Anda di halaman 1dari 9

1.Melihat anak bulan adalah salah satu cara bagi mengetahui masuknya bulan Ramadhan.

Tapi negara-negara Islam


pada hari ini berpuasa pada waktu yang berlainan dan bukan pada waktu yang sama. Bagaimanakah masalah ini
boleh berlaku sedangkan kita umat Islam yang satu? Apakah penyelesaian kepada permasalahan ini? *

2.Niat merupakan rukun berpuasa di bulan Ramadhan. Persoalannya, adakah kita kena berniat pada setiap malam
pada bulan Ramadhan dan adakah puasa sebulan pada bulan Ramadhan selama 30 hari ini dianggap satu ibadah
yang tunggal seperti solat dan rukun-rukunnya atau setiap harinya adalah ibadah tunggal? *

3.Kita umat nabi Muhammad telah disyariatkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan. Namun, sebenarnya
telah juga disyariatkan puasa ke atas umat-umat terdahulu seperti dalam surah AlBaqarah ayat 183. Apakah
perbezaan di antara puasa umat Islam dan puasa Ahli Kitab? *

4.Waktu imsak dan waktu subuh adalah waktu yang berlainan. Apakah yang dimaksudkan dengan waktu imsak dan
adakah masih dibolehkan bersahur apabila sudah masuk waktu imsak? *

5.Dalam masyarakat kita, lafaz niat berpuasa berbunyi sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana Allah taala
sedangkan lafaz niat puasa seperti ini tidak disyariatkan malah tidak diwajibkan pun untuk dilafazkan. Persoalannya,
mengapakah para ulama mencipta struktur ayat niat seperti ini untuk kita amalkan? *

1) Orang yang meninggalkan puasa wajib pada bulan Ramadhan kemudian matipada 2 Syawal pada tahun yang
sama, adakah wajib dikeluarkan fidyah untuknya?

2) Apakah hukum seseorang yang tidak mengqadha puasa yang ia tinggalkan sehingga berlalu tiga kali Ramadhan ?

3) Adakah boleh seseorang yang terlupa niat pada malam hari, makan pada siang Ramadhan?

1. Adakah batal puasa seseorang yang membatalkan niat berpuasa ketika waktu siang Ramadhan?

J : Menurut mazhab Shafei tidak batal puasa orang yang membatalkan niat berpuasa selama mana ia tidak
melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

2.Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hati seseorang tidak berat sangka bahawa esoknya bulan
Ramadhan?

J : Tidak sah niat tersebut.Ini kerana di antara syarat niat ialah tidak teragak-agak atau jazam.

3. Adakah niat untuk berpuasa itu perlu dilafazkan atau tidak. Adakah sahur itu niat puasa?

J : Yang disyaratkan adalah niat .Adapun berlafaz ,maka tidak disyaratkan. Jika seseorang itu bangun makan sahur
dengan menyedari bahawa ia bangun makan sahur itu bertujuan untuk berpuasa pada besok hari, maka ini
dikatakan niat.

1. Adakah sah mengeluarkan fidyah dengan makanan itu dimasak terlebih dahulu?

J : Tidaksah.

2. Adakah sah seseorang memberi satu cupak setengah sebagai fidyah kepada setiap seorang miskin?

J : Tidak sah di bahagi satu fidyah menjadi dua atau lebih. Oleh itu,pemberian secupak setengah kepada setiap
orang miskin adalah tidak sah.Namun begitu perlu di ingat bahawa fidyah yang tidak sah itu ialah yang setengah
cupak itu sahaja.Adapun yang secupak genap itu sah hukumnya.
3. Apakah hukum orang yang mandi junub selepas subuh pada bulan Ramadhan?

J : Hukumnya makruh

""

Arahan : Jawab semua soalan berikut :

SOALAN TENTANG AL-QURAN

1. Yang manakah nama-nama al-Quran yang betul? 2. Siapakah yang mendapat gelaran Saiyyidul Huffaz?
A. al-Jihaz, al-Ulum, al-Quran A. Abu Bakar al-Siddiq
B. al-Furqan, al-Zikr, al-Tanzil B. Uthman bin Affan
C. al-Quran, al-Kitab, al-Muhadathah C. Muhammad bin Abdullah
3. Pada ayat berapakah Ashab al-A`raf disebutkan 4. Apakah nama kampung kaum Nabi Soleh a.s?
dalam surah al-A`raf? A. Madinah
A. 34 B. Hijaz
B. 54 C. Madain
C. 46
5. Pada surah dan ayat berapakah disebutkan tentang 6. Siapakah Saffat dalam Surah al-Saffat?
pengharaman Arak? A. Nabi Musa a.s
A. Al-Baqarah 23 B. Malaikat
B. Al-Maidah 90 C. Nabi Nuh a.s
C. Al-`Alaq 2
7. Dalam surah dan ayat berapakah disebutkan tentang 8. Iblis daripada golongann Malaikat atau golongan Jin?
kematian kecil dan kematian besar? Dalam surah apakah hal ini disebutkan?
A. Al-Fatihah 3 A. Al-Nas
B. Al-Zumar 22 B. Al-Kahf
C. Al-an`am 60 C. Al-Nisa
9. Apakah yang dimaksudkan Ummul Qura dalam 10. Apakah cara pentafsiran al-Quran yang paling sahih?
surah al-An`am ayat 92? A. Al-Quran dengan al-Quran
A. Makkah al-Mukarramah B. Al-Quran dengan al-Hadith
B. Madinah al-Munawwarah C. Al-Quran dengan pandangan sendiri
C. Bait al-Maqdis
11. Apakah ayat yang terdiri daripada satu perkataan? 12. Tandakan dengan betul 3 nama bagi surah al-Fatihah
A. Yaasin A. Al-Fatihah, al-Basmalah, al-Hamdu
B. Qaf B. Al-Fatihah, al-Hamdu, Ummu al-Kitab
C. Mud-haammatan C. Ummu al-Kitab, Al-Hamdu, al-Quran
13. Tandakan dengan betul 4 senarai nama-nama 14. Berapakah bilangan huruf dalam surah al-Fatihah?
sahabat agung yang menulis mushaf di zaman Saidina A. 113
Othman bin Affan B. 121
A. Zaid bin Thabit, Abdullah bin Umar, Tolhah bin C. 109
Ubaidillah, Said bin Zaid
B. Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Said bin al-
`As, Abdurrahman bin al-Harith bin Hisyam
C. Abu Bakar as-Siddiq, Ali bin Abi Tolib,
Abdurrahman bin `Auf, Abu Hurairah
15. Apakah punca kelemahan umat Islam seperti yang
difirman oleh Allah dalam surah al-Anfal ayat 47 ?
A. Tiada Iman
B. Mengikut hawa nafsu
C. Berpecah dan berbalah

SOALAN TENTANG SIRAH


16. Apakah penyakit awal yang menyerang baginda 17. Bilakah Baginda saw wafat?
sebelum wafat? A A. Hari selasa selepas solat isya
A. Pening kepala, demam B. Di waktu Dhuha hari isnin
B. Pening kepala, luka di kaki C. Selepas solat maghrib bersama Abu Bakar dan para
C. Demam, selesema sahabat yang lain
18. Kenapa Baginda saw meletakkan syarat Tidak 19. Bai`ah al-`Aqabah berlaku pada waktu
dibenarkan sahabat keluar berjihad ke perang Hamra A. Satu pertiga malam
kecuali mereka yang bersama-sama dalam perang B. Petang hari jumaat
Uhud ? C. Pagi hari jumaat
A. Kerana Baginda saw ingin memilih tentera yang
terbaik sahaja
B. Kerana Baginda saw tidak mahu mengirim prajurit
yang terlalu ramai
C. Kerana Baginda saw ingin menanam semula
keyakinan sahabat yang merasai ketewasan dalam
perang Uhud
20. Apakah nazar yang dibuat oleh Abu Sufyan selepas 21. Siapakah ketua al-Ansar dalam peristiwa Bai`ah al-
melihat rakan-rakannya menerima musibah dalam `Aqabah yang kedua?
perang Badar? A. Abu Ayyub al-Ansari
A. Tidak mahu makan sehinggalah beliau benar-benar B. Barra bin Mi`war
lapar C. Ukasyah
B. Akan meneruskan perjuangan untuk memusnahkan
tentera Islam
C. Tidak akan mengenakan air ke kepalanya
sehinggalah berperang semula dengan tentera
Rasulullah saw
22. Berapa tahun Baginda saw sempat berpuasa dalam 23. Siapakah sahabat yang pertama solat dalam keadaan
bulan Ramadhan? menghadap ke Masjid al-Haram di Makkah?
A. 9 kali Ramadhan A. Abdul Rahman bin `Auf
B. 10 kali Ramadhan B. Ali bin Abu Talib
C. 13 kali Ramadhan C. Abu Sa`id al-Harith bin Nufai` bin al-Ma`li al-Ansari
24. Siapakah yang mengiringi Khalid bin al-Walid dan
`Amru al-`As ketika mereka memeluk Islam?
A. Uthman bin Talhah bin Abu Talhah
B. Uthman bin `Affan
C. Zubair al-`Awwam

SOALAN UMUM
25. Apakah hikmah Allah swt menurunkan ayat dalam 26. Bilakah negara Syria merdeka dan oleh siapa?
al-Quran secara berperingkat? A. Tahun 1945 oleh Prancis
A. Melembutkan hati Baginda saw B. Tahun 1945 oleh Itali
B. Men-Thabatkan (mengukuhkan) hati Baginda saw C. Tahun 1947 oleh Spanyol
C. Memberi hujjah yang tuntas kepada Baginda saw
dan para sahabatnya
27. Apakah sebab nuzul ayat 48 surah al-Taubah? 28. Apakah kegelapan yang tiga seperti difirmankan oleh
A. Kerana Baginda saw berdoa untuk ibunya Allah swt dalam surah al-Zumar ayat 6?
B. Kerana Baginda saw mendirikan solat jenazah ke A. Alam ruh, alam barzakh dan alam akhirat
atas mayat orang seorang daripada kafir Quraisy B. Perut ibu, rahim ibu dan uri
C. Kerana Baginda saw mendirikan solat jenazah ke C. Alam barzakh, kiamat dan syurga
atas mayat ketua munafiq Abdullah bin Ubaiy bin Salul
29. Apakah Kaffarah bagi suami yang Zihar isterinya? 30. Pada tahun berapakah berlakunya Hajjah al-Wada`
A. Memerdekakan hamba, jika tidak mampu puasa Rasulullah saw?
dua bulan tidak berturut-turut, jika tidak mampu maka A. Pada tahun ke 9 hijrah
bayar fidyah tiga cupak beras B. Pada tahun ke 10 hijrah
B. Memerdekakan hamba, jika tidak mampu puasa C. Pada tahun ke 8 hijrah
dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu maka
berikan makan kepada 60 orang miskin
C. Puasa selama dua bulan berturut-turut atau hanya
membayar fidyah dua cupak beras
31. apakah nama lain bagi Hajjah al-Wada` Rasulullah 32. Apakah pengajaran yang paling penting untuk umat
saw? Islam selepas perang Uhud?
A. Haji al-Islam dan Haji al-Wuda`ah A. Mesti sentiasa mempertahankan Baginda saw
B. Haji al-Islam dan Haji al-Balagh daripada serangan ganas musuh
C. Haji al-Islam dan Haji al-Akhirah B. Tidak turun daripada bukit pada perang akan
datang
C. Mesti patuh dan taat kepada arahan pemimpin
33. Allah swt Maha Kuasa dan Dia telah mencipta 34. Siapakah sahabat Baginda saw yang digelar Amir al-
pendengaran untuk manusia. Berapakah gelombang Rumah (Ketua Pemanah) ?
suara yang mampu didengari oleh telinga manusia A. Khalid bin al-Walid
dalam tempoh satu saat? B. Hanzholah
A. 30 30,000 sesaat C. Abdullah bin Jubair
B. 25 35,000 sesaat
C. 34,000 45,000 sesaat
35. Siapakah sahabiah yang mendapat berita gembira 36. Siapakah yang membina kota Baghdad?
oleh Rasulullah saw menaiki armada laut untuk berjihad A. Abu Ja`far al-Mansur
di jalan Allah? B. Imam Abu Hanifah
A. Ummu Salamah C. Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib
B. Khaulah binti al-Azwar
C. Ummu Haram binti Milhan al-Ansariyah
37. Apakah ibadah yang sering digabungkan oleh Allah 38. Siapakah Firaun umat ini yang digelar oleh
swt dalam al-Quran? Rasulullah saw?
A. Solat dan Zakat A. Abu Jahal
B. Puasa dan Haji B. Abu Lahab
C. Haji dan Umrah C. Abdullah bin Ubaiy
39. Apakah bandar paling tua di tanah Arab? 40. Apakah nombor dalam tulisan rumi
A. Baghdad, Basroh, Manama, San`a yang menggunakan nombor Arab?
B. Makkah, Madinah, Toif, Hail A. 7
C. Makkah, Baghdad, Basroh, San`a B. 9
C. 0

SOALAN TENTANG FIQH


41. Apakah hukum qada hajat di dalam air yang tidak 42. Apakah maksud Istijmar ?
mengalir? A. Menyucikan najis selepas qada hajat dengan air
A. Haram B. Menyucikan najis daripada lantai
B. Diharuskan C. Menyucikan najis selepas qada hajat dengan
C. Makruh sahaja menggunakan batu
43. Berapakah kewajipan muslim ke atas si mati ? 44. Tawaf Wida` dilakukan ketika
A. 2 A. Selesai mengerjakan haji
B. 4 B. Mula tiba di Makkah
C. 3 C. Sekembali dari Madinah al-Munawwarah
45. Berapakah jenis haji? 46. Majid hanya berpuasa selama 29 hari sahaja.
A. 2 Apakah yang perlu dilakukannya dengan 1 hari yang
B. 3 tertinggal itu?
C. 4 A. Ganti/ Qadha
B. Bayar Fidyah
C. Tak perlu buat apa-apa
47. Nenek Suriani baru sahaja meninggal dunia 48. Osman baru masuk islam pada subuh hari raya
sedangkan dia tidak dapat berpuasa pada bulan aidilfitri sebaik sahaja mengerjakan solat subuh. Apakah
Ramadhan yang lalu kerana sakit tua. Apakah jalan hukum zakat fitrah kepadanya?
penyelesainnya? A. Wajib
A. Tak perlu buat apa-apa B. Sunat
B. Anak/ cucunya perlu gantikan puasanya C. Harus
C. Bayar Fidyah
49. Azizee berjalan-jalan dipadang pasir dalam bulan
50. Rasyidah terus sahaja berbuka puasa sebaik sahaja
Ramadhan, lalu debu-debu memasuki hidungnya. mendengar azan maghrib. Tiba-tiba, dia dimaklumkan
Apakah hukum puasanya? bahawa itu adalah suara anak jirannya yang berlatih
A. Batal azan. Bagaimana dengan puasanya?
B. Sah A. Batal
C. Makruh B. Sah
C. Makruh
https://ummuasma.wordpress.com/kuiz-ramadhan-1432h/

1. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam ke berapa ?


Jawapan : Ketiga.

2. Bilakah umat Islam difardhukan berpuasa ?


Jawapan : 10 Syaban Tahun Kedua Hijrah

3. Nyatakan pengertian puasa mengikut hukum syarak.

Jawapan : Menahan diri daripada makan dan minun dan perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit
fajar hingga terbenam matahari.

4. Apakah hukum berpuasa ke atas umat Islam yang cukup syarat-syaratnya ?


Jawapan : Wajib.

5. Sebutkan syarat dua hikmah puasa.

Jawapan : 1. Melatih diri dengan sifat mahmudah 2. Menginsafi kesusahan yang dirasaikan oleh orang miskin.

@ lain-lain jawapan yang bersesuaian.

6. Orang berpuasa hendaklah menjauhkan diri daripada apa?


Jawapan : Perkara-perkara yang membatalkan puasa.

7. Umat Islam diwajibkan berpuasa berdasarkan firman Allah ayat 183 dalam Surah ?
Jawapan : Al-Baqarah

8. Puasa juga telah disyariatkan kepada . terdahulu.


Jawapan : Umat

9. Nyatakan dua syarat wajib puasa.


Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa

10. Nyatan dua lagi syarat puasa selain daripada jawapan yang telah diberikan tadi.
Jawapan : Islam, Baligh, Berakal, Mampu berpuasa

11. Adakah orang tua yang uzur menderita penyakit kronik wajib berpuasa ?
Jawapan : Tidak

12. Bagaimanakah keadaan puasa kanak-kanak yang belum baligh ?


Jawapan : Sah
13. Bagaimanakah puasa orang kafir yang meniru cara umat Islam menjalankan ibadah puasa ?
Jawapan : Tidak Sah

14. Seorang yang telah disahkan gila sepanjang hayat melakukan ibadah puasa.
Jawapan : Tidak Sah.

15. Adakah orang yang terlupa bagun sahur dikira berpuasa pada keesokan harinya ?
Ya.

16. Orang tidak dapat berpuasa di bulan Ramadhan wajib.puasanya di hari lain luar
daripada bulan Ramadhan sebelum tiba bulan Ramadhan berikutnya.
Jawapan : Mengqada

http://ustazahsamihah.blogspot.my/p/1.html

Soalan & Jawapan Kuiz Minggu Pertama

1. Berapakah jenis-jenis puasa?

I. PUASA WAJIB Puasa Ramadhan, Puasa Kafarah dan Puasa Nazar.


II. PUASA SUNAT Puasa Isnin dan Khamis, Puasa hari Arafah, Puasa hari Asyura, dan Puasa hari-hari putih (13hb,
14hb dan 15hb setiap bulan Islam)
III. PUASA MAKRUH Puasa hari Jumaat sahaja, Puasa hari Sabtu sahaja dan berpuasa setiap hari.
IV. PUASA HARAM Puasa hari raya, puasa hari-hari Tasyrik dan Puasa hari syak.

2. Apakah syarat-syarat sah puasa Ramadhan?

I. ISLAM Tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad daripada agama
II. BERAKAL Tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumaiyiz kerana puasa memerlukan
niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.
III. BEBAS DARIPADA HAID DAN NIFAS Tidak sah puasa wanita yang kedatangan haid dan nifas, malah mereka
diharamkan untuk berpuasa.
IV. PUASA DILAKUKAN PADA HARI-HARI YANG DIHARUSKAN BERPUASA Hari-hari sepanjang tahun merupakan
waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hari-hari tasyrik dan hari syak.

3. Adakah harus menghimpunkan niat puasa enam hari pada bulan syawal dengan puasa qada iaitu satu
puasa untuk dua niat?

Syeikh Dr.Ali Jumah (Mufti Mesir) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan, Jika seseorang itu mampu
menunaikan puasa qada yang tertanggung atasnya terlebih dahulu kerana berbuka pada bulan Ramadhan,
Kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang paling baik (afdal).

Dalam pada itu, harus dihitung puasa enam daripada puasa qada yang dilakukan dalam bulan syawal mengikut
pandangan mazhab asy-syafii. Namun yang paling baik adalah mengasingkan kedua-duanya (yakni dilakukan
berasingan) untuk mengelak pertikaian daripada pandangan mazhab lain yang tidak mengharuskannya di samping
dapat memperbanyakkan amal soleh. Dan harus juga ia mendahulukan puasa enam hari dalam bulan Syawal dan
menunaikan puasa qada pada bulan-bulan yang lain (selepas syawal) sebelum tiba Ramadhan berikutnya.

4. Siapakah yang diwajibkan ke atasnya fidyah sahaja?

I. Orang tua yang tidak berpuasa kerana tua dan tidak mampu lagi berpuasa. Ia tidak wajib lagi qada puasa dan
hendaklah menggantinya dengan membayar fityah.
II. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh lagi, yakni sakitnya berpanjangan dan tidak mampu lagi berpuasa
buat selamanya. Ia tidak di tuntut lagi mengqada puasa, akan tetapi hendaklah menggantikan puasanya dengan
membayar fidyah.

5. Apakah syarat-syarat wajib zakat fitrah?


I. Muslim
II. Sempat bertemu hujung Ramadhan dan awal Syawal
III. Mampu

Soalan & Jawapan Kuiz Minggu Kedua

1. Apakah maksud keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa? Apakah keuzuran-keuzuran tersebut?

Maksud keuzuran yang diharuskan berbuka puasa ialah perkara-perkara yang mengharuskan seseorang untuk
tidak berpuasa, yakni ia diberi kelonggaran oleh syarak untuk meninggalkan puasa walaupun jika ia berpuasa,
puasanya sah dan diterima.

Keuzuran-keuzuran tersebut ialah:


i. Sakit
ii. Musafir
iii. Tidak mampu berpuasa

2. Saya berada di dalam kapal terbang dalam bulan puasa sedangkan saya tidak tahu siang atau malam,
makan mengikut waktu ditetapkan dalam kapal terbang, adakah dikira musafir?

Hendaklah berbuka apabila meyakini matahari terbenam iaitu apabila melihat malam, tanpa mengira sama ada
bilangan jam berpuasa menjadi lebih pendek atau menjadi lebih panjang. Jadi yang menjadi ukuran adalah apabila
terbenam matahari maka tibalah masa berbuka puasa walau di mana berada. Mungkin di atas kapal terbang tidak
dapat memastikan secara tepat bila matahari terbenam, namun dapat memastikan malam telah tiba atau tidak
dengan memerhati di luar kapal terbang. Jika berpuasa mendatangkan kesulitan, boleh berbuka kerana seorang
yang berada dalam musafir yang jauh (yakni melebihi dua marhalah iaitu 85 90 km) diharuskan berbuka puasa
oleh syarak, namun wajib menqadanya semula selepas Ramadhan.

3. Apakah hikmah diwajibkan zakat firtrah?

i. Sebagai pembersihan bagi orang yang berpuasa dan menampung kekurangan puasa mereka.
ii. Sebagai bantuan untuk orang miskin, iaitu untuk membantu mereka sekadar yang terdaya agar mereka dapat
sama-sama bergembira dan menikmati makanan tatkala berhari raya.

4. Apakah kaifiat mengerjakan solat terawih?

i. Solat terawih digalakkan secara berjemaah di masjid atau surau.


ii. Solat terawih hendaklah dikerjakan dua rakaat, dua rakaat sebagaimana yang biasa dilakukan oleh umat Islam.
iii. Hendaklah diniatkan solat terawih atau qiyam Ramadhan setiap kali mengerjakan dua rakaat. Jika hanya
diniatkan solat sunat secara umum, tidak sah solat terawih.
iv. Disunatkan memanjangkan bacaan Al-Quran dalam solat terawih, begitu juga dalam solat-solat yang lain sama
ada solat fardhu atau sunat.
v. Solat malam termasuklah qiyam Ramadhan atau solat terawih, sunat ditutupkan dengan solat witir.

5. Apakah kaifiat mengerjakan solat witir?

i. Sekurang-kurang witir ialah satu rakaat. Namun yang sempurna ialah melakukan tiga rakaat atau lebih (dengan
bilangan ganjil). Paling banyak ialah 11 rakaat.
ii. Jika melakukan witir lebih dari tiga rakaat (yakni lima, tujuh dan seterusnya) yang terbaik ialah memberi salam
setiap dua rakaat.
iii. Menurut mazhab asy-Syafii disunatkan membaca qunut pada rakaat akhir witir apabila masuk pertengahan
Ramadhan.

Soalan & Jawapan Kuiz Minggu Ketiga

1. Apa hukum mengunyah-ngunyah sesuatu ketika sedang berpuasa tanpa menelannya?


Makruh. Namun jika benda yang dikunyahnya itu mencair atau tertanggal bahannya ke dalam air liur, lalu ditelan
bersama air liur atau tertelan batallah puasa.
Begitu juga, makruh mengunyah-ngunyah makanan kecuali jika tidak dapat dielakkan seperti untuk memberi
makan kepada anak yang masih bayi atau sebagainya, maka tidaklah makruh. Walau bagaimanapun, hendaklah
dipastikan makanan yang dikunyah itu tidak ditelan atau tidak masuk bersama air liur ke dalam kerongkong kerana
jika berlaku, akan batallah puasa.

2. Adakah harus bercelak ketika sedang berpuasa? Bagaimana pula dengan menitik ubat ke dalam mata?

Harus memakai celak ketika sedang berpuasa (yakni tidak membatalkan puasa dan tidak juga dimakruhkan),
begitu juga harus menitik ubat ke dalam mata kerana mata bukanlah saluran yang terbuka (yang sampai ke
rongga dalam badan iaitu perut atau kepala) maka tidak batal puasa dengan memasukkan sesuatu ke dalamnya.

3. Adakah diterima puasa orang yang sengaja meninggalkan solat?

Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia
murtad daripada agama dengan sepakat para ulama. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.
Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, Cuma ia
malas melakukannya), para ulama berbeza pandangan tentang hukumnya:
i. Imam Ahmad berpandangan, ia adalah kafir
ii. Jumhur ulama berpandangan ia fasik yakni tidaklah menjadi kafir akan tetapi telah melakukan dosa yang amat
besar

4. Siapakah yang hendak dan perlu diberikan zakat fitrah?

a) Untuk golongan fakir


b) Untuk golongan miskin
c) Untuk golongan mualaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
d) Untuk amil yang dilatik menguruskan zakat
e) Untuk hamba yang ingin memerdekakan dirinya
f) Untuk orang yang dibelenggu oleh hutang
g) Untuk dibelanjakan bagi kemaslahatan agama Allah
h) Untuk musafir yang terputus bekalan

5. Adakah amalan berselawat ke atas nabi setiap selepas dua rakaat solat terawih ada sandarannya daripada
as-Sunnah?

Amalan berselawat selepas setiap dua rakaat secara khusus amalan itu tidaklah pernah dilakukan oleh Nabi SAW
dan juga para sahabat sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulama. Namun amalan berselawat itu sendiri
terdapat banyak hadis menggalakkannya secara umum tanpa mengehadkan masa dan tempat.

Soalan & Jawapan Kuiz Minggu Keempat

1. Berapakah kadar Zakat Fitrah yang wajib dikeluarkan?

Kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu ash-sha iaitu satu gantang Baghdad yang menyamai timbangan hari ini
kira-kira 2750 gram atau 2.75 kg. Ini mengikut timbangan gandum. Adapun mengikut timbangan beras, satu
gantang banghdad menyamai 2600 gram atau 2.6kg (mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan)

Seelok-eloknya tatakala mengeluarkan zakat fitrah itu hendaklah dilebihkan sedikit daripada kadar segantang yang
diwajibkan itu kerana ada kemungkinan makanan yang kita keluarkan itu terdapat tanah, jerami atau
seumpamanya di dalamnya yang telah boleh mengurangkan kadar yang sepatutnya dikeluarkan.

2. Bilakah anak wajib menanggung Zakat Fitrah untuk ibu bapanya?

Anak tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi ibu bapanya kecualilah jika ibu bapanya fakir atau miskin di mana
nafkah sara hidup mereka menjadi kewajipannya ketika itu. Adapun ibu bapa yang kaya atau berkemampuan,
zakat fitrah mereka tidak wajib di tanggung oleh anak-anak mereka akan tetapi ditanggung oleh mereka sendiri.
3. Jika seseorang masih hidup tetapi lemah untuk berpuasa bolehkah mana-mana ahli keluarganya berpuasa
untuknya?

Orang yang hidup tidak harus sesiapa pun berpuasa untuknya sama ada ia lemah iaitu tidak berdaya berpuasa
atau kuat iaitu mampu berpuasa.

4. Apakah amalan-amalan sunat dilakukan pada Hari Raya?

i. Menyambut hari raya dengan laungan takbir dan memuji Allah


ii. Mandi sunat

5. Bilakah bermulanya dan berakhirnya takbir muqayyad?

i. Bagi Hari Raya Korban Takbir muqayyad bermula dari solat subuh hari Arafah hinggalah selepas solat asar
pada hari tasyrik terakhir.
ii. Bagi Hari Raya Fitrah Bermula takbir muqayyad itu dari solat maghrib pada malam hari raya dan berakhir
selepas solat subuh pada pagi hari raya.

http://msdian.msd.net.my/kuiz-ramadhan/

3- Puasa Ramadhan difardhukan pada tahun ke - . . . . . Hijrah.


Jawapan : Tahun ke-2 Hijrah pada bulan Syaaban.

4- Siapakah orang pertama yg menunaikan Solat Tarawih?


Jawapan : Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam.

5- Solat Tarawih hanya boleh didirikan setelah menunaikan solat . . . . .


Jawapan : Solat Isyak

6- Salah satu riwayat daripada Imam Malik rahimahullah: Solat Tarawih ditunaikan sebanyak . . . . . rakaat
berdasarkan Amal Ahli Madinah, tetapi riwayat yg masyhur daripada beliau ialah 20 rakaat.
Jawapan : 36 rakaat

7- Hukum Al-Hijamah (berbekam) ketika berpuasa menurut Mazhab Syafie ialah . . . . .


Jawapan : Makruh begitu juga di sisi Mazhab Abu Hanifah dan Mazhab Maliki, manakala membatalkan puasa di
sisi Mazhab Hanbali apabila darah telah keluar.

8- Lelaki yg melakukan jimak dengan sengaja ketika puasa Ramadhan diwajibkan ke atasnya kaffarah iaitu,
memerdekakan seorang hamba yg beriman dan jika tidak mampu, . . . . . . . . . . dan jika tidak mampu, memberi
makan 60 orang miskin.
Jawapan : Puasa dua bulan berturut-turut wajib mengikut tertib di atas berdasarkan pendapat Jumhur, manakala
di sisi Mazhab Maliki wajib secara takhyir (pilihan) samada beri makan 60 orang miskin (paling afdhal), atau puasa 2
bulan berturut-turut atau memerdekakan seorang hamba.

9- Masuknya bulan Ramadhan ditentukan melalui dua perkara: 1- Nampak anak bulan Ramadhan. 2- . . . . . . .
Jawapan : Menyempurnakan bulan Syaaban sebanyak 30 hari hanya dua cara di atas sahaja yg digunakan pada
zaman Nabi SAW, namun pada zaman sekarang masuknya bulan Ramadhan boleh ditentukan dengan satu lagi cara
iaitu kaedah ilmu falak.

http://al-aman.blogbspot.my/2009/09/jawapan-kuiz-syahrul-huda-siri-1.html

Anda mungkin juga menyukai