Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

KEWAJIBAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH:

“Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan


kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan
1996(Akta 550)} Kegagalan atau keenganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di
sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu tinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta
550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan
sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi
lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh
dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi
setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}”
 
 “Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalahwajib. Sehubungan itu
kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. (Rujuk Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986, KP(BS)8591/jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986)”
 
A.  KEGIATAN KOKURIKULUM

1. Tugasan dalam bidang kokurikulum adalah tugasan rasmi dan setiap guru
dikehendaki mematuhi jadual kokurikulum yang ditetapkan oleh sekolah.
2. Setiap guru diperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam dalam seminggu dan
dikehendaki mematuhi masa tersebut.
3. Kedatangan guru haruslah menepati masa yang ditetapkan dan kehadiran
hendaklah dicatat dalam Buku Kedatangan di pejabat sekolah.
4. Kehadiran adalah dianggap  sebagai  satu tugas rasmi dan guru yang tidak
hadir atau guru yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu seharusnya
mengambil tindakan yang sewajarnya.
5. Kawalan disiplin dan keselamatan murid-murid yang menghadiri sesuatu
aktiviti kokurikulum adalah menjadi tanggungjawab guru-guru yang bertugas
mengendalikan aktiviti berkenaan.
6. Sebarang pindaan kepada masa yang ditetapkan dalam jadual berkenaan
adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan kesulitan pada pihak murid dan ibu
bapa atau penjaga murid
7.  Laporan kegiatan dari awal hingga keakhir hendaklah dicatat oleh guru
penasihat berkenaan mengikut prosedur tetap pelaksanaan kokurikulum
sekolah.  

B.   PERATURAN-PERATURAN GERAKERJA KOKURIKULUM SEKOLAH 


 
1.   PENUBUHAN & PENDAFTARAN UNIT GERKO KP, UB & SP.
Setiap pemimpin/guru penasihat perlu mengemukakan Surat permohonan
penubuhan KP atau SP dengan mengemukakan draf perlembagaan, ahli
jawatankuasa penaja dan draf aktiviti asas kepada:
1. Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar Sekolah.
2. Pendaftaran UB pula perlu mendapat borang pendaftaran daripada
Pesuruhjaya Daerah dan mestilah mendapat kebenaran daripada JPNS.
3. Surat permohonan mengutip derma keahlian kepada Guru Besar
Setiap pemimpin/guru penasihat mesti menerima:-
1. Surat perlantikan sebagai pemimpin/penasihat KP, UB, SP.
2. Surat kelulusan penubuhan.
3. Surat penurunan kuasa serta senarai tugas dan tanggungjawab
4. Surat kelulusan mengutip derma keahlian.

2.  PENYERTAAN/KEAHLIAN
Semua pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam gerakerja kokurikulum
iaitu:-
Satu gerakerja pakaian seragam (Pasukan Unit Beruniform), satu gerakerja kelab
dan persatuan serta satu gerakerja sukan dan permainan.
Masa yang diperuntukkan adalah 60 minit seminggu untuk Tahun 3 dan 4 dan 120
minit seminggu untuk tahun 5 dan 6.Bagi pelajar-pelajar yang cacat mereka juga
tidak dikecualikan dari menyertai aktiviti kokurikulum.
Tiap-tiap pelajar dikehendaki :-
1. Mengisi borang permohonan menjadi ahli.
2. Mengisi borang-borang penyakit kronik.
3. Mengisi borang kebenaran ibubapa/penjaga.

3.  KEHADIRAN
Kedatangan adalah wajib dan setiap pelajar dikehendaki hadir dan menyertai
kegiatan yang diambil/dipilih. Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana sakit
hendaklah menunjukkan surat sakit. Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana
hal-hal lain hendaklah membawa surat perakuan ibubapa/penjaga.Surat
peringatan”Pertama/Kedua/Ketiga” akan dikeluarkan pada ibubapa/penjaga
pelajar tersebut jika pelajar tersebut tidak hadir tiga kali berturut-
turut. Ibubapa/penjaga dikehendaki mengisi borang pemberitahuan tidak hadir
kokurikulum
Kesannya, apabila pelajar tidak dapat hadir kokurikulum tiga hari berturut-turut
tanpa sebarang sebab, maka pelajar itu boleh digugurkan dari menjadi ahli dan
tidak layak menerima sijil kokurikulum. Tiap-tiap kedatangan akan diambil
(direkodkan dalam jadual kedatangan) dan kad kedatangan yang terdapat pada
murid akan disahkan oleh guru bertugas/panasihat. Kehadiran yang kurang
daripada 70% tidak akan dicatat dalam surat akuan.
 
4.  PAKAIAN
Pakaian seragam sekolah, Pakaian seragam pasukan yang disertai Pakaian yang
dibenarkan untuk gerakerja sukan Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai
pakaian lain daripada yang ditetapkan di dalam Buku Panduan Disiplin Sekolah
(contohnya :- berselipar ketika mengikuti kegiatan kokurikulum)

5.  KESELAMATAN DAN DISIPLIN


Pelajar-pelajar hendaklah mengutamakan segala peratura sekolah dan peraturan-
peraturan gerakerja kokurikulum sekolah Pelajar-pelajar hendaklah mengutamakan
keselamatan dalam semua kegiatan dan penggunaan alat.Pelajar dikehendaki
mengisi surat akuan kebenaran ibubapa/penjaga apabila menyertai sesuatu aktiviti
kokurikulum samada di dalam atau di luar sekolah Guru pengawas/pengiring
hendaklah memaklumkan secara bertulis (mengisi borang makluman murid yang
mengikuti kegiatan kokurikulum) kepada :-
1. Guru penasihat UB/KP/SP yang berkenaan jika aktiviti itu berjalan pada
masa kokurikulum
2. Guru kelas jika ketiak itu waktu persekolahan biasa
3. Guru Besar sekolah agama jika ketiak itu melibatkan waktu persekolahan
sekolah agama.

6.  KAD KEDATANGAN
Kad ini hendaklah dibawa pata setiap kali pelajar menghadiri gerakerja
kokurikulum dan hendaklah diserahkan sendiri kepada guru pengawas/penasihat
atau pemimpin untuk ditandatangani. Keselamatan kad ini adalah tanggungjawab
pelajar sendiri Kad ini hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing
tiap-tiap akhir penggal persekolahan.

7.  PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN


Setiap pelajar atau kela/persatuan /pasukan bertanggungjawab bagi menjaga dan
menjamin kemudahan dan peralatan sekolah yand digunakan itu dalam keadaan
baik. Buku penggunaan alatan keluar/masuk hendaklah dilengkapkan oleh guru
berkenaan. Peralatan yang merbahaya hendaklah digunakan dengan kebenaran dan
kehadiran gur pengawas/penasihat atau pemimpin. Pelajar-pelajar adala
dibenarkan membawa peralatan sendiri semasa menghadiri kwgiatan yang dipilih
jika diarah atau diperluakan oleh guru pengawas/penasihat/pemimpin

8.  PERJALANAN GERAKERJA KOKURIKULUM


 Tiap-tiap persatuan/kelab/pasukan hendaklah mempunyai:-
1. Perlembagaan sendiri
2. Senarai guru penasihat dan ahli jawatankuasa
3. Bilingan ahli lelaki/perempuan serta senarai nama ahli mengikut kelas
4. Buku rekod kedatangan ahli
5. Takwim/perancangan setahun unit berkenaan
6. Senarai kutipan derma ahli
7. Buku laporan aktiviti mengguan yang dijalankan
Tiap-tiap pelajar hendaklah memastikan namanya telah didaftarkan (sah) di dalam
daftar persatuan/kelab/pasukan. Setiap kali aktiviti berlangsung, ketua pasukan,
pengerusi atau ketua kumpulan hendaklah memastikan bahawa guru pengawas /
pemimpin / penasihat ada bersama. Aktiviti tidak boleh berlangsung tanpa
pengawasan guru atau diwakilkan kepada ketua kumpulan/ketua pasukan atau
pengerusi persatuan/kelab/pasukan Jika menyertai sesuatu aktiviti /
pertandingan, PROSEDUR no 5 di atas hendaklah digunakan:
1. Satu borang laporan pencapaian hendaklah dilengkapkan
2. Tuntutan perbelanjaan aktiviti kokurikulum juga hendaklah dibuat (jika ada
kaitan)
Jika sesuatu program yang besar hendaklah dilaksanakan (contohnya: Hari
Perkhemahan Sekolah, Hari Kelab & Persatuan atau Hari Sukan/permainan guru
penyelaras akan membentangkan kertascadangan/kertas konsep. Satu laporan
tahunan kokurikulum unit masing-masing hendaklah disiapkan pada akhir
persekolahan mengikut format yang ditentukanPenyeliaan akan dilakukan dari
semasa ke semasa

 
9.  KEWANGAN
Tiap-tiap pelajar dikehendaki menjelaskan derma pendaftaran/derma keahlian
mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh perlembagaan
kelab/persatuan/pasukan masing-masing yang telah diluluskan oleh penolong
pendaftar.

10.  KAD PELAPORAN DAN PENGHARGAAN


Guru penasihat akan melengkapkan kad pelaporan pencapaian pelajar dalam
aktiviti kokurikulum pada akhir persekolahan tahun berkenaan. Sijil penghargaan,
sijil keahlian dan sijil penyertaan akan diberikan kepaa pelajar yang terlibat.Pelajar
paling aktif dalam Unit Beruniform, Kelab/Persatuan serta Sukan/Permainan akan
dianugerahkan penghargaan dalam bentuk cenderahati kepada pelajar lelaki dan
perempuan pada Hari Anugerah Kegemilangan Pelajar sekolah.

 
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU

Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform


1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan
beruniform.
2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
3. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan
baik.
6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun
pada tarikh yang ditetapkan.
7. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
8. Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun
pada tarikh yang ditetapkan.
9. Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk
simpanan dan rekod bilik kokurikulum.
10. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:(Borang
penyertaan persatuan/Borang senarai AJK dan ahli/Buku laporan aktiviti)
11. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran,
rujukan dan rekod.
12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
kokurikulum sekolah. 

Tanggungjawab Setiausaha Sukan


1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti
MSSD/MSSN/MSSM.
3. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
4. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar
sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk
kepentingan sukan sekolah.
12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam
Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
13. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan
kemahiran diri.

Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum


1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
2. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru,
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti
persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan.
4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum
dipatuhi.
5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan
dan mencukupi.
7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti
kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.

Anda mungkin juga menyukai