Anda di halaman 1dari 6

KEMAS KID’S TOP HOST 2021

KEMAS KID’S TOP HOST

HARI POTENSI
KANAK-KANAK TABIKA KEMAS

BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB)

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 Page 1


KEMAS KID’S TOP HOST 2021

1. PENGENALAN

1.1. Host atau penyampai merupakan seseorang yang amat penting dalam sesuatu
majlis. Mereka menjadi tulang belakang dan penentu kepada kejayaan atau
kegagalan sesuatu majlis.

1.2. Bidang pengacaraan semakin mendapat perhatian pada masa kini dan
merupakan bakat yang perlu digilap seawal usia kanak-kanak lagi.

1.3. Kemahiran sebagai penyampai yang bersahaja dan mampu menarik perhatian
akan mendapat permintaan masyarakat.

1.4. Keupayaan penyampai, menyampaikan cerita atau berita dengan cara yang
menarik dengan gaya, intonasi, dan alat bantu akan menarik minat pendengar.

2. OBJEKTIF

2.1. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu membaca, menyampaikan dan


bercerita dalam kalangan kanak-kanak.

2.2. Memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak yang akan menempuh
alam persekolahan.

2.3. Mengasah, memupuk dan mengembangkan bakat penyampai kanak-kanak.

2.4. Membina keyakinan diri, keberanian, kendiri, keterampilan, kebebasan berfikir


dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan kanak-
kanak

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 Page 2


KEMAS KID’S TOP HOST 2021

3. SYARAT PERTANDINGAN

3.1. Peserta : 2 orang (seorang lelaki dan seorang perempuan)


3.2. Masa : 3 hingga 5 Minit
3.3. Setiap peserta bebas menggunakan bahasa Inggeris British / American

4. KRITERIA KANAK-KANAK

4.1. Umur : 5 hingga 6 tahun


4.2. Jantina : Seorang lelaki dan seorang perempuan

5. PERATURAN PERTANDINGAN

5.1. Peserta diberi masa 3 hingga 5 minit.

5.2. Peserta perlu menggunakan bahasa Inggeris yang baik dan betul serta tidak
menggunakan bahasa yang kurang sopan. Peserta dilarang untuk mencampur
aduk bahasa lain atau menggunakan bahasa rojak.

5.3. Peserta DIBENARKAN memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian (sopan)
dengan tajuk yang disampaikan dan boleh menggunakan alat bantu
persembahan. Penggunaan props yang bersesuaian ADALAH DIBENARKAN.

5.4. Peserta yang membaca nota atau teks semata-mata akan dipotong markah.

5.5. Peserta dibenarkan berinteraksi dengan audien/kamera bagi menonjolkan


kemahiran komunikasi secara spontan.

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 Page 3


KEMAS KID’S TOP HOST 2021

6. PEMILIHAN TAJUK

6.1. Isi topik penceritaan mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-
nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu politik, ras, dan agama.

6.2. Senarai tajuk yang dicadangkan adalah :


 Sukan
 Kesihatan
 Pendidikan
 Kenegaraan
 Pemakanan
 Pintar Botani
 TABIKAKU

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 Page 4


KEMAS KID’S TOP HOST 2021

7. KRITERIA PEMARKAHAN

7.1. Isi Cerita (10%)

Isi cerita perlu dihuraikan dengan terperinci dan berkaitan dengan tajuk yang hendak
disampaikan.

7.2. Teknik Persembahan dan Kreativiti (30%)

Menarik serta meyakinkan dengan menggunakan teknik penyampaian yang


berkesan. Penggunaan kostum dan props yang bersesuaian adalah
dibenarkan.

7.3. Tatabahasa (15%)

Penggunaan Bahasa Inggeris British / American yang betul dari aspek sebutan,
intonasi (suara), penggunaan jodoh bilangan dan sebagainya.

7.4. Vokal / Suara (15%)

Pelbagai intonasi dan nada suara dapat disesuaikan dengan situasi serta mood
cerita untuk mewujudkan unsur “bimbang”, “sedih”, “gembira” dan sebagainya.

7.5. Kemahiran berkomunikasi (30%)

Permulaan, pertengahan dan pengakhiran penyampaian yang lancar.


Kemahiran berkomunikasi secara spontan dengan audien/kamera perlu
ditonjolkan dari awal hingga akhir persembahan.

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 Page 5


KEMAS KID’S TOP HOST 2021

8. HAKIM

8.1. Tiga (3) orang panel hakim akan menghakimi pertandingan pada peringkat
Kebangsaan termasuk Ketua Hakim.

8.2. Panel Hakim pertandingan boleh terdiri daripada pensyarah universiti, guru,
pustakawan atau penggiat seni yang difikirkan layak KECUALI kakitangan
KEMAS.

8.3. Panel Hakim perlu membuat keputusan secara kolektif.

8.4. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

POTENSI KEBANGSAAN TAHUN 2021 Page 6

Anda mungkin juga menyukai