Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN
BERCERITA TAHAP 1
DAN TAHAP 2
BAGI SEKOLAH-
SEKOLAH SJKC DAN
SJKT
PERINGKAT DAERAH
KOTA TINGGI
TAHUN 2021

PENGENALAN
Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi
pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Aktiviti bercerita dalam
pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca
dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan.
2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis
tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.
2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam
kalangan murid.
2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan
berdasarkan bahan rangsangan.
2.6 Menggalakkan murid-murid menjana idea spontan berdasarkan bahan rangsang.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN


3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah jenis kebangsaan (SJKC
dan SJKT)
3.2 Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori;
Sekolah Rendah Tahap Satu : Murid Tahun 3
Sekolah Rendah Tahap Dua : Murid Tahun 4 - 6
3.3 Pertandingan dijalankan dengan cara atas talian iaitu penghantaran video

4.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN


4.1 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1.1 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing dibenarkan
mengambil bahagian bagi setiap sekolah.
4.1.2 Penyertaan di peringkat daerah melalui rakaman video. Kejelasan nada suara,
gaya penyampaian dan kualiti rakaman video amat ditekankan.
4.1.3 Setiap peserta diberikan masa rakaman video berdurasi:
• Tahap 1 (Tahun 3) : antara 6 hingga 7 minit
• Tahap 2 (Tahun 4 - 6) : antara 7 hingga 8 minit

4.1.4 Video bercerita hendaklah dirakam dalam format AVI atau MP4 secara
melintang dengan resolusi 1080P/720P dan dihantar dalam bentuk pautan
kepada penganjur.
4.1.4 Peserta tidak dibenarkan untuk menyunting rakaman video tersebut.
4.1.5 Rakaman video yang telah dirakam hendaklah dimuat naik dalam Google Forms
dan dihantar kepada Pegawai Teknikal.
4.1.6 Setiap peserta hendaklah menghantar borang pendaftaran melalui link yang
diberikan.
4.1.7 Tarikh penghantaran video ialah pada 19 September 2021
4.1.8 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:
4.4.8.1 Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
4.4.8.2 Cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain.
4.4.8.3 Cerita-cerita daripada bahan elektronik/Internet.
4.4.8.4 Hasil karya sendiri.

4.1.9 Kualiti cerita


4.4.9.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai
murni sejagat yang tidak menyentuh isu- isu politik, ras, agama dan
tidak menghina mana-mana pemimpin.
4.4.9.2 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan tema.

4.1.10 Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.


4.1.11 Penggunaan kostum dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak
memberi sebarang markah.
4.1.12 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. Ia tidak
tidak melebihi satu (1) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua
unsur tersebut).

4.1.13 Unsur lakonan dan main peranan/watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menari dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak
setiap kali pergerakan.
4.1.14 Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

4.1.15 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:


4.1.15.1 Menyentuh isu-isu sensitif tentang politik, ras, agama dan tidak
menghina mana-mana pemimpin;
4.1.15.2 Membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus.
4.1.15.3 Dibantu oleh orang lain semasa peserta sedang bercerita;
4.1.15.4 Menyunting rakaman video dengan pelbagai jenis aplikasi;
4.1.15.5 Tidak mematuhi tempoh masa yang ditetapkan.

4.4.18 Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem juri.


4.4.19 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang
penyertaan yang akan diberikan secara Google Form. Pautan pendaftaran
https://forms.gle/WF8uAWDLjQ7mvzPn7

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU


5.1 Teknik Persembahan 25 markah
5.2 Bahasa dan pertuturan 25 markah
5.3 Penghayatan cerita 20 markah
5.4 Mesej/nilai dalam cerita 10 markah
5.5 Tempoh penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah
5.5 Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah

Anda mungkin juga menyukai