Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MEMBINA

PONDOK PIDATO

SJKT LADANG BUKIT JALIL


JALAN 5/155, TAMAN INDUSTRI BUKIT OUG
58200
KUALA LUMPUR
1.0 PENDAHULUAN
SJKT Ladang Bukit Jalil bercadang untuk membina sebuah pondok pidato sebagai tempat
pembelajaran di luar bilik darjah yang berfungsi untuk mencungkil bakat murid berpidato di
hadapan khayalak umum. Di samping itu, pembinaan pondok tersebut adalah bertujuan untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti- aktiviti yang
memerlukan murid-murid melakukan pergerakan di ruang yang lebih kondusif.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Cadangan tempat di mana pondok bacaan ini akan dibina ialah di bawah laluan
penghubung antara bangunan baru dan bangunan lama.
2.2 Keluasan yang dicadangkan untuk membina pondok bacaan ini adalah dalam anggaran
10x12 kaki.
2.3 Reka bentuk pondok bacaan yang dicadangkan adalah sebagaimana contoh yang di
lampirkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Sebagai tempat untuk murid mempersembahkan bakat mereka terutama berpidato.
3.2 Murid lebih bersemangat untuk belajar kerana mempunyai sebuah tempat khusus untuk
berpidato dan menyaksikan rakan-rakan mereka berpidato.

4.0 RASIONAL

4.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid pada waktu yang terluang.
4.2 Memupuk semangat belajar dan persaingan yang sihat.

5.0 PERANCANGAN

5.1 Satu projek jangka panjang yang boleh digunapakai untuk semua murid yang akan
belajar di SJKT Ladang Bukit Jalil.
5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk aktiviti-aktiviti luar bilik darjah seperti latihan
menari, latihan sukan dan juga kerja atau aktiviti berkumpulan.
5.3 Tempat berteduh untuk murid-murid membaca atau membuat kerja sekolah sementara
menunggu kehadiran ibubapa atau bas sekolah.
6.0 ANGGARAN KOS BINAAN

Anggaran Kos binaan dan upah


I unit RMxxxx
Jumlah sumbangan yang diperlukan
Xxxxxxx

7.0 PENUTUP
Semoga hasrat sekolah untuk membina sebuah pondok pidato akan tercapai. Akhirnya akan
dapat melahirkan murid yang berketrampilan, berdikari dan bersemangat akan tercapai
melalui kemudahan ini.

Di sediakan oleh
………………………………………..
(Puan Nur Athirah binti Arshad)

Di semak Oleh
…………………………………………

Di sahkan oleh
…………………………………………..
(Puan Baghayaletchumy Devi A/P Kumara Rao)
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai