demikian adalah untuk pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan
berpusatkan kepada murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, saya
perlu mempelbagaikan aktiviti yang menarik bagi menarik minat murid-murid untuk fokus dan
dapat menguasai isi pelajaran yang ingin disampaikan. Seterusnya, saya akan mendapatkan
pendapat dan pandangan daripada guru pembimbing dan rakan-rakan praktikum saya untuk
berkongsikan penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Hal ini
demikian dapat membantu saya membuat perancangan atau strategi yang seterusnya bagi
memperbaiki rancangan pelajaran harian (RPH). Oleh itu, sikap tidak putus asa amat penting
dalam diri seorang guru bagi meningkatkan kualiti profesionalisme perguruan itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai