Anda di halaman 1dari 2

NAMA : MUHAMMAD RAIID AMSYAR BIN MOHD RIDZUAN

SEKOLAH : SK SRI DELIMA


KELAS : 3 ATTITUDE

MENULIS ESEI
Tema : Covid-19; Satu pengajaran

Hari ini, seluruh negara termasuk negara kita telah diserang wabak koronavirus atau dikenali
COVID-19. Wabak ini mula dikesan sekitar pertengahn Disember dan mula merebak ke
seluruh negara sehingga menyebabkan kematian.

Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil kesan daripada penularan wabak ini.
Antaranya, wabak ini menerapkan amalan bersabar dalam kalangan masyarakat. Contohnya,
beratur ketika hendak masuk dan membeli keperluan harian di pasaraya dan dapat mengawal
pergerakkan keluar rumah.

Selain itu, wabak ini juga mengingatkan kita tentang kepentingan bersama ahli
keluarga. Jika dahulu para ibu bapa berlumba lumba mencari duit, namun dengan penularan
wabak ini, kebanyakkan ibu bapa bekerja dari rumah. Secara tidak langsung, ibu bapa juga
dapat memantau pergerakan anak-anak dan dapat meluangkan masa bersama mereka dan ini
dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Seterusnya, pengajaran daripada penularan wabak ini, kita lebih menitikberatkan


amalan kebersihan dalam kehidupan harian. Kita akan sentiasa memakai topeng muka
ditempat-tempat ramai orang dan kerap mencuci tangan dan memakai cecair pembasmi
kuman supaya tidak dijangkiti virus. Ini kerana tangan merupakan organ badan utama yang
boleh menyebabkan jangkitan virus berlaku.

Akhir sekali, kita menjadi lebih kreatif dan berteknologi. Pembelian barangan melalui
atas talian menjadi pilihan utama masyarakat hari ini bagi menghadkan pergerakan keluar
rumah seperti penggunaan e-wallet, Grab, Lazada dan sebagainya. Pembelajaran secara atas
talian juga dijalankan supaya pembelajaran masih berlangsung walaupun wabak merebak.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berwaspada dan menjaga diri dalam menangani
wabak ini daripada dijangkiti dengan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh
kerajaan.

Anda mungkin juga menyukai