Anda di halaman 1dari 1

PENJAGAAN KESIHATAN MATA

1. Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat
kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat pada
kesihatan mata.

2. Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya
kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.

3. Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan
berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya
sangat tinggi.

4. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi
beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan
sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.

4. Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan
dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.

5. Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang
letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan
anda.

Anda mungkin juga menyukai