Anda di halaman 1dari 4

KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

DAERAH PETALING PERDANA

PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Bercerita Sains Tahap 1 (Bahasa Inggeris) merupakan salah


satu acara yang dipertandingkan dalam Karnival Pendidikan Sains Dan
Teknologi Peringkat Kebangsaan. Peserta pertandingan adalah terdiri daripada
seorang pelajar Tahap 1 dari sekolah rendah.

2.0 MATLAMAT

2.1 Mendedahkan pelajar tentang kepentingan bercerita sebagai


sokongan kepada teori yang dipelajari dalam bilik darjah.
2.2 Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, kritis dan saintifik.
2.3 Mempertingkatkan potensi, ketrampilan serta daya usaha pelajar
dalam bidang sains dan teknologi.
2.4 Memupuk minat pelajar ke arah cintakan Sains dan Teknologi.
2.5 Menanam sikap positif, nilai-nilai murni, disiplin dan mematuhi arahan
semasa pertandingan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyediakan peluang bagi pelajar memperkembangkan bakat dan


minat dalam bidang Sains dan Teknologi.
3.2 Merealisasikan pengwujudan pelbagai program penggalakan dalam
bidang Sains dan Teknologi agar;
(i) Meningkatkan penyertaan pelajar dalam Karnival Pendidikan
Sains dan Teknologi peringkat negeri.
(ii) Menyediakan pelajar yang mempunyai ketahanan dari segi
emosi dalam menghadapi tekanan pertandingan.
(iii) Menyediakan pelajar yang mampu berkomunikasi dan
menyampaikan maklumat sains dalam bentuk cerita.
(iv) Menggalakkan guru dan sekolah meningkatkan aktiviti bercerita
sebagai salah satu kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains.
(v) Menyediakan forum kepada semua pihak menilai kemampuan
pelajar dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sains.

4.0 SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS


TAHAP 1 ( BAHASA INGGERIS )

4.1 Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tahap 1 sahaja. ( Tahun 1


Tahun 3 )
4.2 Setiap sekolah dibenarkan menghantar 1 orang peserta dengan
seorang guru pembimbing.
4.3 Pertandingan ini adalah secara individu dan mempersembahkan cerita
atau mengendalikan bahan sokongan sepanjang persembahan.
4.4 Tema cerita hendaklah berkaitan dengan sukatan pelajaran Sains
Sekolah Rendah.
4.5 Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris.
4.6 Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urusetia sehari sebelum
pertandingan.
4.7 Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan
ialah 5 minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut :-
4.7.1 Permulaan - 1 kali
4.7.2 Minit keempat - 1 kali
4.7.3 Minit kelima - 2 kali
Markah tidak akan dikira selepas loceng terakhir dibunyikan
4.8 Peralatan sains yang disediakan oleh pihak penganjur/ pengelola ialah
sistem pembesar suara dengan clip microphone.
4.9 Penggunaan komputer LCD, OHP atau bahan sokongan lain untuk
membantu persembahan adalah tidak dibenarkan.
4.10 eserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak
atau cerita yang dibawa atau dipersembahkan.

4.11 Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek


berikut:-
4.11.1 Mesej dan isi - 40%
4.11.2 Persembahan - 20%
4.11.3 Bahasa - 20%
4.11.4 Kreativiti - 15%
4.11.5 Pakaian- kostum - 5%
4.12 ika berlaku seri, maka keputusan adalah kepada markah mesej dan
isi, kemudian markah persembahan dan seterusnya.
4.13 keputusan pengadil adalah muktamad

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1
KARNIVAL SAINS PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA 2
TAHUN ..............

NAMA SEKOLAH : ..............................................................

ALAMAT SEKOLAH : ..............................................................


..............................................................
..............................................................

No. Telefon : ................................... No. Fax : ..................................

BUTIRAN MURID DAN GURU :


NAMA MURID (HURUF BESAR) NO. S.LAHIR TARIKH LAHIR JANTINA

NAMA GURU PENGIRING NO. K/P

TAJUK CERITA : ..................................................................................

PENGESAHAN GURU BESAR

Saya telah menyemak setiap butir yang dinyatakan dan mengesahkan


semuanya adalah benar. Dengan ini saya menyokong penyertaan ini.

Tandatangan & Cop Guru Besar : ...................................................

CATATAN :
Yuran Penyertaan : ......................................
Sila hantar borang penyertaan selewat-lewatnya ............................
kepada urusetia Pertandingan Bercerita Sains Tahap 1, Karnival Sains 2009
(u.p : ............................................................................)

Anda mungkin juga menyukai