Anda di halaman 1dari 5

KESELAMATAN JALAN RAYA

Semua ahli badan beruniform perlu mengetahui tentang peraturan


keselamatan jalan raya. Mereka perlu berlatih menggunakan jalan raya
dengan betul.

Lampu Isyarat
Cadangan aktiviti: Guru melukis lampu isyarat di papan putih. Murid diminta
mewarnakan lampu isyarat tersebut. Murid menerangkan fungsi setiap
warna lampu isyarat. Guru merumuskan jawapan murid. Jawapan yang
telah dirumuskan oleh guru dicatat dalam buku nota / buku log.

KESELAMATAN JALAN RAYA / UNIT KOKURIKULUM SMKTD2 / SKTEE 1


Isyarat Jalan Raya
Cadangan aktiviti: Murid melukis simbol-simbol di buku catatan / buku log.
Guru memberi pilihan jawapan. Murid memadankan pilihan jawapan
dengan simbol-simbol.

KESELAMATAN JALAN RAYA / UNIT KOKURIKULUM SMKTD2 / SKTEE 2


Peraturan bagi Pejalan Kaki
1. Jalan di tempat yang dikhaskan untuk pejalan kaki.
2. Pakai pakaian yang cerah semasa berjalan pada waktu malam.
3. Jangan bermain-main di jalan raya.
4. Melintas di tempat yang disediakan seperti jejantas, lampu isyarat dan
lintasan belang.
5. Sebelum melintas, perhatikan ke kiri dan ke kanan beberapa kali
sebelum melintas. Setelah pasti tidak ada kenderaan, lintaslah dengan
cermat.

Peraturan bagi Penunggang Basikal


1. Tunggang dalam satu barisan. Jangan menunggang berdua-duaan
atau lebih.
2. Beri isyarat tangan dahulu sebelum membelok.
3. Selalu periksa dan pastikan basikal annda berada dalam keadaan yang
baik.

Peraturan bagi Penumpang Bas


1. Turun dan naik bas di tempat yang ditetapkan seperti perhentian bas.
2. Jangan naik atau turun bas semasa bas sedang bergerak.
3. Beri isyarat yang jelas untuk menahan bas.
4. Jangan melintas di belakang bas. Tunggu sehingga bas bertolak dari
situ.
5. Sentiasa naik atau turun bas dengan tertib dan teratur.
6. Beri keutamaan kepada orang tua, orang kurang upaya atau ibu
mengandung untuk duduk di dalam bas.

KESELAMATAN JALAN RAYA / UNIT KOKURIKULUM SMKTD2 / SKTEE 3


CADANGAN KUIZ KESELAMATAN JALAN RAYA

KESELAMATAN JALAN RAYA / UNIT KOKURIKULUM SMKTD2 / SKTEE 4


CADANGAN SOALAN KUIZ
KESELAMATAN JALAN RAYA

1. Nyatakan 3 warna lampu isyarat dan fungsi bagi


setiap warna.
2. Nyatakan 3 tindakan yang melanggar peraturan
jalan raya.
3. Di manakah anda akan terjumpa papan tanda
‘Hon Dilarang’ / ‘Dilarang Membunyikan Hon’? –
hospital atau sekolah
4. Nyatakan 2 peraturan bagi pejalan kaki /
penunggang basikal / penumpang bas.

KESELAMATAN JALAN RAYA / UNIT KOKURIKULUM SMKTD2 / SKTEE 5

Anda mungkin juga menyukai