Anda di halaman 1dari 1

NAMA: …………………………………………… TARIKH: ……………………………….

Tulis ayat yang diimlakkan.


Encik Firdaus seorang penternak rusa. Beliau telah mengusahakan penternakan rusa selama lima tahun.
Pendapatan yang diperolehnya sungguh lumayan kerana permintaan pelanggan terhadap daging rusa
sungguh menggalakkan.

Rusa cepat membiak. Pada masa yang sama, kos penternakan rusa lebih jimat berbanding dengan
penternakan haiwan lain. Encik Firdaus lebih suka menjual rusa hidup berbanding dengan daging rusa
kerana harganya yang lebih tinggi. Harga seekor rusa hidup lebih kurang RM 2000 hingga RM 2500 seekor
bagi rusa jantan. Harga rusa betina pula adalah lebih mahal.

Sehingga kini, Encik Firdaus mempunyai sebanyak 70 ekor rusa. Beliau menternak rusa jenis baka
timor rensis. Baka ini tahan lasak dan tahan serangan penyakit. Oleh itu, Encik Firdaus tidak perlu
mengeluarkan kos perubatan yang tinggi.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Anda mungkin juga menyukai