Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JELUTONG

34300 BAGAN SERAI , PERAK.

MINIT MESYUARAT KELAS INTERVENSI AWAL ( KIA 2M ) KALI 1/2007.

TARIKH : 18 JANUARI 2007


HARI : KHAMIS
MASA : 1.15 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER

KEHADIRAN: PN. FATIMAH BT MAT TAHIR


PN. NORIMAH BT HUSSIN
PN. SAEMAH BT SHAARI
EN. ABU BAKAR BIN ABDULLAH.
PN. ZURAIDAH BT KAMARUDIN
PN. NOORAIN BT ISMAIL
PN. BADARIAH BT OTHMAN

AGENDA 1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru ke Mesyuarat
KIA 2M bagi tahun 2007.
1.2 Beliau juga turut mengingatkan bahawa tujuan utama Program KIA 2M adalah
untuk membasmi buta huruf.
1.3 Beliau berharap agar semua guru dapat memainkan peranan bagi memastikan
semua murid Tahun 1 2007 dapat menguasai konsep asas membaca dan menulis.

Tindakan : Makluman

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT.

3.1 Cadangan : Pn. Saemah Bt Shaari


3.2 Sokongan : Pn. Badariah Bt Othman.

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Makluman perkara 2.4 iaitu peringatan mengenai jumlah waktu KIA 2M
seminggu adalah sebanyak 19 waktu dan akan dilaksanakan dalam waktu Bahasa
Melayu , Pendidikan Muzik , Pendidikan Seni Visual dan PJK.
3.2 Diharap semua guru yang terlibat dapat bekerjasama dalam usaha mencapai
objektif bagi program KIA 2M bagi tahun ini.

Tindakan : Makluman

AGENDA 4 : LAPORAN KIA 2M BAGI TAHUN 2006.

4.1 Guru KIA 2M membentangkan laporan KIA 2M bagi Tahun 2006 .

Jumlah murid KIA selepas ujian penapisan = 9 orang


Jumlah murid KIA selepas ujian pelepasan 1 = 3 orang
Jumlah murid KIA selepas ujian pelepasan 2 = 2 orang.

4.2 Murid KIA 2M yang tinggal selepas ujian pelepasan 2 sedang mengikuti program
Pemulihan. Murid-murid tersebut adalah Nur Saqinah Bt Ishak dan Zulkarnain
Bin Awang.

Tindakan : Makluman

AGENDA 5 : PERBINCANGAN .

5.1 Murid Tahun 1 bagi tahun 2007 akan menduduki ujian penapisan pada 22 hingga
26 Januari ini iaitu selepas program Transisi . Ujian tersebut akan dijalankan oleh
guru KIA 2M iaitu Pn. Norimah .
5.2 Pengerusi berharap semua guru dapat bekerjasama semasa ujian tersebut
dijalankan.
5.3 Guru yang mengajar PJK, PSV dan Muzik akan menjalankan program KIA 2M
dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.4 Kemahiran- kemahiran KIA 2M merangkumi :
* Abjad ( vokal dan konsonan )
* Suku kata
* Perkataan
* Ayat tunggal
5.5 Ringkasan mengajar bagi kelas KIA 2M perlulah mengandungi tajuk , kemahiran,
objektif dan aktiviti.
5.6 Pengerusi memaklumkan semua ibu bapa bagi murid-murid KIA 2M perlu diberi
sedikit taklimat mengenai program tersebut.
5.7 Pengerusi juga mengingatkan setiap aktiviti yang dijalankan mestilah menarik dan
sesuai dengan tahap kebolehan murid KIA 2M.

Tindakan : Makluman dan guru-guru KIA 2M.


AGENDA 6 : HAL – HAL LAIN

6.1 Guru KIA memaklumkan tarikh- tarikh bagi ujian pelepasan iaitu :

Ujian Pelepasan 1 - 23 hingga 27 April 2007.


Ujian Pelepasan 2 - 30 Julai hingga 3 Ogos 2007
Ujian Pelepasan 3 - 29 Okt hingga 2 Nov 2007.

6.2 Pengerusi berharap guru-guru yang terlibat dapat memberi komitmen bagi
memastikan program KIA 2M dapat berjalan dengan lancar dan berkesan

Tindakan : Makluman

AGENDA 7 : UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap agar setiap program yang
dirancang dapat dijalankan dengan lancar demi kejayaan anak-anak didik di SK.
Matang Jelutong.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang

Disediakan oleh , Disahkan oleh,

………………………….. ……………………………………
(NORIMAH BT HUSSIN) ( PN FATIMAH BT MAT TAHIR)
Guru KIA 2M, Guru Besar SKMJ.

Anda mungkin juga menyukai