Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEK. KEB. BANDAR TASEK MUTIARA Kod Sekolah: PBA 4019

1. Nama Guru
ABDUL HADI BIN YUSOF
Falsafah Dan Konsep
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan
Pendidikan(Edisi Kedua)
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Edisi Kedua ini dihasilkan berdasarkan sukatan
pelajaran (proforma) kursus yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini adalah salah satu kursus wajib
bagi semua pelajar mengikutinya pada Semester 1. Buku ini dianggap penting kerana meliputi
semua tajuk pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran tersebut. Justeru, buku ini
dapat membantu para pelajar memenuhi kehendak dan keperluan kursus Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia. Selain boleh dijadikan buku teks untuk pelatih IPGM, buku ini juga sesuai
untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah, guru-guru dalam perkhidmatan, para pelajar di
universiti dan institusi pengajian tinggi yang lain dan mereka yang terlibat dalam bidang
pendidikan secara langsung.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengandungi tujuh bab yang memfokuskan perbincangan konsep asas falsafah dan
falsafah pendidikan, cabang-cabang falsafah yang merujuk Falsafah Timur, Barat dan Islam. Bab-
bab yang diketengahkan dalam buku edisi ketiga ini ialah Konsep Asas Falsafah dan Falsafah
Pendidikan, Cabang-cabang Falsafah, Perkembangan Pendidikan di Malaysia, Falsafah
Pendidikan di Malaysia, Kurikulum dalam Pendidikan, Model Kurikulum dan Pelaksanaan
Kurikulum serta Isu-isu Falsafah dalam Pendidikan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Merujuk buku yang telah dibaca, memberi ilmu mengenai teknik yang boleh digunakan ketika
PdP, latihan yang sesuai diberikan kepada murid, kepentingan pembelajaran berpusatkan murid,
dendaan yang dibenarkan dan disiplin.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ABDUL HADI BIN YUSOF ) ( FADZILAH BINTI HASAN )

Anda mungkin juga menyukai