Anda di halaman 1dari 64

KEPIMPINAN DAN MOTIVASI

1
OBJEKTIF
Memahami definisi kepimpinan, ciri-ciri
pemimpin dan perbandingan pemimpin
dan pengurus
Mengaplikasi gaya kepimpinan
Memahami definisi dan teori-teori motivasi
Mengaplikasi kaedah memotivasikan
pekerja

2
Def.
Kepimpinan
Pengenalan Autokratik
Kepimpinan Ciri-Ciri
Pemimpin
Demokratik
Pemimpin
Laissez Faire
Vs. Pengurus
Islamik
Gaya
KEPIMPINAN Kepimpinan
&
MOTIVASI
Def. Motivasi Maslow

Dua Faktor
Teori-Teori Herzberg
Pengenalan Motivasi
Motivasi X dan Y

Kaedah Z
Memotivasi
Pekerja 3
4
A) Definisi Kepimpinan

1. Adalah proses mempengaruhi aktiviti individu


atau kumpulan ke arah mencapai objektif yang
telah ditetapkan.
(Pengenalan kpd perniagaan oleh Zumilah)

2. Merupakan suatu proses di mana pemimpin


akan cuba mempengaruhi perlakuan
pekerjanya bagi melaksanakan sesuatu tugas
untuk mencapai matlamat kerja bagi unit dan
organisasi.
Seorang pemimpin seharusnya mempunyai
pengikut. Ia mempengaruhi perlakuan pekerja
dengan berbagai cara untuk mencapai
matlamat (Asas pengurusan perniagaan oleh
Abu Bakar Hamed et al) 5
Definisi Kepimpinan (samb)

3. Sebagai seni atau proses mempengaruhi


kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas
mereka supaya mereka rela bergiat dan
berusaha ke arah pencapaian matlamat
organisasi.
Manusia patut digalakkan untuk menanam
kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk
bekerja.
Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan
kumpulan sambil memajukan dan
mengilhamkan ahli-ahli kumpulan untuk
mencapai matlamat organisasi ( Asas pgrsn-
Jaafar Muhd)

6
Definisi Kepimpinan (samb)

Tiga faktor penting tentang definisi


kepimpinan:

1) kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau


pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan
yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut
2) para pemimpin mempunyai autoriti untuk beri
arahan dan memantau aktiviti yang dijalankan
oleh anggota kumpulan
3) berkemampuan menggunakan pelbagai bentuk
kuasa bagi mempengaruhi subordinat melalui
pelbagai kaedah
7
B) Ciri-Ciri Pemimpin

Kategori
Pemimpin :

8
Pemimpin yang dilantik disebabkan
kedudukan formal dalam organisasi
contoh:

Pengurus Jabatan Kewangan merupakan


pemimpin formal

Disebabkan kedudukannya sebagai


seorang pengurus maka secara tidak
langsung beliau merupakan pemimpin
jabatan berkenaan
9
Pemimpin yang dilantik secara tidak formal oleh
organisasi untuk mengetuai sesuatu kumpulan sosial
yang terbentuk dalam organisasi.

Kumpulan yang ditubuhkan secara tidak formal untuk


memperjuangkan kepentingan tertentu mungkin
akan melantik seorang pemimpin.

Kepimpinan beliau ini tidak disahkan oleh organisasi.

Pemimpin yang dilantik mungkin bertaraf lebih


rendah atau lebih tinggi atau setara dengan ahli
kumpulan lain
10
Ciri-Ciri Pemimpin Efektif

1. Bercita-cita, Keinginan Dan Semangat Untuk Memimpin


2. Jujur Dan Integriti
3. Keyakinan Diri
4. Berpengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan Dalam
Kerjaya
5. Bertimbangrasa Dan Bertolak Ansur
6. Sedia Menerima Teguran
7. Mengakui Kesilapan Dan Memperbetulkan Kesilapan
8. Tidak Mendahulukan Kepentingan Diri
9. Tidak Memandang Rendah Orang Lain
10. Tekun
11. Sabar
11
C) Perbandingan Pemimpin & Pengurus

PEMIMPIN PENGURUS
STATUS
PERKARA
Bersifat Interaksi Tidak melibatkan
peribadi peribadi dgn interaksi peribadi
pekerja untuk
tujuan
mempengaruhi
mereka
Kedudukan Tidak Disebabkan oleh
dalam semestinya kedudukan dan
organisasi disebabkan oleh jawatan formal
kedudukan dan dalam organisasi
jawatan formal
dalam organisasi 12
Perbandingan Pemimpin & Pengurus
(samb)
PEMIMPIN PENGURUS
STATUS
PERKARA
Sikap & Aktif dari aspek Pasif
Motivasi kemanusiaan Lebih
disebabkan mementingkan
fungsi pencapaian
mempengaruhi matlamat (aspek
pengikut teknikal)
Skop Menangani Menangani
pendekatan perubahan dgn kerumitan dan
membentuk visi masalah dalam
tertentu organisasi
Memastikan
13
organisasi berjalan
1. Bersifat peribadi

A. Salah satu perbezaan utama bahawa kepimpinan


lebih bercorak peribadi berbanding pengurusan
Disebabkan pemimpin perlu mendorong,
memujuk dan mempengaruhi orang lain agar
mereka melaksanakan arahan untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan

B. Pengurus pula perlu menitikberatkan fungsi


pengurusan yang bukan bersifat peribadi
contoh: tugas merancang atau membaca laporan
tidak melibatkan interaksi peribadi

14
2. Kedudukan dalam organisasi

A. Menjadi pengurus kerana kedudukannya yang


formal dalam organisasi.
Berjawatan formal menyebabkan pengurus ada
tanggungjawab dan autoriti tertentu di mana
pengurus akan berperanan sebagai seorang
pemimpin

Walaupun berkedudukan formal dalam organisasi


sesorang pengurus tidak semestinya ada ciri-ciri
kepimpinan yang baik.
Biasanya pengurus dilantik untuk menjadi pengurus
kerana mempunyai pengetahuan, berkemahiran
dan berkeupayaan mengurus dalam dirinya

15
2. Kedudukan dalam organisasi
(samb)

B. Seorang pemimpin tidak semestinya dilantik secara


formal dan berjawatan formal dlm organisasi.
Contoh kumpulan kerja tidak formal seperti
Kesatuan Sekerja dalaman, seseorang ketua
mungkin dilantik disebabkan oleh ciri kepimpinan
yang ada padanya walaupun bukan seorang
pengurus.

Sebaliknya pemimpin yang mungkin tidak ada


kedudukan formal dalam organisasi dilantik
disebabkan oleh ciri-ciri kepimpinan yang ada
padanya

16
3. Sikap dan motivasi

Pengurus dan pemimpin berbeza dari segi motivasi dan


cara berfikir serta bertindak

A. Biasanya pengurus mempunyai sikap yang bukan


bersifat peribadi, tugas pengurus untuk memastikan
matlamat yang telah ditetapkan tercapai.
Pengurus tidak ambil berat tentang cara yang digunakan
samada betul atau salah untuk mencapai matlamat
tersebut.

B. Pemimpin pula bersikap lebih aktif & lebih ambil berat


tentang cara yang digunakan untuk capai matlamat.
Pemimpin ambil berat tentang hal ehwal subordinatnya
kerana hendak mempengaruhi mereka untuk
melakasanakan arahannya

17
4. Skop pendekatan

A. Pengurusan perlu untukmengatasi kerumitan


dalam organisasi maka pengurus perlu pastikan
operasi berjalan lancar dalam landasan yang betul.
Ia dilakukan oleh pengurus melalui perancangan
formal, merekabentuk struktur organisasi yang
ketat dan memantau hasil berdasarkan rancangan
yang disusun

B. Kepimpinan pula diperlukan untuk menangani


perubahan. Sebab pemimpin perlu menjelaskan
arah tujuan dengan membentuk visi yang sesuai,
menyelaraskan semua usaha subordinat dengan
memaklumkan kepada mereka visi yang dibentuk
serta memberi semangat kepada subordinatnya
untuk menangani semua halangan.

18
4. Skop pendekatan
(samb)

Kesimpulannya pengurusan menekankan


aspek teknikal dalam pengurusan organisasi
manakala kepimpinan lebih menekankan
kepada aspek kemanusiaan dalam pengurusan
organisasi

19
D) Gaya Kepimpinan

DEFINISI - Pendekatan yang digunakan oleh seseorang


pemimpin untuk mempengaruhi subordinatnya

Pengurus boleh mempengaruhi secara:


1. membuat keputusan untuk subordinat,
2. beri panduan kepada subordinat untuk membuat keputusan atau
3. beri autoriti sepenuhnya kepada subordinat untuk membuat
keputusan dalam menyelesaikan sesuatu masalah

Jelas bahawa pengurus atau pemimpin ada pelbagai alternatif


untuk membuat keputusan
Maka dalam proses kepimpinan pengurus boleh menggunakan
berbagai gaya kepimpinan sesuai dengan keadaan

20
Gaya Kepimpinan

Gaya
Gaya
Kepimpinan
Kepimpinan
Islamik
Autokratik

Gaya Gaya
Kepimpinan Kepimpinan
Demokratik Laissez
Faire

21
I. Gaya Kepimpinan Autokratik

Pengurus memberi arahan kepada pekerja dengan


andaian pekerja akan mematuhi tanpa banyak
soal
Proses membuat keputusan hanya dibuat oleh
pengurus
Subordinat tidak terlibat dalam membuat
sebarang keputusan
Pengurus membuat keputusan dan memberitahu
pekerja apa yang harus pekerja lakukan
Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi
krisis, mempunyai pekerja baru dan pekerja yang
tidak bermotivasi 22
II. Gaya Kepimpinan Demokratik

Pengurus melibatkan pekerja dalam


proses membuat keputusan tetapi keputusan
muktamad adalah ditangan pengurus

Melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan


Darjah penglibatan subordinat dalam membuat keputusan
bergantung kepada situasi masalah yang dihadapi
Pengurus berbincang dengan subordinat untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi
Keputusan lebih berkualiti
Dapat memajukan bakat dan memperkembangkan kemahiran pekerja
Pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih
bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat bersama

23
III. Gaya Kepimpinan Laissez-
faire
Pengurus bertindak sebagai jurutunjuk atau
pemudahcara kepada pekerja dan pekerja
dibenarkan membuat keputusan.

Pemimpin memberi kebebasan kepada subordinat


untuk membuat keputusan dan bertindak
Subordinat menggunakan kemahiran dan
pertimbangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah
Subordinat akan membuat keputusan berdasarkan
lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk
mencapai matlamat kerja
Gaya ini dilaksanakan apabila para pekerja
bermotivasi tinggi, berpengalaman, berpengetahuan
dan berkemahiran dalam kerjayanya
24
IV. Gaya Kepimpinan Islamik

Gaya kepimpinan berdasarkan Al Quran,


Al Sunnah dan Syura

Dalam pengurusan Islam raja perlu


mentadbir dan bertindak sebagai pengurus atau ketua

Berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang


berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah

Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimpin


dengan mematuhi arahan pemimpin

Amir wajib menerima kuasa dan tanggungjawab


pengurusan yg diberi kepadanya oleh negara atau
organisasi sebagai amanah bukan sahaja amanah dari
pekerja atau rakyat juga amanah daripada Allah SWT.
25
IV. Gaya Kepimpinan Islamik
(samb)

Amanah (tugas-tugas pengurusan) yang diterima


perlu ditadbir, diputuskan atau dibincangkan
menerusi konsep syura iaitu permuafakatan di
antara Amir dan pekerja bawahannya serta
pengurus-pengurus yang lain

Menekankan konsep tawakkal setelah semua idea


dan perancangan diatur dengan teliti bagi
mencapai matlamat organisasi kerana hanya Allah
yang mengetahui akhir setiap pekerjaan

26
27
A) Definisi Motivasi

- Merujuk kepada rangsangan dalaman (proses


psikologi) yang mengarahkan kelakuan manusia
untuk mencapai matlamat
Ferrell, Business: A Changing World, 5th Edition

Dari perspektif Pengurusan:


Satu dorongan dalaman yang wujud dalam diri
seseorang usahawan/pekerja untuk berusaha
bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat
organisasi

28
Definisi Motivasi (Samb)

Dari perspektif psikologi:


Satu proses yang kompleks melibatkan keadaan
dalaman (naluri manusia dan rangsangan) serta
luaran individu (perlakuan dan tindakan)

Ditakrif sebagai proses psikologi yang


merangsang dan mengarahkan tindakan
manusia secara berterusan untuk mencapai
matlamat

Ia melibatkan keperluan yang dirasai dalam


kehidupan seseorang pada sesuatu ketika
29
Definisi Motivasi (Samb)

Keperluan ini
Keperluan
mewujudkan
(lapar nasi) rangsangan atau
desakan naluri dari
Rangsangan dalam diri manusia
(untuk makan)
maklumbala
s
Ini menyebabkan
Tindakan manusia bertindak
(mencari nasi) ke arah matlamat
atau kehendak
Matlamat/kepuasa tersebut
n
(makan &
kenyang)
Proses motivasi 30
B) Teori-Teori Motivasi

Teori Hirarki Teori Z


Keperluan
Maslow

Teori Dua Teori X dan


Faktor Y
Herzberg

31
I. TEORI HIRARKI MASLOW

Menghuraikan bahawa manusia mempunyai


beberapa tingkat keperluan secara teratur

Abraham Maslow mengemukakan 5 tingkat


keperluan yang setiap manusia ingin kecapi iaitu
keperluan fisiologi, keselamatan, sosial, esteem
dan aktualisasi diri

32
Keperluan Aktualisasi
Diri
Keperluan Esteem

Keperluan Sosial

Keperluan
Keselamatan
Keperluan Fisiologi

TEORI HIRARKI KEPERLUAN MASLOW 33


Penyempurnaan-
Diri
Maruah-Diri
Keinginan Keinginan utk
Sosial utk status & memenuhi
kehidupan &
Keinginan utk kedudukan
mencapai
Keselamatan perhubungan
potensi
& penerimaan
Fisiologi Keinginan utk
perlindungan kerja
Keinginan utk
mkn,tempat
tinggal, &
pakaian

Hiraki Keperluan Maslow


34
i. Keperluan Fisiologi

Berhubung keperluan asas manusia untuk terus hidup

Merupakan keperluan terbawah sekali yang harus


dipenuhi oleh semua manusia seperti keperluan makanan,
pakaian, tempat tinggal dan sebagainya

Bagi memenuhi keperluan ini manusia harus berusaha


atau bekerja untuk mendapat keuntungan, upah dan gaji

35
ii. Keperluan
Keselamatan
Untuk mengelakkan diri manusia daripada perkara-perkara yang boleh
mencederakan atau menjejaskan masa depannya

Manusia lebih sedar tentang keperluan keselamatan setelah keperluan fisiologi


telah dipenuhi

Pekerja akan merasa selamat untuk bekerja sekiranya mereka tahu bahawa
mereka tidak akan kehilangan pekerjaan atau dibuang kerja

Sebahagian organisasi mewujudkan suasana tempat kerja yg bersih dan kondusif,


skim pencen, insurans dan sebagainya bagi menjamin keselamatan dan masa
depan pekerja mereka

36
iii. Keperluan Sosial

Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau


masyarakat terhadap individu
Ia tercetus apabila keperluan fisiologi dan
keselamatan sudah dipenuhi
Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri
Ia memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu
untuk berinteraksi
Di dalam organisasi para pekerja akan
dikelompokkan dalam satu kumpulan kerja dan
mereka akan berinteraksi dan bekerja bersama-
sama bagi mencapai matlamat organisasi

37
iv. Keperluan Esteem

Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di bawah dipenuhi

Keperluan ini agak sukar dipenuhi

Ia berhubung dgn penghargaan diri, penghormatan, status dan


sebagainya

Dalam organisasi keperluan ini boleh dicapai sekiranya pekerja dapat


menunjukkan prestasi yang baik dan diberi kenaikan pangkat, gaji yang
tinggi, penghargaan kerja dan lain-lain ganjaran yang melibatkan
kenaikan status pekerja tersebut

38
v. Keperluan Aktualisasi
Diri
Keperluan terakhir yang akan dipenuhi

Merupakan pencapaian terakhir yang diinginkan oleh seseorang


manusia

Melibatkan seorang manusia menggunakan bakat dan potensi


yang ada padanya untuk mencapai apa yg dihajatinya

Pekerja seperti ini suka kepada kerja yang mencabar,


berorientasikan pencapaian, kreativiti dan bercita-cita tinggi

39
v. Keperluan Aktualisasi Diri
(samb)

Teori Maslow menyatakan bahawa motivasi


manusia bermula dgn keperluan asas &
keperluan keselamatan dlm kerjayanya.
Setelah seseorg mencapai satu tahap
barulah ia meningkat & berikhtiar utk
mencapai tahap yg lebih tinggi.

40
HI !!
NAMA SAYA ABRAHAM
MASLOW

41
II. TEORI MOTIVASI HERZBERG

Frederick Herzberg mengkaji perlakuan manusia dan


mengemukakan teori motivasi berasaskan kepada Model
Penjagaan Motivasi (Motivation - Maintenance Model)

Terdapat 2 set faktor yang mempengaruhi gelagat pekerja


iaitu:

1. Faktor-faktor hygiene/penjagaan
2. Faktor-faktor motivasi/dorongan

42
Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas
Kepuasan Kerja

Kepuasan Kerja Faktor


Dorongan

Neutral

Ketidakpuasan Faktor Hygiene


Kerja

Rendah Tinggi

(Sumber : Landy & Trumbo, 1976 :87)


43
Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas Kepuasan Kerja

Rendah Tinggi

Tidak puas hati Puas hati

Faktor Motivasi
Pencapaian Pengiktirafan
Kenaikan Pangkat Pekerjaan itu sendiri
Peluang berkembang Tanggungjawab

Rendah Tinggi

Ketidakpuasan hati Tiada ketidakpuasan hati

Faktor Hygiene
Kualiti Penyeliaan Polisi Syarikat
Gaji Keadaan fizikal tempat
kerja
Hubungan antara pekerja Keselamatan di 44
tempat
Sumber: David Holt, Management: kerja
Principal and
i. Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors)

Dikenali juga sebagai faktor-faktor kesihatan (hygiene


factors)

Berhubung pengalaman kerja yang akan menghalang


daripada berlakunya ketidakpuasan kerja sekiranya faktor-
faktor tersebut wujud dalam organisasi

Walau bagaimanapun faktor-faktor ini tidak dapat


memotivasikan pekerja atau memberi kepuasan kepada
mereka

Faktor hygiene/penjagaan terdiri daripada kualiti penyeliaan,


polisi syarikat, gaji, keadaan fizikal tempat kerja, hubungan
antara pekerja keselamatan di tempat kerja

Faktor hygiene jika diberi perhatian akan 45


mengurangkan/mentiadakan ketidakpuasan hati dan jika
i. Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors)
(samb)

Faktor Penjagaan
Dasar dan Pentadbiran Keselamatan
Pekerja
Organisasi Hubungan
Interpersonal
Penyeliaan Status
Gaji Keadaan Tempat
Kerja
Kehidupan Peribadi
46
ii. Faktor-faktor Motivasi/Dorongan

Faktor-faktor berkaitan dengan pekerjaan


yang dapat memberi kepuasan dan
seterusnya dapat memotivasikan pekerja

Ketiadaan faktor-faktor ini akan menyebabkan


timbulnya rasa ketidakpuasan kerja

Faktor Motivasi/Dorongan
Pencapaian Pengiktirafan
Kenaikan Pangkat Pekerjaan itu
sendiri
Peluang untuk berkembang
47
Tanggungjawab
Antara faktor-faktor motivasi adalah:

Pencapaian;
yakni peluang-peluang mencapai sesuatu matlamat
kerja yang mencabar

Penghargaan;
yakni penghargaan terhadap sumbangan dan usaha

Tanggungjawab;
yakni diberi tanggungjawab dan tugas kerja yang
baru

48
Kemajuan;
Iaitu peluang untuk memajukan diri dan status
kerja berdasarkan prestasi kerja

Kerja itu sendiri;


Iaitu berhubung dengan kerja yang dapat
memberi kepuasan, penonjolan diri dan
mencabar
Kesimpulannya:

Kehadiran faktor motivasi menyebabkan seseorang


merasai kepuasan kerja, dan ketidakhadirannya tdk
semestinya membawa ketidakpuasan kerja.

Kehadiran faktor hygiene mengurangkan


ketidakpuasan kerja, dan ketidakhadirannya
menyebabkan ketidakkpuasan kerja. 49
III. TEORI X & TEORI Y

Douglas McGregor seorang ahli psikologi


membuat andaian berhubung dgn gelagat
pekerja yang boleh dijadikan panduan
pengurus dan pemimpin

Pengurus perlu guna cara yang berbeza untuk


memberi motivasi pada pekerja yang berbeza
dari segi nilai, kepercayaan, sikap, kebolehan
dan beberapa ciri lain yang mempengaruhi
gelagat mereka

50
i. Andaian tentang pekerja dalam Teori X

Kebanyakan pekerja tidak suka bekerja dan seboleh


mungkin cuba elak diri dari buat kerja

Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja


untuk mencapai matlamat organisasi

Kebanyakan pekerja malas, mengelak dari


tanggungjawab, tiada cita-cita dan lebih
menekankan keselamatan diri

Kebanyakan pekerja cuba elak diri dari memimpin

Pekerja hanya akan melakukan kerja yang baik jika


ada insentif kewangan
51
ii. Andaian pekerja di bawah Teori Y:
Sebahagian besar pekerja suka melakukan kerja

Pekerja boleh kawal diri sendiri, lebih suka memberi panduan


diri, berinovasi dan kreatif

Pekerja suka ambil tanggungjawab dan suka memimpin

Pekerja mempunyai komitmen pd matlamat organisasi dan


berkeinginan melakukan kerja dengan baik bukan semat-mata
memerlukan insentif kewangan

Motivasi dan potensi pekerja sememangnya sudah sedia wujud


dalam diri pekerja dan pihak pengurusan hanya perlu
menggilapkan potensi-potensi tersebut

52
IV. TEORI Z oleh Ouchi

Teori yang menggunakan ciri-ciri kejayaan


pengurus Jepun dan Amerika Syarikat
Adalah gabungan daripada ciri-ciri pengurusan
Jepun (Timur) dan A.S.(Barat). Ciri-cirinya:
a. Melibatkan semua kakitangan dalam proses
membuat keputusan untuk mencapai kepuasan
b. Pekerjaan adalah untuk seumur hidup bagi
mencapai kepuasan
c. Tanggungjawab peribadi
d. Peluang gunakan kemahiran
e. Berhati-hati dlm penilaian dan kenaikan pangkat
utk membina keyakinan
53
TEORI Z (Samb)

Ada kaitan rapat Teori Z danTHM


Teori Z menekankan rasa tanggungjawab, kesetiaan
dan penglibatan semua pihak dalam pengurusan
organisasi tidak tertakluk kepada pengurus sahaja
Maka pekerja terlibat dalam penentuan matlamat,
pembuatan keputusan, penyelesaian masalah,
melakar dan melaksanakan peluang
Penglibatan pekerja dalam proses pengurusan dapat
meningkatkan motivasi mereka
Semua pekerja dipastikan terlibat dalam pengurusan
organisasi walaupun pekerja tidak suka melakukan
perkara-perkara di luar bidang mereka
54
A) C) Kaedah Memotivasikan Pekerja

Perluasan Kerja
Penetapan Matlamat (Job Enlargement)

Pengkayaan Kerja
Pengurusan Bermatlamat (Job Enrichment)
(MBO)

Rekabentuk/Pusingan Kerja Kualiti Suasana Kerja


(Job Rotation)

Pengupayaan
(Empowerment) Ganjaran
55
I. Penetapan Matlamat
Proses menetapkan tahap prestasi
tertentu untuk dicapai dalam suatu
tempoh masa yang ditetapkan
Ciri-ciri objkektif yang baik seperti;
spesifik dan jelas, mencabar tetapi
tidak terlalu sukar
Jelas dan mudah difahami
Objektif organisasi disampaikan
samada dalam bentuk ayat atau
mekanisme yang jelas kepada pekerja
Contoh:untung yang hendak dicapai
pada tahun 2002 ialah RM 1juta
Mencabar dan tidak terlalu mudah dan
terlalu sukar
Ganjaran dan hukuman yang setimpal 56
II. Pengurusan Bermatlamat (MBO)

Pengurusan dan subordinat bergabung tenaga dalam


membentuk dan merangka objektif

Motivasi dan prestasi kerja akan meningkat sekiranya


pekerja terlibat dalam penyediaan objektif

Terdapat prosedur (langkah-langkah tertentu) dalam


melaksanakan Pengurusan Bermatlamat (MBO)

Penilaian prestasi dari masa ke semasa

Pemberian ganjaran jika pekerja mencapai prestasi


yang dikehendaki
57
58
III. Rekabentuk Kerja/Pusingan Kerja
(Job Rotation)
Teknik ini membolehkan pekerja
digerakkan secara sistematik
dalam organisasi.

Dapat beri peluang kepada


pekerja mencuba pelbagai kerja
yang boleh meningkatkan
kemahiran mereka

Dapat mengelakkan kebosanan


dalam melakukan
pekerjaan/suasana yang sama
setiap hari.
59
IV. Perluasan Kerja (Job Enlargement)

Kombinasi tugas-tugas yang telah digabungkan


untuk dilakukan oleh pekerja dalam memberi
kepelbagaian kerja dan cabaran terhadap
mereka.
Pekerja akan bertanggungjawab mengawal dua
atau tiga tugas dalam satu masa.
Sesuai digunakan jika pekerja merungut bahawa
kerja yang dilakukan sebelum ini terlalu mudah
dan mempunyai skop kerja yang kecil.

60
v. Peningkatan / pengkayaan kerja

Menyediakan pekerja dengan kerja yang lebih bermakna


dan kebertanggungjawaban yang lebih

Memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada pekerja


untuk menjalankan perancangan tugas mereka dan
mengawalnya hingga selesai.

61
VI. Kualiti Suasana Kerja

Program untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi


(pengurusan kerja, pekerja dan keadaan kerja yang baik)

Pengalaman kerja seronok => prestasi cemerlang.

Kaedah ini dibentuk supaya pekerja merasa seronok


dengan diri, kerja dan organisasi.

Antara kaedahnya ialah dengan pampasan yang sesuai,


persekitaran kerja yang selamat, peluang meningkatkan
diri,program pembangunan dan kelonggaran jadual kerja

62
VII. Pengupayaan (Empowerment)

Pekerja berkuasa/diberi kuasa terhadap proses kerja


(eg.kawal belanjawan kewangan, beri cadangan, buat
jadual kerja etc.)

Kaedah ini dapat mengukur/mengawal prestasi kerja


pekerja

Mereka diberi tugas penting untuk diri sendiri dan orang


lain dan mereka percaya bahawa mereka mampu
menjalankan tugas dengan jayanya

63
VIII. Ganjaran

Suatu balasan kepada usaha-usaha dan kerja yang


dilakukan oleh pekerja.

Melibatkan ganjaran kepada pekerja samada :


Bentuk Wang Meliputi gaji, upah dan bonus
Bentuk Bukan Wang Meliputi penghargaan atau
kepercayaan dari pihak majikan

Objektif utama adalah untuk memotivasikan pekerja


dan menggalakkan pekerja bekerja dengan lebih tekun
dan bersemangat.

Nilai ganjaran adalah berdasarkan tanggungjawab


yang dipikul dan kedudukan yang disandang oleh
pekerja
64

Anda mungkin juga menyukai