Anda di halaman 1dari 28

KULIAH 2

Fokus pendidikan kerohanian dalam kurikulum


semasa

• Kurikulum PERMATA Negara


- Bidang pembelajaran kerohanian dan sahsiah
FOKUS PENDIDIKAN KEROHANIAN
DALAM KURIKULUM SEMASA

Kurikulum PERMATA Negara

Bidang Pembelajaran Kerohanian


Dan Sahsiah
KURIKULUM
PERMATA
NEGARA
ASUHAN DAN
DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
0 – 4 TAHUN
DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
KEBANGSAAN 2008
• "dasar yang komprehensif bagi memastikan
perkembangan yang holistik bagi semua
kanak--kanak daripada lahir hingga 4 tahun.
Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan
potensi kanak-kanak
• berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini
adalah pengukuh serta pelengkap kepada
Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada".
FALSAFAH KURIKULUM
PERMATA NEGARA
mengembangkan sahsiah, potensi dan kecerdasan kanak-
kanak agar dapat menguasai kemahiran berkomunikasi, awal
literasi, awal matematik, pemikiran logik, dan pengetahuan
asas tentang dunia persekitaran, di samping kemahiran
mengurus diri dan amalan nilai-nilai murni agar menjadi
individu yang bersahsiah mulia, berdikari, berintelek tinggi,
patriotik, dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan
teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam
negara dan antarabangsa. Usaha ini memerlukan komitmen
dan kolaborasi antara pendidik, ibu bapa dan komuniti,
kerana setiap kanak-kanak umpama PERMATA yang tidak
ternilai harganya".
MATLAMAT KURIKULUM
PERMATA NEGARA
Matlamat Kurikulum PERMATA Negara ialah untuk menyediakan
program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak
yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang
kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal
yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai
sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi,
menghargai kepelbagaian budaya, patriotik, dan mengamalkan gaya
hidup sihat.
Ciri-Ciri Anak
Permata Negara
Bersahsiah Mulia dan Patriotik

• Baik akhlak dan tingkahlaku, sopan santun dan berperibadi


luhur
• Dapat mengawal emosi, ceria, mesra, penyayang, berempati
• Beriman
• Menghormati budaya dan identiti bangsa
• Sayangkan Negara

Yakin, Berdikari dan Berjati Diri


• Mempunyai konsep kendiri positif
• Mampu mengurus diri
• Berani mencuba dan mengambil risiko
Prinsip Yang Memandu Kurikulum
Permata Negara
Kurikulum PERMATA Negara berpegang kepada prinsip-prinsip berikut:

i. Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang sangat unik yang


perlu dihormati, dikembangkan dan disanjungi.

ii. Tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak adalah sangat


kritikal (mengikut kajian neurosains), terutama dalam pembentukan
sahsiah, membina kemahirankemahiran sensorimotor dan intelek.

iii. Kanak-kanak secara semulajadi suka meneroka, mencuba,


mengeksperimen, dan mencipta, maka cara terbaik mengasuh dan
mendidik kanak-kanak ialah melalui bermain, dalam suasana dan
persekitaran yang ceria, selesa dan menggembirakan, mengupayakan,
selamat dan penuh kasih sayang.
Prinsip Yang Memandu Kurikulum Permata Negara
Kurikulum PERMATA Negara berpegang kepada prinsip-prinsip berikut:

iv. Amalan dan sumber pembelajaran adalah bersesuaian dengan


perkembangan kanak-kanak, menggunakan bahan-bahan dalam
persekitaran mereka, sesuai dengan budaya tempatan, berintegrasi
teknologi dan jaringan global.

v. Persekitaran pembelajaran hendaklah ceria, mesra, mengupayakan


dan merangsangkan, dalaman dan luaran yang selamat kepada kanak-
kanak.

vi. Kolaborasi dengan ibu bapa/keluarga dan komuniti menjadi teras


penting dalam menentukan kejayaan kurikulum PERMATA Negara.
vii. Menghormati hak asasi, agama dan budaya kanak-kanak, normal
dan yang berkeperluan khas.
Objektif Kurikulum Permata Negara
bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan iaitu:
i. Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individuindividu yang
bersahsiah mulia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang,
berempati dan adil.
ii. Membina kemahiran interpersonal dan sosial, yang baik untuk membolehkan kanakkanak
bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya.
iii. Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal berbahasa, berkomunikasi dan
literasi dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris.
iv. Mendidik kanak-kanak mengamalkan pemakanan sihat, kebersihan dan keselamatan diri
dan gaya hidup sihat.
v. Melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin, mampu berdikari dan
boleh membuat keputusan berdasarkan kebolehan diri.
vi. Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta
perkembangan fizikal yang mapan.
vii. Membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak serta keupayaan
mereka menumpukan perhatian.
viii. Membimbing kanak-kanak memahami dunia persekitaran melalui aktiviti bermain,
meneroka, mencuba idea baru, mengeksperimen dan mencipta, sama ada di dalam
atau di luar kelas, menggunakan pelbagai bahan yang terdapat dalam persekitaran mereka.
ix. Membina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak berkenaan yang
boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak.
• Kurikulum PERMATA Negara menegaskan supaya
aspek pembentukan sahsiah kanak-kanak
diberikan perhatian utama, selain membantu
kanak-kanak berkembang dari segi emosi, rohani,
sosial, dan intelek.
• Harapan negara daripada pelaburan yang
disalurkan dalam program ini ialah untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi
rohani, emosi, sosial, fizikal, dan intelek,
disamping mempunyai jati diri mapan, resilien
serta mampu berdaya saing di peringkat tempatan
dan global.
Kenapa perlu diasuh dan diajar di
peringkat awal??
• menurut pakar psikologi, personaliti kanak-kanak sudah
terbentuk sebelum usia mereka mencapai 5 tahun.
• Pengalaman awal dan persekitaran di mana kanak-kanak
dibesarkan adalah faktor utama yang mencorakkan personaliti
mereka.
• Personaliti yang terbentuk di peringkat awal telah dibuktikan
oleh penyelidik-penyelidik bidang psikologi dan pendidikan
awal kanak-kanak boleh berkekalan sehingga dewasa.
• Oleh itu, jika ibu bapa inginkan anak-anak mereka mempunyai
personaliti yang baik dan mulia, positif dalam perhubungan dan
pengurusan diri, berdaya maju, bijak berkomunikasi serta
pandai menyesuaikan diri dalam apa sahaja keadaan, maka
berikanlah kepada mereka pendidikan dan pengalaman awal
yang berkualiti.
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian

• Selaras dengan hasrat awal pembangunan Kurikulum


PERMATA Negara, penumpuan khusus diberikan kepada
membina sahsiah kanak-kanak supaya mereka membesar
menjadi insan yang akan memilih jalan kehidupan yang
sihat dan mulia.
• Penekanan ini bertujuan membina asas ketahanan emosi
dan kemantapan kemahiran sosial kanak-kanak agar
mereka mampu menghadapi cabaran-cabaran hidup masa
hadapan, dan dapat menyesuaikan diri dalam semua
keadaan, bukan sahaja di peringkat lokal tetapi juga
global.
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian

• pembinaan aspek kerohanian untuk mengukuhkan jiwa kanak-


kanak agar mereka dapat hidup sebagai manusia yang beriman,
berpandu ke arah kebaikan dan amalan yang bersih, jujur dan
amanah.
• Aspek kerohanian amat penting terutama dalam dunia yang penuh
cabaran kemerosotan nilai moral dan akhlak yang baik.
• Dengan penekanan kepada aspek kerohanian, walau untuk agama
apa sekalipun, diharap Kurikulum PERMATA Negara dapat
melahirkan modal insan yang bermoral tinggi, produktif, dan sayang
kepada bangsa dan negara.
• Dengan sahsiah yang baik, modal insan ini kelak dapat menolak
kehidupan yang sia-sia dan menepis pengaruh gejala sosial dan
elemen-elemen tidak sihat yang boleh meruntuhkan akhlak
manusia.
Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian

• Bidang ini memberi fokus kepada pembentukan sahsiah dan


kemahiran-kemahiran sosial, interpersonal, intrapersonal, dan
kerohanian kanak-kanak.
• Setiap kanak-kanak mesti diberi pengalaman dan sokongan untuk
membina persepsi positif terhadap diri sendiri dan orang lain;
mempunyai kemahiran sosial yang baik; bermotivasi dan serta
kompeten belajar.
• Objektif pembelajaran bidang Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian
bagi kanakkanak 0 hingga 4 tahun ialah untuk membina perasaan
tenteram, kebolehan mengawal emosi dan perasaan, membina
tingkahlaku yang sopan, identiti diri yang positif, self-esteem dan
keyakinan diri yang tinggi, kemahiran sosial, kebolehan mematuhi
arahan, menghayati nilai-nilai murni, mensyukuri kebesaran Tuhan.
Bagaimana membantu kanak-kanak berkembang secara
optimum dalam aspek sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian:

• Layan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang, perhatian dan lekatan


• Hormati idea dan perasaan kanak-kanak
• Sentiasa memberi galakan, dorongan dan pujian untuk membina keyakinan diri,
harga diri, rasa selamat, rasa diterima dan dipunyai.
• Wujudkan suasana pembelajaran yang selesa, ceria, menyeronokkan dan
mengupayakan kebolehan kanak-kanak
• Galakkan kanak-kanak meneroka persekitaran untuk memahami komuniti dan
peranannya sebagai anggota komuniti
• Tunjuk teladan yang baik dan beri peluang kanak-kanak berinteraksi dengan
orang lain untuk membina persepsi positif terhadap dirinya dan orang lain
• Beri peluang kanak-kanak meluahkan perasaan, mencadangkan idea, membuat
pilihan dan keputusan sendiri dalam pelbagai aktiviti atau program yang
dijalankan di TASKA supaya mereka berasa dihargai dan ada harga diri
• Bina hubungan baik dengan ibu bapa/keluarga dan komuniti
• Hormati budaya dan agama kanak-kanak.
Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada
peringkat umur 6 hingga 12 bulan:
• Bertindak balas positif terhadap kata-kata yang lembut dan mesra
• Sentiasa gembira dan suka ketawa
• Takut kepada orang yang tidak dikenali
• Memahami pelakuan orang lain terutama orang yang rapat
dengannya
• Faham arahan ‘jangan’ dan ‘tidak boleh’
• Menunjukkan kemesraan apabila berada bersama orang yang
rapat/dikenali
• Boleh meluahkan/menyatakan emosi melalui memek muka atau
gerak anggota
• Suka mengulangi pelakuan yang menggembirakan.
Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada
peringkat umur 1 hingga 2 tahun:
• Masih kurang mesra dengan orang yang tidak
dikenali
• Mula mengenali diri
• Menunjukkan keyakinan diri
• Boleh mengawal emosi
• Memahami reaksi orang lain
• Mula mencuba melakukan banyak perkara
untuk diri sendiri dan ingin berdikari
Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada
peringkat umur 2 hingga 3 tahun:
• Menunjukkan emosi yang terkawal, tenang dan sabar
• Berani mencuba, menawarkan diri, yakin diri, dan berdikari
• Tidak takut menghadapi situasi baru
• Boleh buat rutin harian tanpa perlu diarah
• Bercakan dengan lemah lembut, mengucap terima kasih
• Membaca doa mudah seperti ‘doa makan’ dan ‘doa tidur’
• Boleh sabar menunggu giliran semasa bermain, makan atau ke tandas
• Suka dan gembira apabila diberi pujian
• Boleh bekerjasama semasa bermain dan suka membantu
• Gembira apabila berkongsi barang mainan dengan kanak-kanak lain
• Menzahirkan mood melalui ekspresi wajah
Hasil Pembelajaran bagi kanak-kanak pada peringkat
umur 3 hingga 4 tahun:
• Menunjukkan rasa simpati dan rasa belas kasihan
• Minta maaf jika telah buat kesalahan
• Perasaan yakin diri semakin meningkat, dan tidak takut menghadapi situasi baru
• Suka dan gembira apabila diberi pujian
• Tunjuk sikap bertanggungjawab
• Berminat untuk menjalinkan persahabatan
• Boleh bekerjasama dalam permainan dan gembira apabila berkongsi barang
mainan
• dan bersedia menawarkan pertolongan
• Menjaga dan menyimpan barang selepas bermain (berdisiplin)
• Bertimbang rasa, tidak membolot sendiri, tidak menguasai rakan-rakan
• Mengucap Bismilllah, Alhamdulillah dengan lancar (bagi kanak-kanak Islam)
• Membaca doa mudah contohnya doa makan dan tidur
• Sabar menunggu orang lain untuk makan bersama-sama
• Boleh menunggu giliran semasa bermain, ke tandas dan lain-lain aktiviti yang
memerlukan giliran
• Ambil berat tentang orang lain (berempati).
SOALAN TUTORIAL

Bincangkan fokus Bidang Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian dalam


kurikulum Permata dan banding beza bidang tersebut mengikut
perkembangan peringkat umur. Paparkan hasil perbincangan dalam
bentuk grafik

• peringkat umur 1 hingga 2 tahun


• peringkat umur 2 hingga 3 tahun
• peringkat umur 3 hingga 4 tahun

Anda mungkin juga menyukai