Anda di halaman 1dari 2

1.

Perincikan bagaimana pengajaran mikro dan makro boleh membantu meningkatkan


mutu pengajaran seorang guru?
 Mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi
pembelajaran yang terancang dan dipermudahkan.
 Boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang
kompleks.
 Pengajaran mikro membolehkan anda mengamalkan teori pengajaran yang disampaikan
oleh pensyarah di dalam bilik kuliah.
 Pengajaran mikro juga dapat mengurangkan berbagai-bagai masalah daripada
pengajaran biasa di sekolah.
 Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri kesalahan-kesalahan
yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.
 Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran anda akan dapat memahami kesalahan /
kelemahan dan seterusnya berusaha untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.

2. Berikan satu contoh refleksi pengajaran yang berkesan dengan menyatakan elemen-

elemen penting di dalamnya.

Elemen Huraian
pengajaran mikro

Perancangan Guru menyediakan alat bantu mengajar seperti komputer riba,


kepingan kad, kertas warna serta pen marker.

Pengajaran 1.Guru mentayankan video bertajuk ‘kemerdekaan’.


2.setelah murid selesai menonton video tersebut guru memberi sedikit
penerangan mengenai video tersebut.
3.Guru mengarahkan murid untuk menulis nilai yang terdapat dalam
video tersebut.
4. setelah selesai menulis guru menyemak hasil kerja murid.
5. Guru bersoal jawab dengan murid.

Penilaian 1. Aktiviti get the gist


2. Penerangan murid

Perancangan Guru menyediakan bahan yang diperlukan bagi aktiviti lakonan


semula berdasarkan tema pengajaran.
Pengajaran Guru boleh mengadakan aktiviti lakonan
semula

Penilaian semula -kaedah sumbagan saran


- Latihan pengukuhan

Perbincangan Guru membincang serta memberi penugahan pada akhir pdp.

3. Ulaskan video yang disisipkan dari segi kekuatan dan kekurangan.

KEKUATAN

 Nada suara saya yang sesuai dan lantang memudahkan murid-murid di dalam kelas
dapat mendengar dengan jelas seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa
yang guru sampaikan. Hal yang sedemikian membolehkan murid-murid memberi tumpuan
dan fokus terhadap pengajaran dan pembalajaran yang dijalankan.
 Tayangan video berkaitan dengan kemerdekaan/ patriotism disaksikan oleh para murid
untuk meningkatkan kefahaman melalui animasi.
 Guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan membetulkan murid.
 Guru juga menguji kefahaman anak murid mengenai tajuk yang akan disampaikan
dengan menyuruh mereka menulis pendapat/ nilai murid berkaitan.
 Guru juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan murid dapat
belajar secara bersahaja tetapi masih lagi disipin murid terkawal serta murid dapat belajar
dengan tenang.
 Murid juga dapat memberi respon ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
 Guru boleh melakukan aktiviti menyoal dan menjawab soalan pemahaman agar semua
murid mendapat kemahiran tersebut.

KEKURANGAN

 Kekurangan yang dikesan, memerlukan penambahbaikan lagi supaya dapat


meningkatkan kualiti pengajaran misalnya, termasuk unsur-unsur ICT dan KMD.
Pemilihan sumber-sumber yang baik dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
 Cadangan saya untuk penambahbaikan, dimana pelajar perlu membuat pembentangan
dihadapan pelajar lain bukan sesama rakan sekelas.
 Guru menggunakan alat rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.

Anda mungkin juga menyukai