Anda di halaman 1dari 8

TAJUK: OBESITI

APA YANG ANDA FAHAM TENTANG OBESITI??


Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan
seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi
keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan
seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan
kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.Siapakah yang tergolong
dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina,
mahupun umur seseorang. Antara-antara karakteristik masalah obesisiti pada seseorang adalah berat
badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal, berat badan sekurangkurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau
35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI), mengalami beberapa penyakit seperti tekanan
darah tinggi atau diabetes (kencing manis), dan gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam
jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. Untuk
memudahkan lagi seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak dalam masalah obesiti
bolehlah membuat penilaian melalui indeks Jisim Badan(BMI).
Indeks Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu
seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut:

Berat (kg)

BMI =

-------------------------------------

(Tinggi (m) X Tinggi (m))

-Bawah 18.5 kurang berat


-Antara 18.5 - 22.9 berat yang sihat
-23 hingga 27.4 agak lebih berat
-27.5 dan keatas gemuk / obes
Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:
-berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
- mengandung atau menyusukan anak
-seorang ahli sukan yang aktif

Pada tahun 2009, Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah
obesiti tertinggi berbanding negara-negara lain di Asia.Berikutan itu, Malaysia mungkin menghadapi
isu kesihatan yang besar jika rakyat tidak mengambil langkah untuk mengamalkan cara hidup
sihat.Terdapat 38 peratus suri rumah di Malaysia diklasifikasikan sebagai mempunyai berat berlebihan
atau obes pada skala antarabangsa Indeks Berat Badan (BMI) dua kali purata negara-negara Asia
lain. Antara-antara risiko kesihatan yang bakal dihadapi oleh mereka yang mengalami obesiti ialah
penyakit kardiovaskular(berkaitan dengan jantung), Strok (angin ahmar), Tekanan darah tinggi,
Diabetes (kencing manis) dan lain-lain lagi penyakit yang merbahaya. Terdapat pelbagai punca yang
menyebabkan seseorang mengalami masalah ini. Seseorang itu lebih berkiblatkan nafsu semasa
makan merupakan antara punca-punca keadaan sedemikian berlaku. Evolusi demi evolusi seseorang
daripada individu yang normal kepada individu yang mengalami masalah obesiti dapat digambarkan
seperti gambar di atas.

KHOR JIEN HONG


MUHAMMAD NOORHAFIZI BIN NOOR AZAY (207278)
Posted by hyperobes at 12:18 AM 3 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

KENAPASESEORANGINDIVIDUITUMENGALAMI
OBESITI???
PERSEKITARAN
Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk
Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menggangap gemuk sebagai adalah simbol
kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi
pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan
mengalami masalah-masalah psikologi berkaitan dengan kegemukan.
Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan yang berlebihan dan belum berjaya
mengurangi berat badan , janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor
penyebab kegemukan seperti yang tertulis anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda
tidak kunjung susut.
FAKTOR KETURUNAN

Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa


bentuk badan seseorang.Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anakanak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi
gemuk.Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami
masalah berat badan.Dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti.
Kegemukan boleh diturunkan dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam
sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung
memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ikut campur
dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
Hal ini dimungkinkan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang
berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada si bayi
sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh
yang relatif sama besar.

ZURUL FARIDAH BT.ABD.GHANI (206795)


DIET YANG TIDAK SEIMBANG
Mengambil kurang makanan pula akan menyebabkan perut lapar dan kurang bertenaga. Apabila
tenaga kurang, sistem badan akan secara automatik mengambil kalori dari sumber lain untuk ditukar
menjadi tenaga iaitu sel-sel otot dan sel-sel lemak. Biasanya sel-sel otot lebih mudah untuk ditukar
menjadi tenaga berbanding sel-sel lemak. Oleh itu, berat badan akan menurun, tetapi penurunan
dalam jisim otot dan kandungan berat air sahaja. Sebaliknya lemak masih kekal.
Bila sel-sel otot berkurangan, kadar metabolisme akan menurun. Bagi setiap 1 kg otot, badan
berupaya membakar kalori 200 -300 kalori sehari. Maknanya jika sel-sel otot sudah berkurangan,
secara tak langsung kadar menggunakan kalori juga menurun.
Pada satu tahap, penurunan berat badan akan terhenti buat seketika kerana sel-sel otot sudah tidak
diambil lagi untuk ditukar menjadi tenaga. Sistem badan akan melakukan perubahan di mana ketika
ini sel-sel lemak pula akan ditukar menjadi tenaga. Ini biasanya akan mengambil sedikit masa.
Kebiasaanya, ketika ini ramai yang sudah berputus asa untuk tidak berdiet lagi.
Bila kita mengamalkan semula cara pemakanan kita yang lalu, biasanya berat badan akan naik lebih
cepat. Ini kerana sel-sel otot yang sudah berkurangan yang mana kadar metabolisme juga menurun.
Jadi walaupun kita makan kadar yang sedikit tetapi sistem badan tidak berupaya membakar kalori
yang banyak.
KURANG MENGGUNAKAN TENAGA
Pekerjaan yang dilakukan hari-hari akan mempengaruhi gaya hidup seseorang.Kurang melakukan
aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu.Umumnya kandungan kalori

yang berlebihan yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal akan menyebabkan tubuh menjadi berisi
dan gemuk. Jika anda selalu tidur dan kurang bersenam, ianya akan mempengaruhi keadaan fizikal
tubuh badan anda.
Aktiviti fizikal seperti senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan. Jika anda
makan dengan berlebihan dan tidak diseimbangi dengan senaman, maka berat badan anda akan
naik. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat
obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti.
Contohnya menonton televisyen, bermain video game, menggunakan komputer dan sebagainya.
Metabolisme memiliki tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang normal. Meski
aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal,
tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti memiliki peranan yang sangat penting.
Pada waktu bersukan, kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang
hilang. Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja
sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti gerak akan
menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan
kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya
metabolisme tubuh orang tersebut. Jadi sukan sangat penting dalam penurunan berat badan tidak
sahaja kerana dapat membakar kalori, melainkan juga kerana dapat membantu mengatur
berfungsinya metabolis normal. Jika seseorang itu tidak melakukan aktiviti seperti senaman, jogging,
riadah, bersukan dan sebagainya akan menyebabkan kadar metabolisme menurun.

KOH MIIN YIU (207157)


BUDAYA MAKAN MALAM

Tentu ramai bersetuju bahawa orang Malaysia suka makan mengikut selera. Semua makanan yang
sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Malah ramai juga yang berpegang pada
falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, Salah satu punca
obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.Restoran dan geraigerai yang dibuka 24 jam telah menikmati ramai orang menghabiskan waktu santai mereka makan
dan minum sehingga lewat malam.
Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak
lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang
restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia. Mereka yang sememangnya tidak
boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau

gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.Namun,kadar metabolisme kita
rendah pada waktu malam dan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual
makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.
Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi
goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

PENGARUH EMOSIONAL
Obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak dapat diatasi. Orang gemuk dahaga akan
kasih-sayang, seperti masakan ibu sebagai simbol kasih terhadap mereka. Ia juga dianggap kelebihan
makan sebagai subtitusi untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam hidupnya.
Namun sebahagian orang yang berlebihan berat badan tidaklah lebih terganggu secara psikologi
dibandingkan dengan orang yang berbadan normal .Meski banyak pendapat yang mengatakan
bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahgiaan tekanan batinnya
lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukan.
Dalam suatu masyarakat tubuh kurus sering dikaitkan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk
cenderung berasa malu dengan penampilannya dan kesukaran mengendalikan diri terutamanya
dalam hal yang berkaitan dengan perilaku makan . Orang gemuk seringkali mengatakan mereka
cenderung makan lebih banyak kerana tertekan,cemas dan membuktikan kebenaran.
Orang gemuk makan lebih bamyak masa dalam suatu keadaan yang sangat tertekan.Manakala orang
yang dalam keadaam normal makan dalam situasi yang kurang tertekan(Mckenna,1999). Dalam suatu
kajian yang dilakukan oleh White(1977)pada kumpulan orang yang berat badan berlebihan dan
kumpulan orang yang mempunyai berat badan kurang dengan menyajikan kerepek (makanan ringan)
setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang
suspens, ceria, mernngsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.
Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah
menyaksikan filem yang tegang atau suspens dibandingakan setelah menonton filem yang
membosankan. Sedangkan pada orang yang berat badan berkurangan , selera makan kerepek tetap
sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

TEOH MOOI WEI (207080)


KOH MIIN YIU
TEOH MOOI WEI
Posted by hyperobes at 12:15 AM 4 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

APAYANGDIHADAPIOLEHGOLONGANOBESITI???
MASALAH PSIKOLOGI
Obesiti bukan hanya melibatkan kesihatan fizikal badan, malahan turut memberi kesan kepada
psikologi dan kesihatan mental.
Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit gila atau masalah
otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau
obes hasil interaksi sosial.
Seseorang yang besar badannya akan diejek.Kesan diejek pada usia muda ini akan dibawa
sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap
kepuasan hidup individu yang berbadan besar.

PENYAKIT
Selain daripada itu, Obesiti juga didapati memberikan kesan yang tidak diingini terhadap kesihatan.
Contohnya,Sakit jantung.Lemak yang terlalu tebal boleh menyumbat saluran darah menyebabkan
organ tubuh kita tidak mendapat cukup oksigen yang diperlukan. Didapati mereka yang obes pada
ukuran BMI lingkungan 25 ke atas terdedah kepada serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan
denyutan jantung yang tidak normal.
Darah Tinggi juga merupakan salah satu penyakit yang akan dihadapi oleh obes.Ini bermaksud
kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah
pengidap obesiti. Trigliseride tinggi boleh menyumbat salur darah dengan cepat. Apabila ruang salur
darah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat.
MASALAH SOSIAL
Obesiti juga dapat meningkatkan masalah sosial.Hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya
mendapati orang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah ereksi bagi
lelaki manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang.
Oleh sebab itu,taburan penduduk di Malaysia akan menjadi semakin kekurangan.Hal ini akan
menyebabkan banyak masalah seperti bekalan sumber alam tidak dapat dieksploitasi dalam tahap
yang optimum.Di samping itu,bebanan kerajaan akan menjadi berat apabila bilangan warga emas
demi hari demi meningkat.Kesannya,proses pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan terbantut.

LOW SWEE KWANG 206812


EYU YEE JU 206775
NG SZE CHIN 206801
Posted by hyperobes at 12:12 AM 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

LANGKAHLANGKAHMENGATASIOBESITI
Apakah tindakan wajar yang patut diambil untuk membendung obesiti daripada terus menular dalam
kalangan kanak-kanak? Disini terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini.
PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan
pemakanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat
mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis
pengelasan makanan, misalnya vitami, protei, lemak dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti
buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta
kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak
lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng
makanan dan banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat
manis dalam masakan kerana susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu,
kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. Hindari makanan berkadar gula dan
lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut
jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana
kanak-kanak yang mengambil minuman ini berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para
pengkaji dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh The British Medikal Journal The Lancet, remaja
AS perlu segera mengurangkan minuman bersoda dan jeruk yang berisiko mengganggu kesihatan.
Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak juga disebabkan oleh punca lain. Misalnya tabiat menonton
televisyen yang terlalu lama. Rancangan yang menarik seperti kartun dan telenovela membuatkan
kanak-kanak mengurangkan aktiviti di luar rumah. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang
bergerak dan mudah menjadi gemuk.

