Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI (17 JUN 2019/ ISNIN)

Pada 17 Jun 2019, saya telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kali pertama
untuk mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 4 Champion. Tajuk saya pada hari tersebut ialah
‘Kacang Tanah Pelbagai Rasa’. Saya juga memfokuskan kepada kemahiran mendengar dan
bertutur bagi mencapai objektif pengajaran. Objektif yang saya tetapkan ialah murid dapat
‘menyatakan tiga khasiat kacang tanah yang terdapat dalam petikan teks dengan menggunakan
ayat yang gramatis secara bertatasusila’ dan ‘menyenaraikan langkah-langkah proses
membersih kacang tanah dengan menggunakan peta i-Think dengan menggunakan ayat yang
gramatis secara bertatasusila’.

Selain itu, saya telah memaparkan tayangan video dari ‘you tube’ iaitu lagu yang
bertemakan ‘Kacang’ untuk menarik minat murid-murid 4 Champion. Hal ini demikian bagi
memberi rangsangan yang positif kepada murid-murid untuk mempelajari pada hari tersebut.
Seterusnya, melalui tayangan video tersebut murid-murid dapat menjana idea untuk
memdapatkan isi pelajaran yang ingin saya sampaikan bagi mencapai objektif pembelajaran.
Selain itu, saya memberi peneguhan positif kepada murid-murid dengan memberi pujian atas
usaha mereka.

Di samping itu, saya mengalami masalah dalam mengurus masa bagi mengikut
langkah-langkah yang telah dirancang dalam rancangan pelajaran harian (RPH). Sering kali
sewaktu mengajar masa tidak cukup bagi menghabiskan langkah seterusnya sehingga
penutup. Selain itu, saya juga mengalami kesukaran dalam mengawal kelas semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Akhirnya, saya mengambil susulan tindakan dengan bertanyakan guru pembimbing dan
rakan-rakan praktikum saya untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Justeru, objektif
pembelajaran saya hanya satu sahaja yang dapat dicapai. Hal ini kerana langkah kedua tidak
sempat untuk murid-murid membuat pembentangan.

Anda mungkin juga menyukai