Anda di halaman 1dari 8

SK KOLOMBONG INANAM

KERTAS KERJA
LAWATAN
SAMBIL BELAJAR
LAWATAN KE KILANG SUSU
SEKOLAH (SID)
Tarikh:

21hb Oktober 2015


Tempat:

KOLOMBONG,DAERAH KOTA KINABALU

Dengan kerjasama:
SK Kolombong, Kota Kinabalu & Unit Kecemerlangan Tahun 6

1.

PENDAHULUAN
1

SK KOLOMBONG INANAM

Generasi

masa

kini

adalah

penyambung

warisan

kepimpinan

dan

kecemerlangan negara di masa akan datang. Mereka haruslah menyedari


kenyataan ini. Sama ada mereka mahu atau tidak, mereka sewajarnya menyedia
atau memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sebaiknya.
Cabaran mereka untuk beberapa tahun yang akan datang sudah tentu akan
menjadi lebih mencabar lagi sebagaimana suasana kini yang sudah terlalu
mencabar daya ketahanan berbanding dengan suasana 10 tahun yang lalu.
Jangkamasa 10 tahun bukanlah terlalu panjang, tetapi dalam tempoh tersebut,
pelbagai penemuan baru dalam pelbagai bidang kehidupan, gaya hidup dan
pemikiran muncul bertali arus tanpa dapat disekat lagi. Bagi mengahadapi
suasana ini, menjadi tanggungjawab mereka untuk bersedia dengan langkahlangkah yang lebih berhati-hati, wajar dan proaktif.
Sudah tentu pelbagai program diadakan bagi menyediakan generasi atau
pelajar masa kini untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran akan datang.
Kerajaan juga telah memberikan pelbagai peruntukan bagi memastikan generasi
masa

kini mendapat ilmu dan pengalaman sewajarnya untuk meneruskan

kepimpinan dan kecemerlangan negara pada masa akan datang. Kerajaan juga
melihat usaha-uhasa seperti ini haruslah bermula dari akar umbi sesuai dengan
peribaghasa Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Oleh yang demikian, pelajar-pelajar dari sekolah rendah juga sudah mula
didedahkan dengan pelbagai bentuk ilmu dan pengalaman dalam menongkah
kehidupan global pada masa akan datang. Pelajar-pelajar sekolah rendah adalah
satu golongan yang memerlukan pendekatan yang tersendiri sesuai dengan
tahap perkembangan dan kemampuan mereka dalam mengharungi kehidupan
yang memerlukan pendekatan tertentu sebelum mereka melangkah masuk ke
sekolah menengah. Lantaran menyedari sumbangan dan kepentingan golongan
ini dalam mewarisi negara. Program untuk meningkatkan semangat dan
keberanian serta membentuk kekuatan mental pelajar.

SK KOLOMBONG INANAM

Lawatan ini merupakan salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang
amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial
selain dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan
kemampuan

diri.

Melalui

aktiviti-aktiviti

yang

disediakan,

mereka

akan

didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa


dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.
Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan
mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar lawatan ini akan dapat
memberikan

peluang

kepada

murid-murid

menonjolkan

kemampuan

diri,

meningkatkan semangat dan keberanian serta membentuk kekuatan mental


mereka. Di samping menimba pengalaman, lawatan ini nanti akan dapat
mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

SK KOLOMBONG INANAM

2.

LATAR BELAKANG
Program Melahirkan Murid Yang Cemerlang Dan Berkemahiran Tinggi
merupakan satu program yang dirancang bagi meningkatkan semangat dan
keberanian serta membentuk kekuatan mental dalam diri pelajar agar dapat
menguatkan jati diri setiap pelajar yang mengikuti program ini.
Kejayaan sesebuah negara bukan hanya dilihat daripada kecemerlangan
generasi dalam akademik semata-mata, namun perkara yang lebih utama
adalah

sejauhmana

kemahiran

yang

generasi

ada

pada

berdasarkan

masa

tersebut

pengalaman

boleh

serta

mengenalpasti

mengharungi

dan

mengadaptasi cabaran globalisasi yang pastinya akan menguji kekuatan mental


dan fizikal.
3.

RASIONAL
3.1Memenuhi aspirasi kerajaan yang tegas dalam usaha untuk melahirkan
modal insan yang seimbang dari segi kecemerlangan pencapaian
akademik dan juga berkemahiran.
3.2Melatih murid untuk mampu bekerjasama dalam menghadapi cabaran,
berfikiran

positif,

bersikap

berani,

berdisiplin

dan

sabar

dalam

melaksanakan tanggungjawab disamping meningkatkan lagi tahap


keyakinan diri.
3.3Melahirkan murid yang bersedia dari segi mental dan emosi dalam
berhadapan dengan cabaran hidup globalisasi akan datang.
4.

MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk membina keyakinan diri pelajar dan
membentuk disiplin yang perlu ada pada setiap pelajar. Pelbagai aktiviti disusun
dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan
dan dapat diaplikasikan dalam menempuh cabaran yang mendatang serta
berfikir secara rasional apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

5.

OBJEKTIF
Objektif porgram ini adalah untuk:
4

SK KOLOMBONG INANAM

5.1 Menanamkan sikap positif, bekerjasama, bertoleransi, beramanah dan


daya saing yang sihat dalam pelbagai situasi.
5.2 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
yang disediakan.
5.3 Membina keyakinan

diri

kepada

pelajar

bahawa

mereka

boleh

melakukan dan mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah
mereka lakukan atau capai setakat ini.
4.3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar cara mempraktikkan apa yang
dipelajari kepada situasi yang sebenar. Contohnya Pengurusan Diri,
Pendidikan Islam, Moral dan lain-lain.
5.4Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan
intelek.
6.

KONSEP LAWATAN
6.1

Mengenali teknologi dan kemahiran memproses susu sekolah dalam


suasana yang sebenar.

7.

PENYERTAAN
30 orang murid Sekolah Kebangsaan Kolombong, Kota Kinabalu.
7.1

8.

4 guru

SASARAN
8.1

Seramai 30 peserta iaitu murid Tahun 2 UKM dari Sekolah Kebangsaan


Kolombong, Kota Kinabalu.

9.

10.

MASA DAN TARIKH


Tarikh :
21 Oktober (Rabu)
Masa :
07.00a.m.

TEMPAT
Sabah International Dairies, Kolombong
11.
JAWATANKUASA KERJA LAWATAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA


PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG SUSU SEKOLAH (SID),
KOLOMBONG

Penasihat
Pengerusi
Penyelaras

: En Hambali Hj Shuib
: En Yassin Abd Rahman
: En Mohd Fadzli B Ag Abd Ghani
5

SK KOLOMBONG INANAM

12.

Setiausaha
Bendahari
Pengangkutan
Sarapan
Disiplin

:
:
:
:
:

Pn Hesmiati Binti Miring


En Ag Sallehin B Matiasin
Pn Dayang Kasimah Binti Jail
Pn Hesmiati Binti Miring
En Yassin Bin Abd Rahman

Pengiring

: En Yassin Abd Rahman


En Mohd Fadzli B Ag Abd Ghani
Pn Hesmiati Binti Miring
Pn Dayang Kasimah Binti Jail

TENTATIF PROGRAM
TENTATIF AKTIVITI LAWATAN

07.30am

HARI RABU (21 Oktober 2015)


AKTIVITI
Taklimat sebelum ke tempat
lawatan dan bertolak,
sarapan
Tiba di SID Kolombong

08.00am

Taklimat oleh pegawai

09.30 am

Lawatan sekitar kilang SID

MASA
07.00am

11.30am
12.30am

13.

Pertukaran cendra hati


Bergambar
Makan tengah hari
Bertolak dari SID

TINDAKAN
Guru Pengiring
Guru Pengiring

Sabah International Dairies


Pelajar dibahagikan kepada beberapa
kumpulan
Sabah International Dairies
Sabah International Dairies

PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

KOS RM

QTY

JUMLAH RM

Sarapan

1.00

30

30.00

Makan Tengahari

3.00

30

90.00

Pengangkutan

250.00

250.00

SK KOLOMBONG INANAM

JUMLAH

14.

PENUTUP
Segala perancangan

370.00

dan

aktiviti

yang

akan

dijalankan

adalah

bagi

menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang


mantap dan berdisiplin. Program ini juga berperanan untuk memupuk nilainilai murni dalam diri. Diharapkan segala perancangan dapat dilaksanakan
seperti yang dirancangkan dengan lancar dan berkesan. Akhir kata, kami
merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program
lawatan ini.

Disediakan oleh,

Disokong oleh,

..

..........................................

(HESMIATI BINTI MIRING)

(HAMBALI HJ. SHUIB)

Setiausaha Kelas 2 UKM

Guru Besar
7

SK KOLOMBONG INANAM

SK Kolombong, Kota Kinabalu


Kinabalu

SK. Kolombong, Kota

Disemak oleh,
.........................................
(YASSIN BIN ABD RAHMAN)
GPK KOKUM 2015
SK Kolombong, Kota Kinabalu

Anda mungkin juga menyukai