Anda di halaman 1dari 2

Ayat Tunggal 1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 2.

Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung. Subjek = Lelaki gemuk itu Predikat = sedang menembak burung. Ayat Majmuk 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 2. Ayat ini juga dikena li sebagai ayat Selapis. Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk ) LATIHAN Pisahkan ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal a) Industri desa dija lankan di desa, menggunakan bahan -bahan semula jadi tempatan dan menggunakan kemahiran tradisional. Industri desa dapat menambahkan pendapatan penduduk desa dan mengurangkan pengangguran di desa kerana wujud pelbagai peluang pekerjaan berkaitannya.
Bil 1 2 3 4 5 6 Ayat Tunggal

b) Iklan memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada pengguna dan memberitahu tentang adanya barangan dan perkhidmatan tertentu di pasaran serta mempengaruhi pengguna supaya membelanjakan wang mereka untuk memberi barangan yang dijual.
Bil 1 2 3 4 5 6 Ayat Tunggal

Anda mungkin juga menyukai