Anda di halaman 1dari 5

KETUA GURU DISPLIN

Merangka dan menetukan dasar-dasar displin dan peraturan sekolah


berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan

Memastikan semua guru adalah guru displin dalam usaha


menguatkuasakan peraturan sekolah

Membantu menyelesaikan masalah-masalah displin yang tidak dapat


diselesaikan oleh pengawas.

Membantu Lembaga Displin Sekolah untuk mengesan dan


mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa
kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang
sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtusas Bil. 9/1975. Lembaga
displin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar
untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.

Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan


displin dalam semua majlis sekolah.

Mewujudkan sistem rekod displin kelas dan sistem rekod displin kelas
dan sistem pemantauan yang berkesan.

Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan


Prinsip-prinsip Rukunegara.

Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya


mengambil tindakan sewajarnya.

Menanam semangat kekitaan melalui slogan SEKOLAHKU RUMAHKU


supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.

Menjalankan hukuman displin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.

Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk


mengesan pelajar yang ponteng dan melanggar displin sekolah.

Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada


Kementerian / Jabatan Pendidikan / PPD.

Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan


kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.

Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibubapa/penjaga dalam


menangani masalah disiplin.

GURU DISIPLIN

Membantu Pengetua mengawal keadaan sekolah agar murid-murid


berada dalam keadaan harmoni untuk mewujudkan suasana sekolah
yang baik

Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan


di sekolah

Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi

Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar

Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua

Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa


/ penjaga dalam menangani masalah displin

Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat


cintakan sekolah dikalangan pelajar dan guru

Mencatatkan semua kes displin yang telah diambil tindakan dalam


borang disiplin/buku laporan disiplin

Melaporkan kes displin yang telah diambil tindakan dalaman kepada


Penolong Kanan HEM seminggu sekali

Menghubungi pihak polis jika perlu

Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan


sekolah

Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes


yang serius seperti :
o Penyalahgunaan dadah
o Gambar lucah
o Video lucah
o Majalah lucah
o Peras ugut
o Kumpulan haram
o Bohsia
o Bohjan dan lain-lain

Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang


difikirkan perlu seperti:
o Hari terakhir peperiksaan awam
o Hari sukan
o Hari keluarga
o Majlis-majlis sekolah

Mengurangkan salahlaku murid

Memastikan tiada kes gengterisme

Anda mungkin juga menyukai