Anda di halaman 1dari 2

HASRAT / PENGALAMAN TERHADAP PENDIDIKAN

NAMA : ARUL A/L MAHINDRAN


NO MATRIK : S2105369
SUBJEK : SEJARAH DAN ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN
KOD : PQI 6001

Perkembangan dalam arus globalisasi telah membawa sebuah inovasi dalam struktur
dan bentuk kurikulum pendidikan di Malaysia. Era globalisasi bermula pada tahun 90an
ini telah membawa Malaysia kearah dunia tanpa sempadan dengan membawa azam 2020
dengansasaran bagi mencapai negara maju industri dunia. Usaha-usaha untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang berdaya saing dan maju digariskan dalam cabaran ke arah
Wawasan 2030. Dalam wawasan ini, kurikulum abad 21 perlu dibentuk supaya relevan dan
koheran dengan keadaan semasa serta berupaya memenuhi matlamat-matlamat yang telah
digariskan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan perlaksanaan kurikulum perlu ditentukan
oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi. Bentuk
kurikulum era gobalisasi harus dirangka dengan fleksibel dan dinamik dengan
memperincikan tujuh penguasaan kemahiran sekurang-kurangnya selain daripada penguasaan
pengetahuan dan kemahiran asas, iaitu:

a) kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif .

b) kemahiran berkomunikasi secara berkesan.

c) kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan.

d) kemahiran mencari, mengintegrasi dan mengaplikasikan maklumat.

e) kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain.

f) kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni.

g) kemahiran kepimpinan dan pengurusan.

Ringkasnya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah sangat penting untuk
membantu pelajar untuk membuat pilihan dan keputusan berdasarkan kepada sebab atau
faktor yang rasional. Dalam kemahiran ini juga, pelajar juga berupaya berfikiran kritis
dengan mengenal pasti andaian-andaian, idea serta pandangan yang membawa
kepada perubahan tingkah laku peribadi yang baik penghasilan produk
baru. Aktiviti seperti berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan kebolehan memberi
pandangan adalah merupakan penekanan yang sangat penting dalam melahirkan
generasi yang berdaya saing dan berfikiran tinggi selaras dengan kemajuan global.
Kurikulum yang disyorkan ini memberi penekanan
kepada penguasaan kemahiran berkomunikasi yang berkesan yang mana kemahiran seperti
kemahiran bergaul dan bekerja dalam sebuah komuniti dan kumpulan, kemahiran berfikir,
kemahiran mengikut arahan, kemahiran menggunakan tenologi, kemahiran
memahami budaya seperti budaya kerja di sebuah tempat adalah perlu dan wajar dipraktikkan
kerana ia penting kerana apabila generasi muda memasuki alam pekerjaan, ia
dapat membantu mereka menjadi tenaga kerja yang mahir, cekap dan berketrampilan.

Selain itu, dalam kurikulum era globaliasi ini juga mementingkan penggunaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa penghantaran. Ini bertujuan memberikan persediaan kepada pelajar
dalam perkembangan sains dan tenologi yang menggunakan bahasa Inggeris dalam
mengakses ilmu dan maklumat. Kemahiran dalam menggunakan bahasa lain selain bahasa
ibunda membolehkan negara Malaysia serta warganya menampilkan diri serta
memainkan peranan yang lebih berkesan dalam arena antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai