Anda di halaman 1dari 4

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN BERCERITA MURID BEKEPERLUAN KHAS

A. MAKLUMAT PESERTA

Nama Peserta :

No. MyKid/MyKad :

No. Kad OKU :


(sila sertakan salinan
kad OKU)

Tarikh Lahir : Umur:

Jantina : Bangsa:

No. Telefon :

E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat :


Sekolah/NGO

Tajuk Cerita :

B. MAKLUMAT IBU BAPA/PENJAGA

Nama :

No. Tel. :

E-mel :

C. PERAKUAN IBU BAPA/PENJAGA

Dengan ini saya membenarkan anak di bawah jagaan saya untuk menyertai Pertandingan Bercerita
Murid Berkeperluan Khas

Tandatangan Ibu :
Bapa/Penjaga

1
PERTANDINGAN BERCERITA MURID BERKEPERLUAN KHAS

1. SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 Penyertaan terbuka kepada murid berkeperluan khas kategori kurang upaya
penglihatan, kurang upaya pendengaran dan masalah pembelajaran yang
bersekolah secara formal atau pun tidak. Peserta mestilah berumur dari 7 hingga
12 tahun (sekolah rendah) 13 hingga 20 tahun (sekolah menengah) yang bertaraf
warganegara Malaysia.

1.2 Cerita hendaklah disampaikan dalam bahasa Melayu. Tajuk cerita bebas tetapi
berdasarkan tema mengikut kategori seperti yang berikut:

Kategori Umur 7 hingga 12 tahun:


 Cerita mitos
 Cerita legenda
 Cerita binatang
 Cerita jenaka
 Cerita penglipur lara
 Cerita pengalaman

Kategori 13 hingga 20 tahun:


 Kekeluargaan
 Cita-cita
 Alam sekitar
 Sahabat baik
 Gaya hidup sihat
 Cerita rekaan

1.3 Bahan cerita hendaklah dipilih daripada sumber yang berikut:


 buku-buku terbitan DBP atau
 cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain atau
 hasil karya sendiri

1.4 Kualiti cerita:


 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni
sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.

1.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap
peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.

1.6 Pertandingan ini diadakan secara rakaman video yang tidak perlu disunting.

1.7 Penggunaan kostum, alat bantu (props), muzik dan kesan bunyi semasa bercerita
dibenarkan.

1.8 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu minit
daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

1.9 Unsur lakonan dan main peranan/watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita
dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton.
2
Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan
mimik muka.

1.10 5 markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat persembahan


cerita kurang daripada enam minit atau melebihi lapan minit. Pemotongan markah
hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.

1.11 Elakkan perkara-perkara seperti yang berikut:


i. menyentuh isu-isu sensitif tentang politik, ras dan agama.
ii. membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus dan dibantu
oleh orang lain.

1.12 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah oleh hakim. Sekiranya berlaku
seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan pemenang:
i. teknik persembahan
ii. bahasa dan pertuturan
iii. penghayatan cerita

1.13 Video pertandingan tidak boleh dimuat naik ke dalam mana-mana media sosial
sehingga pengumuman pemenang dibuat.

1.14 Semua kos penyediaan video pertandingan adalah tanggungan peserta.

1.15 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang


melibatkan penghantaran video dan masalah video tidak berfungsi.

1.16 Peserta hendaklah memastikan video yang dihantar bebas daripada sebarang isu
hak cipta dan tidak ada unsur plagiat.

1.17 Pihak penganjur berhak berkongsi video yang terpilih untuk dimuat naik dalam
media sosial rasmi dan penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tanpa sebarang
tuntutan oleh peserta.

1.18 Borang penyertaan dan rakaman video hendaklah dihantar kepada urus setia
melalui e-mel wsikin@dbp.gov.my atau telegram 019-2237014.

1.19 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.
Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dilayan.

1.20 Sebarang pindaan tertakluk kepada pihak penganjur.

2. PANDUAN RAKAMAN

2.1 Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan komputer atau


telefon pintar dengan jelas merangkumi aspek visual dan audio. Rakaman
hendaklah menggunakan tripod. Format video hendaklah dibuat secara melintang
bagi mengelakkan video bersaiz kecil apabila dimuat naik.

2.2 Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan membuat zum dekat
(zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa membuat rakaman video supaya tidak
mengganggu penyampaian peserta.

2.3 Peserta dikehendaki memastikan audio rakaman tidak terganggu dengan bunyi-
bunyian persekitaran seperti bunyi kipas, bunyi kenderaan dan sebagainya.

2.4 Pencahayaan video mestilah baik.

3
3. KRITERIA PEMARKAHAN

3.1 Ketidakupayaan Pendengaran


Bil. Kriteria
1. Teknik Persembahan
2. Penghayatan Cerita
3. Interaksi Audiens (Juri) dan Alat Bantu
4. Mesej dan Nilai dalam Cerita
5. Tempo Penceritaan/Perkembangan Cerita
6. Ketepatan Kekemasan Isyarat

3.2 Ketidakupayaan Penglihatan

Bil. Kriteria
1. Bahasa dan Pertuturan
2. Teknik Persembahan
3. Penghayatan Cerita
4. Interaksi Audiens (Juri) dan Alat Bantu
5. Mesej dan Nilai dalam Cerita
6. Tempo Penceritaan/Perkembangan Cerita
7. Kawalan Suara
3.3 Ketidakupayaan Masalah Pembelajaran

Bil. Kriteria
1. Teknik Persembahan
2. Penghayatan Cerita
3. Interaksi Audiens (Juri) dan Alat Bantu
4. Mesej dan Nilai dalam Cerita
5. Tempo Penceritaan/Perkembangan Cerita
6. Kawalan Suara

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai