Anda di halaman 1dari 8

2023

SYARAT KHAS
PERTANDINGAN
SYARAHAN
BAHASA MELAYU
KEMAHIRAN AMAL ISLAMI
SAM / SAMT / MITS / KKM
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

ANJURAN:
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR
SYARAHAN BAHASA MELAYU

1.1 KATEGORI PERTANDINGAN

1.1.1 Menengah Atas


Lelaki 19 tahun ke bawah
Perempuan 19 tahun ke bawah
1.1.2 Menengah Rendah
Lelaki 15 tahun ke bawah
Perempuan 15 tahun ke bawah

1.2 PENYERTAAN

1.2.1 Setiap zon hanya dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja


bagi setiap kategori

1.3 BENTUK PERTANDINGAN

1.3.1 Berbentuk individu mengikut giliran berdasarkan undian.


1.3.2 Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian.
1.3.2.1 Bahagian Pertama ( Syarahan Wajib )
Peserta akan menyampaikan syarahan masing-
masing dengan tajuk yang telah dipilih.

1.3.2.2 Bahagian Kedua ( Syarahan Spontan )


Bermula setelah selesai semua peserta di Bahagian
Pertama (Syarahan Wajib).
Peserta melakukan cabutan tajuk syarahan spontan
dan diberikan masa selama 1 minit untuk membuat
persediaan. Peserta akan memulakan syarahan
apabila loceng dibunyikan.
1.4 SYARAT AM PERTANDINGAN

1.4.1 Pengundian hanya akan dijalankan sekali sahaja dan pertukaran


nombor undian tidak dibenarkan.
1.4.2 Pengundian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pendaftaran dan
Pengundian pertandingan. Cabutan undi boleh dilakukan oleh
peserta sendiri atau ketua kontinjen zon sahaja.
1.4.3 Peserta dikehendaki hadir ke tempat pertandingan selewat-
lewatnya 15 minit sebelum masa pertandingan dijalankan.
1.4.4 Pertandingan akan dikendalikan dan diketuai oleh Pengerusi Majlis
yang dibantu bersama oleh Penjaga Masa dan Pemungut Borang
Markah.
1.4.5 Peserta hendaklah menghadirkan diri apabila tiba gilirannya dan
telah dipanggil oleh pengerusi majlis. Peserta yang gagal
menghadirkan diri setelah 3 kali dipanggil dianggap batal
penyertaannya.
1.4.6 Peserta dikehendaki berkelakuan baik dan menghormati
keharmonian majlis dan bertanding secara rasional dan bukan
untuk menjatuhkan maruah seseorang.
1.4.7 Keputusan pertandingan akan diumumkan pada waktu yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelaras.
1.4.8 Peserta hendaklah bertanding dengan mematuhi semua peraturan
pertandingan yang telah ditetapkan. Pengerusi berhak untuk
membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang gagal berbuat
demikian.
1.4.9 Peserta hendaklah memakai pakaian rasmi persekolahan.
1.4.10 Aksesori yang tidak melampau dibenarkan.
1.5 SYARAT KHUSUS PERTANDINGAN
1.5.1 Isi Syarahan Agama
1.5.1.1 Syarahan tidak kurang daripada 5 isi termasuk definisi
dan rumusan.
1.5.1.2 Isi dan huraian hendaklah mengandungi fakta, data, nas
Al-Quran atau Hadis serta hujah yang tepat.
1.5.1.3 Isi syarahan tidak boleh menyentuh sikap dan amalan
mana-mana parti politik serta peribadi seseorang atau
kaum yang boleh menimbulkan kontroversi.
1.5.2 Penyampaian
1.5.2.1 Hendaklah bersopan dengan gerak geri yang sederhana.
1.5.2.2 Disampaikan dengan fasih dan lancar.
1.5.2.3 Sebarang bahan atau alat bantu tidak dibenarkan
1.5.3 Bahasa
1.5.3.1 Penggunaan bahasa harus jelas, tepat, padat dan
mudah difahami sesuai dengan isi syarahan.
1.5.3.2 Penggunaan bahasa daerah atau dialek tidak
dibenarkan.

1.6 MASA

1.6.1 Masa bagi setiap peserta ialah 8 minit bagi syarahan agama dan
3 minit untuk syarahan spontan.
1.6.2 Masa akan bermula apabila peserta memulakan penyampaiannya.
1.6.3 Syarahan Wajib - Loceng peringatan akan dibunyikan sekali pada
minit ke 7 menandakan masa hampir tamat. Loceng tamat akan
dibunyikan dua kali pada minit ke 8 menandakan masa telah tamat
dan peserta dikehendaki menamatkan penyampaiannya.
1.6.4 Syarahan spontan – Loceng akan dibunyikan sekali menandakan
peserta perlu memulakan syarahan spontan. Loceng peringatan
akan dibunyikan sekali pada minit ke 2 menandakan masa hampir
tamat. Loceng tamat akan dibunyikan dua kali pada minit ke 3
menandakan masa telah tamat dan peserta dikehendaki
menamatkan penyampaiannya.
1.7 PENGHAKIMAN

1.7.1 Panel hakim akan dianggotai seramai 5 orang hakim termasuk


seorang Ketua Jemaah Hakim.
1.7.2 Perincian markah adalah seperti berikut :
1.7.2.1 Syarahan Wajib
Isi : 40 markah
Gaya penyampaian : 30 markah
Bahasa : 30 markah
Jumlah 100 markah

1.7.2.2 Syarahan Spontan


Isi : 14 markah
Bahasa : 20 markah
Gaya dan penyampaian : 16 markah
Jumlah 50 markah

1.8 PENENTUAN PEMENANG

1.8.1 Peserta yang mendapat markah tertinggi bagi setiap kategori akan
diumumkan sebagai Johan, markah kedua tertinggi sebagai Naib
Johan dan seterusnya.
1.8.2 Jika terdapat persamaan markah, penentuan pemenang akan
dirujuk kepada markah tertinggi isi.
1.8.3 Jika masih sama, penentuan pemenang akan dirujuk kepada
bahagian gaya penyampaian dan seterusnya bahasa.
1.8.4 Jika masih sama, penentuan pemenang akan diputuskan oleh
Jemaah Hakim.
1.8.5 Keputusan hakim adalah muktamad.
KEMAHIRAN AMAL ISLAMI
SAM / SAMT / MITS / KKM / SIP
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Borang Markah : Syarahan Bahasa Melayu ( WAJIB )
Kategori : Lelaki/ Perempuan Menengah Rendah / Menengah Atas

No. Undian : : Zon :

A ) ISI : 40 MARKAH
Definisi (5M)
Menyatakan definisi tajuk dengan tepat. /5

Isi (30M) 1 2 3 -
Isi utama ( 1 x 2 markah )
/6
Tepat dan berfokus kepada tajuk
Huraian isi ( 1 x 8 markah )
Kupasan kritis & matang yang disokong oleh fakta, / 24
data, nas, contoh yang logik serta kukuh
Kesimpulan (5M)
/5
Rumusan yang menyeluruh dan mantap berdasarkan isi yang dikemukakan
JUMLAH / 40

B ) GAYA DAN PENYAMPAIAN : 30 MARKAH

Kriteria Markah
Gerakan badan serta intonasi suara ( 15 markah )
/ 15
yang rasional dan sesuai
Kelancaran penyampaian, kematangan ( 10 markah )
/ 10
serta keyakinan penampilan
Adab dan Kesopanan ( 5 markah ) /5

JUMLAH / 30

C ) BAHASA : 30 MARKAH

Kriteria Markah
Penggunaan bahasa / istilah yang berkualiti dan wajar ( 15 markah )
/ 15
Mudah difahami dan bersesuaian dengan kehendak isi
Sebutan bahasa / istilah yang jelas, tepat ( 15 markah )
/ 15
Tidak menggunakan bahasa dialek @ pasar
JUMLAH / 30

MARKAH KESELURUHAN : / 100

Nama Hakim : Tandatangan :


KEMAHIRAN AMAL ISLAMI
SAM / SAMT / MITS / KKM / SIP
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Borang Markah : Syarahan Bahasa Melayu ( SPONTAN )


Kategori : Lelaki/ Perempuan Menengah Rendah / Menengah Atas

No. Undian : : Zon :


ISI (14 markah)
Pengenalan
/2
Peserta akan diadili dari segi pengenalan, (2M)
pengutaraan isi-isi yang bernas, data-data Isi Isi Huraian Contoh -
dan bahan-bahan yang tepat daripada nas (10M) (2M) (2M) (1M)
Al-Quran dan hadis serta rumusan
Isi 1 /5
.
Panduan pemarkahan Isi 2 /5
Isi yang diperakukan sebanyak 2 isi
Rumusan
/2
(2M)
Jumlah keseluruhan markah isi (14 markah) / 14

BAHASA (20 markah)

Tatabahasa ( 10 markah ) / 10

Peserta akan diadili dari segi bahasa yang Gaya bahasa yang berkesan ( 5 markah ) /5
jelas, baku ( tatabahasa dan sebutan ), gaya
bahasa yang berkesan dan tepat dengan Sebutan bahasa ( 5 markah ) /5
maksud yang disampaikan.
Jumlah keseluruhan markah bahasa (20 markah) / 20

GAYA DAN PENYAMPAIAN (16 markah)


Gaya dan Penyampaian
Peserta akan diadili dari segi persembahan Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara
/4
yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, meyakinkan (4 markah)
menunjukkan gaya yang menarik dan
persembahan susunan isi yang tertib.
Adab Gaya yang menarik (4 markah) /4
Peserta akan dipotong 4 markah maksimum
jika isi syarahan spontannya mengandungi
kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti Isi yang tertib dan penyampaian tersusun (4 markah) /4
politik, agama, bangsa, kebudayaan dan
peribadi serta menunjukkan perlakuan atau
Adab dan Istimewa (4 markah) /4
tutur kata yang kurang sopan.
Istimewa
Peserta akan diadili dari segi keseluruhan Jumlah markah keseluruhan penyampaian dan
dan persembahan, kesopanan dan / 16
persembahan (16 markah)
perawakan yang ditunjukkan.

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN (50 MARKAH) / 50

Nama Hakim : Tandatangan :


KEMAHIRAN AMAL ISLAMI
SAM / SAMT / MITS / KKM / SIP
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Borang Markah : Syarahan Bahasa Melayu ( KESELURUHAN )
Kategori : Lelaki/ Perempuan Menengah Rendah / Menengah Atas

SYARAHAN SYARAHAN JUMLAH


NO. UNDIAN ZON
WAJIB SPONTAN MARKAH

NAMA HAKIM TANDATANGAN NO. HP

Ketua Hakim :

Hakim :

Hakim :

Hakim :

Hakim :

Anda mungkin juga menyukai