Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS VIDEO PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=06uQEYM-x0k

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG CIKGU ARZORAINI MENGGUNAKAN DALAM


VIDEO TERSEBUT:
a) Tayangan video lagu ‘Sayang Semua’ menggunakan Projektor.

KELEBIHAN : BBM seperti rakaman lagu dapat memberi manfaat dari aspek
pengalaman pancaindera. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan melalui pelbagai deria
seperti deria penglihatan, deria pendengaran dan deria sentuh. Dalam video ini,
guru meminta para murid untuk mendengar lagu dahulu kemudian bernyanyi
sama-sama. Di sini pancaindera seperti penglihatan (lirik lagu dipapar) dan deria
pendengaran (muzik lagu) diutamakan untuk mengenali pengejaan suku kata. Di
samping itu, tayangan lagu berjenis kartun menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan berkesan. Murid tahun 1 lebih suka menonton
animasi kartun yang bersesuain dengan tahap mereka.

KEKURANGAN : Bukan semua murid dapat melihat lirik lagu dengan jelas
terutamanya murid-murid yang duduk di barisan belakang bilik darjah
disebabkan kesilauan cahaya. Selain itu, lagu yang dimainkan perlulah jelas
supaya para murid dapat mendengar perkataan dengan teliti. Jika ‘Portable
Speaker’ digunakan sewaktu memainkan lagu maka, semua murid dapat
mendengar lagu dengan jelas.
b) Kad cantuman ‘suku kata’

KELEBIHAN : Kad cantuman dibentuk dengan menulis beberapa perkataan


ataupun rangkai kata di atas kad dan kemudian kad itu dipotong kepada
beberapa suku kata. Cikgu Arzoraini memilih wakil murid untuk memilih suku
kata dan menyebut suku kata sebanyak 3 kali di hadapan kelas. Selepas
menyebut dengan jelas murid diarahkan untuk mencantumkan keratan-keratan
kad suku kata supaya membentuk perkataan dan rangkai kata yang dikehendaki
nanti.

KEKURANGAN : -

c) Gambar

KELEBIHAN: Para murid dapat melihat gambar-gambar yang telah dicetak


dengan jelas. Murid-murid juga dapat meneka perkataan dengan bantuan
gambar yang disediakan oleh guru. Penyusunan suku kata dan proses cantuman
kad suku kata dapat dijalan dengan cekap. Selain itu, murid juga dapat mengeja
dan mengingat suku kata apabila Nampak gambar nanti.

KEKURANGAN : Terdapat segolongan murid yang dapat mengeja dan


mencantum kad suku kata jika ada bantuan gambar sahaja.
Walaubagaimanapun, perkara ini tidak boleh disalahkan kerana mereka baru
belajar Tahun 1 dan daya ingat dan imbas kembali mereka dalam tahap
memuaskan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai