Anda di halaman 1dari 1

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin keamanan dan kestabilan akan dicapai di rantau Asia

Tenggara melalui kerangka ASEAN menjelang 2020.


Timbalan Perdana Menteri berkata, situasi itu terhasil apabila keharmonian wujud dalam kalangan negaranegara anggota ASEAN dan segala punca-punca konflik diselesaikan.
Menurut beliau, usaha itu boleh dilakukan dengan sikap menghormati serta mematuhi undang-undang serta
melalui pengukuhan daya ketahanan nasional dan serantau.
"Kejayaan ASEAN sebagai sebuah komuniti bergantung sepenuhnya kepada usaha berterusan untuk
memperluaskan proses integrasi dan merapatkan jurang pembangunan di dalam serta antara negara-negara
anggota.
"Selain itu, keupayaan ASEAN dalam menangani isu-isu kepentingan bersama yang dihadapi kini dan pada masa
akan datang secara pantas perlu dipertingkatkan," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Makanan dan
Kebudayaan ASEAN sempena Hari ASEAN 2014 serta Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Majlis Belia
Malaysia (MBM) 2014 di Taman Pudu Ulu di sini malam ini.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140809/dn_04/Keamanan,kestabilan-ASEAN-boleh-dicapai#ixzz3h4LyhETB


Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai