Anda di halaman 1dari 12

1

Nama:…………………………………………………… Tingkatan: 6……………………

No. Kad Pengenalan :………………………………… No. Pusat/ AG:…………………...


PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
PERCUBAAN
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
910/1
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
STPM 2018
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
BAHASA MELAYU
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
KERTAS 1
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
(Dua jam)
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN
PEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAANSTPMPEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(Malaysia Higher School Certificate)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan Untuk kegunaan pemeriksa


jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka Pilihan Bahagian A:
yang dibekalkan.
Bahagian B:
Jawab semua soalan dalam Bahagian B. Tulis jawapan Soalan 21
dalam helaian yang disediakan. Soalan 22

Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh Soalan 23


menjawab semua soalan, tetapi hanya satu jawapan Soalan 24
pertama yang akan diperiksa. Tulis jawapan dalam
helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap Bahagian C:
jawapan pada helaian jawapan yang baharu. Soalan 25
Soalan 26
Soalan 27
JUMLAH

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

STPM 910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
2

Bahagian A [20 markah]

1 Yang manakah padanan yang betul bagi cabang bahasa dan contoh bahasa dalam rumpun bahasa
Austronesia?

Cabang bahasa Contoh bahasa


A Polinesia Tahiti, Tonga dan Karolina
B Melanesia New Guinea, Bali dan Jawa
C Nusantara Sulu, Lubu dan Sumbawa
D Mikronesia Bisaya, Maori dan Gilbert

2 Pernyataan yang berikut benar tentang batu-batu bersurat di Sumatera kecuali

I Batu Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh 683M menggunakan tulisan Palava.
II Batu Bersurat Karang Brahi menceritakan kemaraan angkatan tentera Sriwijaya yang
melalui jalan laut dan jalan darat.
III Batu Bersurat Karang Brahi mempunyai kandungan yang lebih kurang sama dengan
Batu Bersurat Kota Kapur.
IV Batu Bersurat Kedukan Bukit dijumpai di kaki Bukit Seguntang.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3 Yang manakah pernyataan yang benar tentang ciri-ciri bahasa Melayu kuno ?
A Tiada bunyi vokal e-taling
B Konsonan /n/ menjadi /ɳ/ dalam bahasa Melayu moden
C Konsonan /v/ menjadi konsonan /b/ dalam bahasa Melayu moden
D Terdapat bunyi konsonan yang dihasilkan dan dieja dengan aspirasi atau hembusan

STPM 910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3

4 Adapun Sang Nila Utama dengan segala menteri, pegawai, dan rakyat pergi berburu. Maka
terlalulah banyak beroleh perburuan. Hatta maka lalu seekor rusa di hadapan Sang Nila Utama,
maka ditikam baginda sekali lagi, kena rusuknya, terus lalu mati. Maka Sang Nila Utama datang
pada suatu batu, terlalu besar dengan tingginya, maka baginda naik ke atas batu itu memandang ke
seberang. Pasirnya terlalu putih seperti kain terhampar. Maka baginda pun bertanya pada
Indera Bupala , “Pasir yang kelihatan itu tanah mana?” Maka sembah Indera Bupala, “Itulah ujung
tanah besar, Temasik namanya.” Maka titah Sang Nila Utama, “Mari kita pergi ke sana.”
(Disesuaikan daripada Sejarah Melayu)

Petikan di atas memperlihatkan ciri bahasa Melayu klasik yang berikut kecuali penggunaan
A ayat pasif
B ayat songsang
C kata pangkal ayat
D kosa kata bahasa istana

5 P
Bahasa
Melayu Q
Klasik
Banyak menggunakan bahasa dalam

Yang manakah yang boleh ditempatkan pada P dan Q?

P Q
A Banyak meminjam kosa kata bahasa Arab Bahasa yang digunakan antara abad
ke -14 hingga awal abad ke-20.
B Menggunakan tulisan Palava Bahasa yang digunakan pada batu bersurat
Talang Tuwo
C Antara kosa katanya ialah dhuka dan tathapi Ayatnya meleret-leret
D Ada unsur pengaruh bahasa Inggeris Menggunakan tulisan Kawi dan Rencong

STPM 910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
4

Yang manakah aktiviti perancangan dan pembinaan bahasa yang dilakukan pada X?
A Menilai penerimaan pengguna bahasa
B Menyebarluaskan penggunaan korpus
C Menambahkan korpus bahasa
D Mengumpul data

7 Yang manakah susunan yang betul tentang perkembangan sistem ejaan Rumi yang digunakan di
Malaysia ?
I Ejaan Za’ba
II Ejaan Rumi Kongres
III Sistem Ejaan Fajar Asia
IV Sistem Ejaan Wilkinson

A I, III, II dan IV
B II, I, IV dan III
C III, II, IV dan I
D IV, I, III dan II

STPM 910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
5

8
Bahasa sumber Contoh perkataan
I Tamil P lobak
II Portugis Q apam
III Cina R nanas
IV Parsi S garam

Yang manakah padanan yang betul antara bahasa sumber dengan contoh perkataannya?

