Anda di halaman 1dari 1

Siapa Lebih Bijak?

Selamat pagi dan salam sejahtera kawan-kawan semua, hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk SIAPA LEBIH BIJAK?
Pada zaman dahulu, ada seorang pengembara yang bernama Mat Lawi. Pada suatu hari, dia tiba di
Kampung Manggis. Di kampung itu ada dua orang sahabat yang bernama Hassan dan Hussin. Mereka berkawan
baik.“ Itu nampaknya orang luar. Mari kita kenakan dia, “ kata Hassan apabila ternampak Mat Lawi. “ Kita ajak
dia lawan bercerita, kalau dia kalah, kita boleh dapat semua wangnya, “ kata Hassan lagi.“Kalau kita pula yang
kalah?” tanya Hussin. “ Ah, kita tak akan kalah! Kita boleh kalahkan dia, “ Kata Hassan.Mereka berdua pun
menghampiri Mat Lawi.“ Kalau pak cik boleh bercerita tapi kami mengatakan cerita itu bohong, pak cik dikira
menang. Kami sanggup melakukan apa sahaja yang pak cik suruh, “ kata Hassan.“ Kalau pak cik kata cerita
kami bohong, kami pula dikira menang. Pak cik kena serahkan semua wang pak cik kepada kami, “ kata
Hussin.Mat Lawi berfikir sebentar.
Kemudian dia berkata: “ Baiklah, saya setuju.”“Sekarang saya bercerita dulu,” kata Hassan.“Waktu ibu
mengandungkan saya, ibu hendak makan buah nangka. Saya pun keluar dari perut ibu lalu pergi membeli
nangka. Nangka itu saya bawa pulang dan berikan kepada ibu,” kata Hassan. Mat Lawi berfikir sebentar,
kemudian menjawab: “ Ya, cerita itu benar.”“Baiklah, cuba dengar cerita saya pula,” kata Hussin.“Semasa
berumur seminggu, saya turun ke tanah dan masuk ke dalam hutan. Saya bertemu seekor harimau yang besar.
Saya segera melompat ke atas tengkuk harimau itu lalu mematahkan tengkuknya.
Boleh pakcik percaya cerita saya ini?” tanya Hussin.“Ah, memang boleh dipercayai!” jawab Mat Lawi.
Hassan dan Hussin mula berpeluh!“Sekarang giliran saya pula yang bercerita,” Kata Mat Lawi.“Tidak lama
dulu, ada dua orang pemuda menjadi hamba di rumah saya. Baru-baru ini mereka lari dari rumah saya. Saya
mengembara ke sini kerana mencari merekalah. Rupa-rupanya mereka lari ke kampung ini. Mereka itu kamu
berdualah!”“Pak cik bohong.
Kami tak pernah jadi hamba pakcik!” Kata Hassan.“ Ha..ha….ha…! Kamu mengaku yang cerita saya ini
bohong. Kamu berdua sudah kalah. Sekarang kamu mesti ikut saya pulang ke rumah menjadi hamba semula!”
kata Mat Lawi.“Oh, janganlah begitu, pak cik, Kasihanilah kami pak cik,” rayu Hassan dan Hussin.“Mana
boleh! Kamu sendiri yang berjanji bergitu tadi,” kata Mat Lawi.“Maafkanlah kami pak cik,” rayu Hussin pula.“
Saya percaya, kamu berdua ini memang nakal dan sombong. Kamu mesti berjanji akan mengubah sikap. Barulah
saya maafkan,” kata Mat Lawi.“Baik pak cik. Kami berjanji tidak akan buat nakal lagi.” kata Hassan dan
Hussin.Mereka berdua pun pergi dari situ dengan perasaan malu.
Kawan-kawan semua pengajaran dalam cerita ini ialah, kita janganlah bersikap angkuh dan sombong
apabila berjumpa dengan orang yang baru, supaya kita sentiasa dihormati dan disengani oleh orang lain. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai