Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT GREEN LANE

JALAN HAMILTON11600 PULAU PINANG


SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI & KLUSTER
KECEMERLANGAN

PEMANASAN BADAN &


PENYEJUKAN BADAN
(GERAK KENDUR)
SUKAN DAN PERMAINAN : OLAHRAGA
PEMANASA
N BADAN
SUKAN : OLAHRAGA
PENGENALAN TENTANG PEMANASAN
BADAN
• Sebelum menyertai aktiviti sukan atau sebarang aktiviti fizikal,kita perlu memanaskan badan.
• Warming Up atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri sebelum
melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih
bersedia agar aktiviti yang dilakukan nnt dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
• Warm up merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan mengaktifkan pengeluaran hormon
yang akan membantu dalam proses penyaluran tenaga ke bahagian otot. Peningkatan aktiviti secara
berperingkat juga secara umumnya akan meningkatkan suhu badan dan membuka liang roma untuk
proses perpeluhan di mana penyejukan anggota badan diaktifkan.
KEPENTINGAN WARMING UP / MEMANASKAN BADAN

1) Meningkatkan kadar degupan jantung atau peningkatan kadar nadi (bpm)


• Secara umumnya penambahan intensiti dalam aktiviti memerlukan tenaga, sehubungan itu jantung
memainkan peranan untuk menyalurkan oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh badan.

2) Peningkatan pengeluaran hormon


• Peningkatan kadar rembesan hormon endorfin, serotonin, dopamin dan hormon-hormon lain yang
membantu meningkatkan kadar kepekaan, mengurangkan stres dan meningkat kadar metabolisma
KEPENTINGAN WARMING UP / MEMANASKAN BADAN

3) Mengurangkan kadar risiko kecederaan


• Peningkatan suhu otot secara tidak langsung menambah keanjalan otot.
• Peningkatan kadar oksigen dan hormon di bahagian otot membantu melancarkan pergerakan dan
mengurangkan risiko kekejangan.

4) Meningkatkan prestasi semasa bersukan


• Otot yang diregang dan dipanaskan sebelum bersenam menjadikan ia lebih mudah bergerak. Sendi
juga boleh berfungsi dengan lebih baik.
APLIKASI YOUTUBE
GERAKAN MEMANASKAN BADAN SEBELUM SUKAN OLAHRAGA
( WARMING UP)

Click link URL di bawah


untuk menonton video:

https://youtu.be/BHY0Zgj
TBEo
PENYEJUKAN
BADAN
( GERAK
KENDUR)
SUKAN : OLAHRAGA
PENGENALAN TENTANG PENYEJUKAN BADAN
( GERAK KENDUR )

• Jika memanaskan badan adalah penting, menyejukkan badan selepas bersenam juga penting
dan tidak boleh diabaikan.
• Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan badan, iaitu
dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti memanaskan badan.
• Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan.
KEPENTINGAN COOLING DOWN
( PENYEJUKAN BADAN)

1) Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid laktik yang
terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke hati. Jika berhenti bersenam
secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.
2) Aktiviti  ini  adalah  bertujuan  untuk  memulihkan  semula  otot-otot selepas melakukan aktiviti
senamann ataupun selepas bersukan.
3) Ia juga membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal,
mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.
PROSEDUR COOLING DOWN ( PENYEJUKAN
BADAN)
• Lakukan cooling down ) penyejukan badan ) dalam masa lebih kurang 5 hingga 10 minit.Ia di
lakukan dalam masa ini bagi memastikan hasil senaman menyejukkan badan berhasil.
• Pastikan semua anggota badan terlibat semasa cooling down ( penyejukan badan ) .Hal ini
kerana sekiranya terdapat anggota badan yang tidak terlibat maka berkemungkinan besar atot
yang tidak terlibat akan mengalami kelesuan ataupun cedera.
• Seterusnya ulang semula aktiviti semasa sesi memanaskan badan.Pastikan setiap regangan
cooling down ( penyejukan badan ) dilakukan selama 10-15 saat.
APLIKASI YOUTUBE
GERAKAN PENYEJUKAN BADAN SELEPAS SUKAN OLAHRAGA
( COOLING DOWN)

Click link URL di


bawah untuk menonton
video:

https://youtu.be/62V1E3
FeZqk
SEKIAN ,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai