Anda di halaman 1dari 15

a) Mengapakah Perlembagaan Persekutuan dikatakan tertinggi dalam sistem undang-undang di Malaysia?

Teori yang biasa kita dengar menyatakan bahawa apabila adanya perlembagaan bertulis, maka secara automatik, perlembagaan akan lebih tinggi dari Parlimen. Contohnya, Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Artikel 4(1),

Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undangundang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu. Ini adalah satu klausa yang menabalkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia. Maka, ia lebih tinggi dari Parlimen. Jika kita melihat Perlembagaan per se, maka kita akan melihat Perlembagaan sebagai satu dokumen yang sangat berkuasa. Kebal dari dicabuli oleh pihak lain. Dalam Artikel 4 (1) kita ada penegasan bahawa semua undang-undang mesti akur pada ketinggian Perlembagaan. Dalam Artikel 159 kita ada syarat ketat yang ditetapkan oleh Perlembagaan untuk merubah mana-mana bahagian dalam Perlembagaan. Di bawah klausa (3), pindaan memerlukan sokongan dua pertiga ahli Parlimen. Satu jumlah yang besar. Di bawah klausa (5) pula lebih ketat lagi syaratnya. Untuk merubah mana-mana bahagian di bawah Bahagian III, Artikel 38, 63 (4), 70, 71 (1), 72 (4), 152, atau 153, ia mesti wajib mendapat persetujuan dari Majlis Raja-raja. Di negara yang tidak mempunyai Perlembagaan bertulis, Britain contohnya, Parlimen adalah penggubal undang-undang tertinggi negara. Mana-mana undangundang yang diluluskan oleh Parlimen, akan sah dan tidak boleh dicabar atau

diisytihar sebagai tidak sah oleh mana-mana mahkamah. Dengan itu, tidak timbul persoalan constitutional supremacy kerana secara kasarnya, tidak ada

perlembagaan untuk membatasi kuasa Parlimen menggubal undang-undang. Yang ada hanya amalan dan adat yang sudah established dan diterima sebagai undangundang. Ini tentulah bertentangan dengan situasi di Malaysia. Seperti yang dinyatakan di atas, Artikel 4 (1) menabalkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Persoalan constitutional supremacy adalah penting dalam perbincangan mengenai constitutionalism kerana constitutionalism mewajibkan constitutional supremacy sebagai syarat tercapainya idea itu. Jika tiada constitutional supremacy atau ketinggian Perlembagaan, maka tidak mungkin tercapai idea constitutionalism. Constitutionalism secara ringkasnya mengkehendaki bahawa kerajaan yang ada mesti tertakluk di bawah Perlembagaan dan tidak boleh sesuka hati bertindak menurut kepentingan mereka. Mesti ada satu mekanisma untuk menghadkan kuasa kerajaan. Sejarah telah menunjukkan kepada kita betawa liciknya ahli politik dalam mencapai matlamat mereka. Benar, ketika Lord Reid menggubal perlembagaan kita, beliau meletakkan syarat ketat untuk memindanya bagi mengelak pencabulan rakus dari ahli Parlimen. Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan

mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas (dalam Salleh Abbas, 1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam perlembagaan itu

merangkumi sesuatu yang lebih luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah atau akan dibuat. Pada asasnya, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Beberapa konsep penting yang berkaitan dengan perlembagaan adalah: Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan British pada masa itu telahpun mempunyai perlembagaannya. Perlembagaan tersebut digubal berikutan penubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun Malayan Union telah mendapat bantahan daripada penduduk Tanah Melayu memandangkan perlembagaan yang dibentuk gagal memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak perlembagaan tersebut lebih

menguntungkan pihak British berbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut juga dikatakan telah mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telahpun diwarisi sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah: Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu; Hak keistimewaan orang Melayu; Agama; dan Bahasa. Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu.

1. Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai kaitan dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32, perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun menjadi amlan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem pemerintahan beraja

akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan. 2. Agama Islam Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam Perkara 11 (4). Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama. 3. Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan

bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971). Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orang Melayu merupakan penduduk asli atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberikan hak keistemewaan tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau pertanian. Justeru adalah wajar orangorang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek yang dinyatakan di atas bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini agak jauh ketinggalan berbanding kaum lain. 4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud rasmi ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Jika melihat dari aspek rasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara, aspek sejarah perlu dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jadi tujuan di sebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama.

b)

Kedudukan istimewa Orang Melayu/Bumiputera di Sabah dan Sarawak

(Perkara 153, Perlembagaan Malaysia) ialah hasil tolak ansur antara pelbagai kaum demi untuk menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Bincangkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga serta melindungi hak-hak ini di samping kepentingan-kepentingan yang sah untuk golongan bukan Bumiputera.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulankumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukanperuntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-

orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan

pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa. Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orangorang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-hak istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang. Kita sedia maklum jumlah golongan profesional Melayu dan Bumiputra adalah masih jauh lebih kecil kalau di bandingkan dengan jumlah bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang sudah lama mendapat head start sejak dari zaman penjajahan lagi. Untuk merapatkan jurang human capital atau modal insan yang terlatih lagi canggih ini aspek pendidikan merupakan satu aspek yang amat penting sekali bagi meramaikan bijak pandai Melayu. Mengambil kira faktor inilah atas desakan UMNO maka semasa pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Suruhanjaya Reid dan kemudiannya menjadi Perlembagaan Persekutuan Melayu

Raya atau Malaysia selepas Malaysia ditubuhkan telah dimasukkan Perkara 153 ke dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memperuntukan bahawa setiap orang Melayu dan bumiputra mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang berkelayakan adalah diberi hak biasiswa secara automatik. Ini jelas dari Perkara 153 (3) yang antara lain memperuntukkan : perezapan bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak . mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang diPertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagainya yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian 10 atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahankemudahan khas itu ; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna. Daripada peruntukan di atas jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ini jelas merupakan hak, harta dan pusaka kepada orang Melayu sebagai pribumi negara ini. Harta pusaka ini haruslah dipertahankan dengan nyawa dan kekuatan yang ada ada pada. Dan jangan sekali-sekali dibiarkan cair atau diluted oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi sebarang pemberian pinjaman atau apa-apa bantuan atau kemudahan dalam pelajaran yang memerlukan

pembayaran balik adalah bertentangan dengan dan tidak memenuhi semangat Perkara 153 (3) Perlembagaan. Kalau tidak Kerajaan adalah tidak berlaku adil kepada orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak. Perlu diingat bahawa keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apa gunanya ada bangunan yang antara yang tertinggi di dunia dan prasarana negara serba canggih jika negara pada waktu yang sama sudah tiada peruntukan untuk biasiswa kepada pelajar Melayu miskin yang berhak untuk mendapat biasiswa tersebut ? Sejak negara merdeka pada 1957, Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia inilah yang menjadi sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmatif yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di bidang sosio-ekonomi. Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Jika dasar-dasar yang melahirkan programprogram affirmative ini dipertikai atau diganggu-gugat, akibatnya orang Melayu dan Bumiputera akan melarat dan terpinggir dari arus perdana pembangunan dan kemajuan di era globalisasi. Pendek kata, mereka perlu menyiapkan diri untuk menghadapi persaingan global. Dalam pada itu, sektor swasta Malaysia

sewajarnyalah sentiasa mempertahankan dasar-dasar yang membabitkan orang Melayu dan Bumiputera. Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-

apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya. Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa- apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. Sekitar 1970-an, peratusan kemiskinan di kalangan orang Melayu adalah sangat tinggi jika ingin dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Hal ini berikutan dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh orang British ketika menjajah Tanah Melayu. Pengkhususan kerja-kerja pertanian membabitkan masyarakat Melayu ketika itu menjadi satu sumber ekonomi warisan kerana sektor pertanian sangat bergantung kepada persekitaran. Ada masanya tumbuhan diserang penyakit atau banjir melanda, semuanya menjadi sia-sia. Jurang pendapatan orang Melayu dan bukan Melayu yang sangat tinggi meletakkan orang Melayu sebagai kaum yang lebih mundur ketika itu. Hal ini berikutan orang Melayu majoritinya menetap di

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang mana agak terpinggir dari aspek pembangunan malah di Kelantan dan Terengganu, British ketika itu tidak Nampak satu sumberpun yang dapat dibangunkan melainkan pertanian. Jika dilihat dari pemilikan kekayaan negara pada tahun 1970 bagi orang Melayu hanya 2.4 peratus dan bukan Melayu pula 34 peratus. Sehingga kini, peratusan kekayaan negara bagi orang Melayu masih belum mencapai apa yang direncanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan mengenai matlamat pencapaian 30 peratus pemilikan kekayaan negara oleh orang Melayu. Golongan Cina(bukan Melayu) yang telah mempelopori bidang perniagaan pula hidup dalam keadaan yang agak selesa jika ingin dibandingkan dengan kaum India mahupun Melayu yang merupakan penduduk asal. Lantaran itu, Perkara 153 memperuntukkan pemberian lessen kepada orang Melayu bagi menaikkan taraf hidup orang Melayu. Orang India juga tidak terabai begitu sahaja dan peniaga Cina tidak pula teraniaya. Mereka tetap boleh berniaga seperti biasa tanpa penarikan lesen tetapi keutamaan atau kuota yang lebih diberikan kepada orang Melayu yang lebih miskin ketika itu. Orang Melayu dibantu bagi melahirkan Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian(MPPB) sebagai pendekatan utama dalam menyusun masyarakat dan memastiakan penyertaan Bumiputera yang lebih luas dalam bidang ekonomi. Penjajahan British meninggalkan kesan yang buruk terhadap sistem pendidikan bagi orang Melayu. Sistem pendidikan British hanya menjadikan anak-anak orang Melayu petani yang lebih baik berbanding ibu dan bapa mereka. Lebih buruk lagi apabila perabot, buku teks dan bahan bacaan tidak mencukupi dan dalam kondisi yang mendukacitakan. Hal ini menyebabkan hilang kepercayaan ibu dan bapa terhadap

sekolah Melayu.

British lebih memusatkan pendidikan kepada sekolah-sekolah

Inggeris yang bertujuan melahirkan golongan atasan dalam masyarakat. Di zaman awal 10 tahun kemerdekaan Malaysia, penempatan kaum Melayu di peringkat ijazah pertama sangatlah mendukacitakan. Golongan Bukan Melayu sahaja yang merebut peluang ini berdasarkan beberapa faktor iaitu taraf hidup, ekonomi, kurang kesedaran dan lain-lainnya. Hal ini menyebabkan keadaan yang tidak begitu baik dalam hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat perbezaan yang nyata terhadap golongan professional. Perkara 153 ini masih perlu diteruskan kearah mencapai matlamat yang dikehendaki. Namun pelbagai kemudahan dan keistimewaan turut diberikan kepada kaum bukan Melayu dalam aspek pendidikan. Kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem kuota telah ditukarkan ke sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar mengikut prestasi akademik tanpa mengira etnik. Pelbagai sikap akomodatif telah diwujudkan antara orang Melayu dan bukan Melayu dalam usaha memantapkan lagi hubungan etnik.

Bibliografi 1. Mohd Salleh Abbas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur 2. Nor Salleh Ngatimin. 2004. Modul PINTAS 6: Nota Pintas Sejarah Tingkatan 5 KBSM (Kurikulum Semakan). Edaran Terhad. SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi 3. Perlembagaan Persekutuan beserta Index. Semua Pindaan sehingga Ogos 2007. Cetakan 12. 2007. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur. 4. Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asasasas dan masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. 5. Anwar Abdullah. 2004. Biografi Dato Onn: Hidup Melayu. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi

Anda mungkin juga menyukai

  • KBKK Dalam PK
    KBKK Dalam PK
    Dokumen15 halaman
    KBKK Dalam PK
    Sugumaran Chandra
    Belum ada peringkat
  • Bandura
    Bandura
    Dokumen13 halaman
    Bandura
    Sugumaran Chandra
    Belum ada peringkat
  • 3.0 RPH
    3.0 RPH
    Dokumen5 halaman
    3.0 RPH
    Sugumaran Chandra
    Belum ada peringkat
  • Bandura
    Bandura
    Dokumen13 halaman
    Bandura
    Sugumaran Chandra
    Belum ada peringkat
  • Pemulihan
    Pemulihan
    Dokumen3 halaman
    Pemulihan
    Sugumaran Chandra
    Belum ada peringkat