Anda di halaman 1dari 3

TAKLIMAT SUKAN MERENTAS DESA PERINGKAT SK TAMPULAN 2022

Tarikh : 13 Jun 2022

Masa : 11:00 pagi sehingga 12.00 tengahari

Tempat : Bilik Guru

Pengerusi : En. Nazri Bin Jalil

Kehadiran(Bilangan) : 13 orang

1. Zaliha Binti Hj Ismenyah Guru Besar


2. Jaidi Bin Saipin Penolong Kanan 1
3. Vincent Matambun Penolong Kanan HEM
4. Nazri Bin Jalil Penolong Kanan Kokum
5. Erwinah Binti Mohamad Salleh
6. Iroet Marteni @ Irwan Bin Hamsah
7. Maini Gunsiang
8. Mohd Fadzli bin Ag Abd Ghani
9. Musyiri Bin Jarawi
10. Rose Iman @ Liman
11. Welter @ Heidee Abun
12. Johnny Ressle Sintung
13. Nur Shafiqah Nadhira Binti Ahmad Puad

1 Ucapan Pengerusi
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru
dan mengharapkan komitmen dalam taklimat yang akan disampaikan oleh
Cikgu Nazri Bin Jalil, Penolong Kanan Kokurikulum.

2 Taklimat Sukan Merentas Desa


Disampaikan oleh: Penolong Kanan Kokurikulum (Encik Nazri Bin
Jalil)

2.1 Cikgu Nazri menyatakan acara merentas desa peringkat sekolah akan
diadakan pada hari Rabu bertarikh 15 Jun 2022, manakala acara merentas
desa peringkat daerah Kota Kinabalu akan dijalankan pada 18 Jun 2022
bersamaan hari Sabtu.
Tindakan:
Makluman
2.2 Terdapat dua kategori bagi acara ini iaitu kategori peserta lelaki dan
kategori peserta perempuan.

2.3 Trek merentas desa adalah sejauh 4 kilometer, di mana kawasan pemula
dan penamat bagi acara ini ialah pintu pagar sekolah, serta terdapat 4
checkpoint yang akan dijaga oleh guru.

2.4 Semua guru dan pengawal keselamatan ditugaskan sebagai peronda dan
kawalan anjing bagi menjamin keselamatan semua peserta.

2.5 Acara akan dimulakan dengan senamrobik dan disusuli penyampaian


taklimat ringkas kepada semua peserta pada jam 7.00 pagi, manakala
pergerakan ke kawasan pemula iaitu pagar sekolah diadakan pada jam 7.30
pagi.

2.6 Peserta perempuan akan dilepaskan terlebih dahulu.

2.7 Air minuman akan disediakan untuk para peserta di checkpoint yang
terakhir.

2.8 Setelah acara merentas desa selesai, semua guru dan peserta
dikehendaki untuk kembali ke dalam kelas masing-masing bagi
menyambung sesi pembelajaran seperti biasa.

2.9 Cikgu Nazri bersama beberapa orang guru akan memantau keadaan trek
merentas desa.

2.10 Borang kebenaran ibubapa akan diagihkan kepada semua murid Tahun
3,4,5 dan 6 sebelum habis waktu persekolahan hari ini.
2.11 Berikut adalah senarai hadiah bagi setiap pemenang untuk acara
merentas desa peringkat sekolah:

Tempat Kategori Hadiah


1-3 Murid lelaki, Murid Pingat Gantung, Hamper, Sijil
perempuan Penyertaan
4-5 Murid lelaki, Murid Pingat Gantung, Sijil Penyertaan
perempuan
6- Murid lelaki, Murid Sijil Penyertaan
terakhir perempuan

2.12 Pihak sekolah merancang acara merentas desa peringkat sekolah pada
tahun 2023 akan diadakan mengikut rumah sukan.

2.13 Guru-guru boleh merujuk kertas kerja yang telah dikongsikan di dalam
WhatsApp rasmi sekolah.

2.14 Pihak sekolah akan menghantar 4 orang murid lelaki dan 4 orang
murid perempuan untuk mewakili sekolah bagi sukan merentas desa
peringkat daerah.
Taklimat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh,

(MOHD FADZLI BIN AG ABD GHANI)


Setiausaha Sukan,
Unit Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Tampulan

Disemak oleh, Disahkan oleh,

(EN. NAZRI BIN JALIL) (PN. ZALIHA BINTI ISMENYAH)


Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tampulan. Sekolah Kebangsaan Tampulan.

Anda mungkin juga menyukai