Anda di halaman 1dari 3

NAMA : MAITHILLI THANGARAJ

UNIT : V3
1. Apakah yang anda faham tentang proses kreatif?
Proses kreatif boleh dimaksudkan sebagai tahap tindakan yang diperlakuan insan secara sedar
dalam penciptaan sesuatu. Kreativiti ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong
dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju kearah yang
lebih realiti.
2. Senaraikan nama 3 orang yang kreatif mengikut bidang mereka:
a) muzik

 Ayob Ibrahim
 Shinichi Suzuki
 Noorhaqmal
b) seni Lukis

 Mohammed Hossein Enas


 Abdullah Arif
 Yong Mung Sen
c) sastera Melayu

 Arena Wati
 Datuk A. Samad Said
 Usman Awang
d) masakan

 Redzuawan Ismail (Chef Wan)


 Chef Fikree
 Chef Florance
e) lakonan

 Seniwati Mariani Ismail.


 Tun Dr Siti Hasmah
 P.Ramlee
f) seni bina

 Frank Lloyd Wright


 Ludwig Mies van de Rohe
 LE Corbusier

3. Berikan 3 sebab, penulis baru sukar mendapat ilham.

 Kurang pengalaman dan pengetahuan


 Tidak cenderung membaca cerita atau menonton filem
 Tidak mempunyai gaya bebas.
 Persekitaraan yang tidak menyenangkan.

4. Apakah yang dimaksudkan.....


a) tahap persediaan kreatif
Pada tahap ini berlakulah proses menghimpun maklumat, data atau bahan yang diperlukan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau saranan pemikiran kreatif.
b) tahap pengeraman kreatif
Pada tahap ini berlakulah peringkat mengeramkan masalah atau saranan tadi dalam prasedar
atau bawah sedar (subconscious mind).
c) tahap iluminasi kreatif
Pada tahap ini terserlah kemunculan sebenar idea pertama (insight), gagasan, inspirasi atau
ilham tadi, malah diiringi dan dikawal oleh proses psikologi tertentu.
d) tahap varifikasi kreatif
Pada peringkat ini seseorang penulis perlu menilai dan menghakimi idea pertamanya.

5. Berikan 5 cara untuk melahirkan murid kreatif di sekolah


1. Sediakan Persekitaran Yang Kreatif
Persekitaran yang kreatif banyak membantu murid untuk berfikir dengan cara yang kreatif juga.
Benda kreatif yang berada di sekeliling murid secara tak langsung membentuk gaya pemikiran
di luar kotak.
2. Banyakkan Aktiviti Berkumpulan
Satu kepala memang hanya akan menghasilkan idea yang sama. Dengan adanya aktiviti
berkumpulan, maka lebih banyak idea yang akan datang serta turut membantu murid yang
kurang kreatif, melihat gaya berfikir rakan mereka.
3. Dedahkan Pelajar Dengan Benda Kreatif
Bagi menggalakkan murid berfikir dengan kreatif, guru perlu sentiasa mendedahkan apa-apa
benda kreatif yang baharu kepada murid. Ini bagi membolehkan murid merasakan bahawa,
tiada benda yang mustahil. Kadang-kadang, benda kreatif dihasilkan dengan hanya melibatkan
sedikit perubahan kecil pada benda tersebut.
4. Penggunaan Pinterest
Pinterest merupakan apps yang sangat berkuasa untuk membantu pelajar melihat idea kreatif.
Dengan kemudahan internet yang ada pada murid, maka boleh lah dioptimumkan penggunaan
telefon pintar bagi tujuan pembelajaran seperti ini.
5. Beri Kebebasan
Seringkali juga saya sentiasa memberikan kebebasan kepada murid untuk berkarya atau
menghasilkan tugasan mereka. Murid boleh buat nota / projek dengan menggunakan apa-apa
bahan, mengikut cara mereka.
6. Tunjukkan Hasil Kerja Rakan Mereka
Taktik ini sering saya gunakan bagi membolehkan mereka sentiasa berlumba-lumba
menghasilkan projek / hasil kerja yang lebih unik, tersendiri dan kreatif. Murid lain boleh
mengambil idea daripada hasil kerja rakan mereka, dan ditambahbaik bagi menghasilkan projek
yang lebih kreatif.

Anda mungkin juga menyukai