I II III IV
A R Q S P
B S P Q R
C Q R P S
D P S R Q

9 Yang manakah padanan keterangan yang betul tentang titik artikulasi dan artikulator?

Titik artikulasi Artikulator

I Tempat berlakunya sekatan udara Hujung lidah ialah artikulator yang paling
aktif

II Alat pertuturan yang tidak digerakkan Berfungsi menentukan bunyi bersuara dan
bunyi tidak bersuara

III Antara contohnya ialah gigi Alat pertuturan yang boleh digerakkan

IV Menjadi ruang laluan udara Alat pertuturan yang menghalang laluan


udara

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

STPM 910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
6

10 Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak

Yang berikut ialah vokal yang terdapat dalam peribahasa di atas kecuali

A vokal depan luas


B vokal depan sempit
C vokal belakang sempit
D vokal belakang separuh sempit

11 Vokal depan luas disebut dahulu, kemudian diikuti oleh bunyi vokal belakang sempit

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mengandungi bunyi seperti yang
dinyatakan di atas?

A Pantul, status
B Mandi, lintah
C Lentuk, sanjung
D Cangkul, pangsa

12

P S
R

Q
Rajah Kedudukan Vokal

I - [ selaɁ]
II - [ rƏndaŋ ]

Berdasarkan rajah di atas, vokal pada suku kata pertama dalam perkataan I dan II ialah vokal yang
ditandai oleh

A P dan Q
B P dan R
C Q dan S
D R dan S

STPM 910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
7

13 X - Pelaut
Y - Biawak

Yang manakah artikulasi sertaan yang terdapat pada perkataan I dan II?

X Y
A Glotalisasi Palatalisasi
B Labialisasi Nasalisasi
C Labialisasi Palatalisasi
D Nasalisasi Glotalisasi

14  Hujung lidah dinaikkan ke gusi


 Lelangit lembut diturunkan
 Udara dari paru-paru terus keluar melalui rongga hidung
 Pita suara bergetar

Konsonan yang terhasil dengan cara di atas terdapat pada perkataan


I sangka
II tingkap
III nangka
IV menang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

STPM 910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
8

15 Daerah Sebutan
Cara Sebutan Bibir Lelangit Lelangit
keras Lembut
Letupan tak bersuara 1 4
Letusan bersuara 2
Letusan tak bersuara 3

Berdasarkan carta konsonan di atas, konsonan yang terdapat pada perkataan /jatuh/
terletak pada ruangan yang bertanda
A 1
B 2
C 3
D 4

16 Yang manakah padanan yang betul bagi contoh perkataan yang mempunyai konsonan rangkap dan
digraf?

Konsonan rangkap Digraf


A Syarikat Kompleks
B Krew Kritik
C Plan Naskhah
D Nganga Syampu

17
Tujuh peria bermain tombak,
Dua tombak diikat rantai,
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.

Yang manakah perkataan yang mengandungi diftong dalam pantun di atas?

A Rantai, kalau
B Bermain, peria
C Pantai, peria
D Dua, kalau

STPM 910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
9

18 Yang manakah perkataan yang mempunyai suku kata praakhir tertutup dan suku kata akhir tertutup?

I Ilmiah
II Lengkuas
III Kelompok
IV Sumbangsih

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19 Khabar gembira dari kampungnya sudah tidak bermakna lagi.

Yang manakah transkripsi fonetik yang keseluruhannya betul bagi ayat di atas?
A [xabar gembira dari kampuƞƞa sudah tidak bərmaʔna lagi]
B [xabar gəmbira dari kampuƞƞa sudah tidaʔ bərmaʔna lagi]
C [ðabar gəmbira dari kampuƞƞa sudah tidaʔ bərmakna lagi]
D [ðabar gembira dari kampuƞƞa sudah tidak bərmakna lagi]

20 Yang manakah ayat yang menggunakan tanda baca yang betul?


A Terdapat tiga warna pada air minuman tiga rasa itu, putih, coklat dan krim.
B Motto mereka ialah SEPAKAT MEMBAWA BERKAT.
C Mohd Khir bin Kassim, M.A., Ph.D. (U.K.)
D Program in-situ dapat mengurangkan kos.

STPM 910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
10

Bahagian B [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

“Andai ibu tiada, peliharalah dusun pusaka ini. Ini tanah pembelian ayah. Tanah ini subur dengan
aneka pohon. Pohon buah-buahan tumbuh membesar dari tahun ke tahun. Ibu bimbang ada cucu
dan cicit ibu tidak dapat merasai keenakan buah-buahan tempatan yang masak ranum di celah
dahan,” pesan ibu.
5
Kami adik-beradik yang berada di sekeliling ibu hanya mendengar setiap bait kata ibu.

“Imran, Ilham, Izrina, dan Iznisa perlulah hindari perasaan hasad dengki dalam diri. Perasaan
negatif itu boleh memusnahkan hubungan kekeluargaan. Peliharalah keharmonian dan kestabilan
hubungan keluarga kita. Bersatu padulah. Ibu tidak mahu ada dalam kalangan kita yang menjadi
dalang dan menghasut ahli keluarga dengan menggunakan tipu muslihat. Pastikan fikiran dan
nurani kita tidak dijajah.” Tambah ibu. 10

Mulut kami terlopong. Tiada kata-kata. Hairan.

“Fikiran dijajah?” tanya Iznisa.

Wajah ibu yang kekal anggun jelita pada usia 56 tahun kami renungi. “Akal, hati dan jiwa ialah
anugerah Tuhan. Isikanlah akal, hati dan jiwa kita dengan jati diri yang mulia dan budi yang
tinggi. Berakhlaklah dengan luhur, beramallah dengan rukun kebaikan, dan bertuturlah dengan 15
bahasa yang santun. Jika kamu berbuat begitu, nescaya kamu terhindar daripada penjajahan
fikiran,” jelas ibu.

Saat keluarga kami menjalani rukun kehidupan seharian dengan sifat saling memahami dan
bertolak ansur, terdengar bisik halus di telinga ibu tentang khabar yang tidak enak. Kami
sekeluarga hidup dengan penuh pancaroba sejak kematian ayah. Ada segelintir ipar duai cuba 20
mempertikaikan cara ibu memiliki dusun pusaka itu. Mereka kata, ibu memalsukan dokumen,
tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Ibu haloba. Sebenarnya, pada wajah mereka,
ada agenda yang tersembunyi. Ibu tidak melatah. Ketika tuduhan tersebar, ibu sentiasa berdoa
agar diberikan petunjuk. Dulu, ibu pernah berhadapan dengan kemelut paling sukar. Berlinangan
air matanya kerana terpaksa melepaskan tanah lain peninggalan ayah yang paling berharga di 25
bahagian selatan. Ibu tiada pilihan.

“Sebagai ibu kandung dan ketua keluarga, ibu hanya mahu kamu melihat cabaran pada masa
depan. Ada musuh dan petualang di sekeliling kita yang cuba memusnahkan keutuhan hubungan
keluarga kita. Sejarah tentang kehilangan tanah pusaka di bahagian selatan seharusnya menjadi
iktibar kepada kamu adik beradik, dan yang pasti, ibu tak mahu tanah pusaka yang ada ini 30
menerima nasib yang sama.” Wajah ibu tenang.

(Disesuaikan daripada Hikayat Pesan Ibu, Mingguan Malaysia 27 Ogos 2017)

STPM 910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
11

21 Berdasarkan petikan berkenaan, jelaskan maksud frasa.

(i) ... menjadi dalang.... (baris 9 - 10) [2]


(ii) ... berhadapan dengan kemelut paling sukar... (baris 25) [2]

22 Mengapakah ibu meminta anak-anaknya menjaga tanah pusaka? [3]

23 Apakah petua yang diberikan ibu agar anak-anak dapat mengelakkan diri daripada penjajahan
fikiran? [3]

24 “Sebagai ibu kandung dan ketua keluarga, ibu hanya mahu kamu melihat cabaran pada masa
depan.”
(Baris 27 – 28)

Setiap manusia, termasuklah pelajar pasti menghadapi cabaran dalam kehidupan. Sebagai pelajar,
bincangkan cara yang dapat anda lakukan untuk mengatasi cabaran dalam aspek pembelajaran di sekolah.
Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan.
[20]

STPM 910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
12

Bahagian C [50 markah]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu
daripada tajuk-tajuk di bawah.

25 Amalan pemakanan yang tidak sihat merupakan punca penyakit kronik. Sejauh manakah anda
bersetuju dengan pendapat ini?

26 Masyarakat di Malaysia kini semakin gemar melancong ke luar negara. Hal ini sedikit sebanyak
akan menjejaskan sektor pelancongan tempatan. Cadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi
menggalakkan rakyat melancong di dalam negara.

27 Isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan kini menjadi isu hangat dan sering menjadi rungutan
pengguna, terutamanya pengguna yang berpendapatan rendah. Huraikan kesan negatif yang timbul akibat
kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara kita.

STPM 910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Anda mungkin juga menyukai