Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

BIL 2 TAHUN 2018

Tarikh : 15 Mei 2018


Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang
Tempat: Bilik Pengurusan Kemahiran Hidup

Kehadiran:

1. Ustaz Badrul A’alam Bin Hj Nor ( Guru Kanan Sains Sosial)


2. Pn. Che Zulaiha Binti Che Wail ( Ketua Panitia)
3. Pn. Khamsah Binti Ali ( Setiausaha )
4. Pn. Mas Ayu Bin Mohd Din
5. En. Mohd Azmi Bin Othman
6. Ustaz Mujiburrahman Bin Ahmad

Tidak hadir bersebab: -Tiada-

Agenda 1 :Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Memulakan ucapan dengan memberi salam kepada semua yang hadir.
1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru diatas kerjasama menghadirkan
diri dalam mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Kali ke-2 2018.
1.3 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat melaksanakan
tugasan mengajar PSV dengan baik dan meminta agar guru-guru sentiasa mempunyai motivasi
yang tinggi untuk mengajar PSV.

Agenda 2 :Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Pn. Khamsah mencadangkan agar minit mesyuarat lepas di sahkan
2.2 En. Azmi Othman menyokong minit mesyuarat disahkan.

Agenda 3: Perkara berbangkit


3.1 Tiada Perkara Berbangkit
Agenda 4 :Dialog Prestasi PKBS 1
4.1 Pengerusi membentangkan prestasi PKBS 1

Tingkatan A B C D E F G GPMP
Tingkatan 1 22 83 37 28 4 2.48
Tingkatan 2 4 43 54 46 13 1 3.15

4.2 Pengerusi meminta guru yang mengajar Tingkatan 1 dan 2 memberi respon di atas pencapaian
tersebut.

4.3 Pn. Khamsah mewakili guru Tingkatan 1 menerangkan pencapaian ini agak bagus kerana
kebanyakan pelajar dapat melukis doodle dengan baik . Tetapi ramai juga yang tidak dapat melukis
kerana kurang kemahiran seni dan minat pada subjek ini. Tetapi InsyaAllah guru-guru akan sentiasa
memberi tunjuk ajar dengan pelbagai cara walaupun guru yang mengajar adalah bukan guru opsyen
PSV. Pn. Khamsah mencadangkan agar pemarkahan untuk bahagian A dan B di ubah kepada 20
peratus soalan objektif dan 80 peratus soalan lukisan.

4.4 Pn. Zulaiha mewakili guru Tingkatan 2 menerangkan ramai pelajar yang tidak dapat melukis
dengan baik bagi soalan lukisan catan kerana tajuk ini baru sahaja diajar dan pelajar tidak dapat
membuat latihan dengan baik. Pelajar yang tidak dapat melukis dengan baik kebanyakannya
mendapat gred C dan D. Pn. Zulaiha mencadangkan agar memperbanyakkan bahan bacaan dan bahan
rujukan untuk memudahkan pelajar belajar teknik melakar dan menggunakan warna air dengan baik.

4.5. Pn Zulaiha juga mencadangkan agar pengerusi dapat menyediakan kewangan bagi menghantar
guru-guru psv untuk menghadiri kursus PSV berbayar memandangkan tiada kursus yang dianjurkan
oleh PPD atau JPN supaya guru dapat mengajar dengan baik pada masa yang mendatang.
Tindakan: guru kanan & Ketua Panitia.

Agenda 5 :Frog VLE


5.1 Telah mencapai KPI yang telah ditetapkan
5.3 Pengerusi juga mengesyorkan agar guru-guru sentiasa berkongsi latihan dan hasil kerja pelajar
melalui aplikasi frog VLE untuk membantu meningkatkan KPI frog VLE Sekolah.
Tindakan: Semua Guru .
Agenda 6 :PAK 21
6.1 Pengerusi meminta agar Ketua Panitia dapat menyiapkan Studio Pendidikan Seni Visual dengan
cepat agar PAK 21 dapat dilaksanakan dengan baik dan memastikan segala keperluan subjek ini
dapat disediakan dengan sempurna.
6.2 Pn. Che Zulaiha memaklumkan keperluan Pdpc untuk Tingakatan 1 dan 2 sudah disediakan di
bilik sains sosial. Guru- guru boleh mendapatkan peralatan tersebut disana sekiranya perlu dan
sekiranya perlu membeli barangan lain guru diminta memaklumkan kepada ketua panitia.
6.3 Pengerusi meminta guru-guru sentiasa menerapkan PAK 21 dalam pembelajaran harian agar
dapat menarik minat pelajar dan meminta ketua Panitia dan Su Untuk menyediakan nota peta i-
think, traffic light, reward chart, dan parking lot di studio PSV.
Tindakan: Semua guru & Ketua Panitia

Agenda 7 :Hal- Hal Lain


7.1 Pn. Khamsah mencadangkan agar tangga berhadapan bengkel elektronik dijadikan lorong PSV
untuk mempamerkan hasil kerja pelajar semasa disamping dapat mencantikkan tangga tersebut.

Mesyuarat di tangguhkan dengan bacaan Al- Asr dan tasbih kaffarah pada jam 3.15 petang.

Di sediakan oleh, Di semak oleh,

………………………………….. ………………………………………

( PN. KHAMSAH BINTI ALI) ( PN. CHE ZULAIHA BINTI CHE WAIL)
SU Panitia PSV Ketua Panitia PSV
Smka Melor Smka Melor

Anda mungkin juga menyukai