Anda di halaman 1dari 3

Tajuk 1 (Lelaki) : Haji Wida’

Bi Teks
l

‫السالم عليكم ورمحة اهلل وبركته‬


Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana. Seterusnya para
hadirin yang dirahmati Allah sekalian .

Dengarkanlah dengarkan sebuah kisah,


Haji Wida’ tajuk dibawa,
Semoga mendapat pengajaran,
Jadi teladan kita bersama.

1
Kawan-kawan,

Haji wida’ berlaku pada hari Sabtu, bulan Zulkaedah tahun ke-10 Hijrah. Dinamakan haji Wida’
yang membawa maksud haji perpisahan atau haji selamat tinggal. Selepas menunaikan ibadat haji ini
Rasulullah wafat. Merupakan haji yang pertama dan terakhir bagi Rasulullah.

Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 27:

Maksudnya: Dan serukanlah mat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya nereka akan
datang ke (rumah tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang
kurus, yang datangnya dari berbagai jalan yang jauh.

Hai kawan-kawan,
Sebagai orang yang berkemampuan kita hendaklah menunaikan ibadah haji yang merupakan
rukun Islam kelima.

Walaupun sebagai rakyat Malaysia kita terpaksa menunggu giliran untuk menunaikan haji.
2 Kewajipan haji telah diturunkan
Menunaikan ibadat panggilan Baitullah
Tanah suci Mekah
Ya Mekah al-mukaramah……

Sidang hadirin sekalian!

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 97 berbunyi :

Maksudnya;

Apabila turunnya perintah mengerjakan haji, maka Rasullullah bersama 90,000 umat Islam pergi
menuju ke Mekah.
Rombongan mengambil masa 9 hari untuk sampai. Di Zul Hulaifah Rasulullah berhenti lalu
berihram. Kemudian meneruskan perjalanan untuk menunaikan haji sambil memuji-muji Ilahi.....

Labbaikallah humalabaik, labbaikala sari kalakalabaik.....

Pujilah Allah walau bagaimana sekali pun keadaan kita. Jangan sekali-kali lupa padaNya.

3 Tiba di Mekah pada hari ke-4 Zulhijjah. Menuju ke Ka’abah, menyentuh dan mengucup
Hajarul Aswad, melakukan tawaf, solat sunat 2 rakaat di Multazam berhampiran makam
Nabi Ibrahim. Melakukan sa’ie antara Safa dan Marwah. Pada 8 Zulhijjah iaitu hari
Tarwiyyah, Rasulullah memakai ihram menuju ke Mina dan bermalam di sana. Pada 9
Zulhijjah selepas Subuh terus berangkat ke Arafah.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 158:

Maksudnya:

Ya kawan-kawan,

Sabar, tekun dan ikhlas semasa beribadah merupakan amalan orang mukmin.

Ayuh umatku, contohilah ketabahan warga Palestin di Gaza yang terus berjuang
mempertahankan Negara dan agama dari serangan Israel.

4 Selepas gelincir matahari di Arafah, Hari Nahar Rasulullah berkhutbah. Isi Khutbah : Sucikan harta
daripada riba, terhapus balas dendam dan pembunuhan, berpegang kepada kitab Allah dan
Sunnahnya, seluruh mukmin adalah bersaudara, wanita adalah amanah Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 92:

Maksudnya:

Ya kawan-kawan,

Taatilah perintah Allah dan Rasul setiap saat dan ketika adalah tuntutan agama.

Maka kita sebagai warga negara hendaklah kekalkan keamanan negara kita Malaysia dari
ancaman dalam dan luar.
5 Kawan-kawan,
Selepas solat Zuhur dan Asar, berangkat ke Muzdalifah dan bermalam. Pagi 10 Zulhijjah
selepas solat Subuh bertolak ke Mina melakukan ibadah korban dan melontar. Baginda
menyembelih korban sebanyak 63 ekor unta.

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3:


Maksudnya:

Ya, kawan-kawan…

Kita hendaklah berkorban jiwa dan raga untuk agama yang tercinta.

Semoga lahirlah dermawan yang sanggup menderma untuk masjid dan anak-anak
yatim seperti Yayasan Al-Bukhari.

Sekian…wassalam..

Anda mungkin juga menyukai