MAKANAN YANG SESUAI


Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Hal demikian kerana diet pemakanan yang
sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja
dengan lebih baik. Tentu ramai dalam kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di
hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktivitri separti
ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh anda. Aktiviti ini dopanggil sebagai aktiviti statik kerana hanya
duduk dan tidak sedikitpun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini
mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Juteru, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat
aktif, anda boleh melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai
acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta pada waktu lapang dan aktiviti lain yang
dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Oleh itu, dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga
dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

AMALAN SENAMAN YANG EFEKTIF


Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ad
penyakit tentu ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti
anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap
haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaikbaiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya
seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan
sebagainya.
Kenapa perlu bersenam?
Anda tahu atau tidak mengapa kita perlu bersenam? Disini terdapat banyak faedah. Antaranya adalah
badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga akan terhindar daripada pelbagai penyakit. Antara faedah
lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan
membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah pengerasan arteri serta menurunkan tekanan darah
tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar. Bersenam juga dapat menguatkan
tulang dan meningkatkan imbangan. Hal demikian dapat membantu mencegah atau memperlahankan
proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh
menyebabkan patah pinggan atau kecederaan yang lain.

HASWANI BINTI HARUN (206751)

MENGUBAH TABIAT
Seseorang obesity perlu mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan
seperti tekanan perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya.seseoarang itu perlu
mengelakkan perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak di pengaruhi dengan perkara-perkara
yang menyebabkan kegemukan.pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk mengurangkan
pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa menonton televisyen
dan sebagainya.selain itu,pesakit hanya perlu menimbang berat badan mereka sekali seminggu untuk
melihat perubahan yang berlaku.hal demikian kerana apabila mereka mengetahui berlaku sedikit
perubahan ke atas diri sendiri ,mereka akan lebih yakin untuk meneruskan matlamat untuk
menguruskan berat badan.mereka juga perlu memantau jumlah dan jenis pemakanan dan minuman
yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan.hal ini
kerana jika perkara tersebut tidak dititikberatkan minda akan lebih cenderung untuk tidak mematuhi
pemakanan yang seimbang.mereka juga memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga dan

kawan kerana golongan tersebut dapat menberi semangat untuk lebih yakin dengan berat badan
mereka.
UBAT-UBATAN
Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga sepuluh peratus berat
badan.terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu lipase inhibator.sejenis ubat untuk menhaklang enzim
lipase didalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap
ke dalam tubuh.bagaimanapun,ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan
memasuki system penghadaman makanan.selain itu,terdapat juga ubat untuk mengekalkan paras
hormone adrenalin dan serotonin.dengan memakan ubat ini,ia akan mengawal fingsi selera makan
dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang.kesan sampingannya ialah
hipertensi,sukar tidur,jantung berdebar,panas dan sebagainya.ubat ini tidak digalakkan makan selalu
kerana mengundang kesan sampingan .ubat yang ketiga adalah ubat kencing manis.ia boleh
bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitivity sel terhadap hormone insulin.ubat
yang keempat merupakan ubat antikemurungan.walaupaun ia boleh menurunkan berat badan ,ia tidak
digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan
sampingan.penggunaan ubat-ubatan juga tidak digalakkan keran akan membahayakan kesihatan.di
samping itu,individu juga boleh mengambil produk herba seperti yang kita semua tahu iaitu Jus mate
5.produk tersebut dapat membantu golongan yang mengalami masalah obesity.terbukti perubatan Dr.
Rozmey membawa kepada kejayaan kerana ramai yang menggunakan produk ini telah Berjaya
mengurangkan berat badan mereka.oleh itu .individu yang mengalami obesity disarankan
mendapatkan khidmat nasihat pakar pediatric,pakar pemakanan atau pakar diet adalah satu keadaan
yang kompleks.nasihat pakar penting bagi mengelak penggunaan teknik-teknik diet yang mungkin
memberi kesan buruk.
NUR HANIM BINTI AYOB (206745)

KESIMPULAN
Obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan
mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang terlibat
perlu mengambil langkah langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka
kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing masing.

Anda mungkin juga menyukai