Anda di halaman 1dari 7

SK KEBANGSAAN DALAM RU

KEWAJIBAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH:

Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah


adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996(Akta 550)} Kegagalan atau keenganan
melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu tinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan
atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan
itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan
hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa
penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi
setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar
dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.

(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986,

KP(BS)8591/jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986)

A. KEGIATAN KOKURIKULUM

1. Tugasan dalam bidang kokurikulum adalah tugasan rasmi dan setiap guru dikehendaki
mematuhi jadual kokurikulum yang ditetapkan oleh sekolah.
2. Setiap guru diperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam dalam seminggu dan dikehendaki
mematuhi masa tersebut.
3. Kedatangan guru haruslah menepati masa yang ditetapkan dan kehadiran hendaklah dicatat
dalam Buku Kedatangan di pejabat sekolah.
4. Kehadiran adalah dianggap sebagai satu tugas rasmi dan guru yang tidak hadir atau guru
yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu seharusnya mengambil tindakan yang
sewajarnya.
5. Kawalan disiplin dan keselamatan murid-murid yang menghadiri sesuatu aktiviti kokurikulum
adalah menjadi tanggungjawab guru-guru yang bertugas mengendalikan aktiviti berkenaan.
6. Sebarang pindaan kepada masa yang ditetapkan dalam jadual berkenaan adalah tidak
dibenarkan bagi mengelakkan kesulitan pada pihak murid dan ibu bapa atau penjaga murid
7. Laporan kegiatan dari awal hingga keakhir hendaklah dicatat oleh guru penasihat berkenaan
mengikut prosedur tetap pelaksanaan kokurikulum sekolah.

SK KEBANGSAAN DALAM RU

B. PERATURAN-PERATURAN GERAKERJA KOKURIKULUM SEKOLAH


1.

PENUBUHAN & PENDAFTARAN UNIT GERKO KP, UB & SP

Setiap pemimpin/guru penasihat perlu mengemukakan Surat permohonan penubuhan KP atau SP


dengan mengemukakan draf perlembagaan, ahli jawatankuasa penaja dan draf aktiviti asas kepada

1. Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar Sekolah.


2. Pendaftaran UB pula perlu mendapat borang pendaftaran daripada Pesuruhjaya Daerah dan
mestilah mendapat kebenaran daripada JPN.
3. Surat permohonan mengutip derma keahlian kepada Guru Besar
Setiap pemimpin/guru penasihat mesti menerima:-

1. Surat perlantikan sebagai pemimpin/penasihat KP, UB, SP.


2. Surat kelulusan penubuhan.
3. Surat penurunan kuasa serta senarai tugas dan tanggungjawab
4. Surat kelulusan mengutip derma keahlian.

2.

PENYERTAAN/KEAHLIAN

Tiap-tiap pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam gerakerja kokurikulum sekolah iaitu :Satu gerakerja pakaian seragam (Pasukan Unit Beruniform), satu gerakerja kelab dan persatuan
serta satu gerakerja sukan dan permainan.
Masa yang diperuntukkan adalah 60 minit seminggu untuk Tahun 3 dan 4 dan 120 minit seminggu
untuk tahun 5 dan 6.
Bagi pelajar-pelajar yang cacat mereka juga tidak dikecualikan dari menyertai aktiviti kokurikulum.
Tiap-tiap pelajar dikehendaki :-

1. Mengisi borang permohonan menjadi ahli.


2. Mengisi borang-borang penyakit kronik.
3. Mengisi borang kebenaran ibubapa/penjaga.

SK KEBANGSAAN DALAM RU

3.

KEHADIRAN

Kedatangan adalah wajib dan setiap pelajar dikehendaki hadir dan menyertai kegiatan yang
diambil/dipilih.
Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana sakit hendaklah menunjukkan surat sakit.
Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana hal-hal lain hendaklah membawa surat perakuan
ibubapa/penjaga.
Surat peringatanPertama/Kedua/Ketiga akan dikeluarkan pada ibubapa/penjaga pelajar tersebut
jika pelajar tersebut tidak hadir tiga kali berturut-turut.
Ibubapa/penjaga dikehendaki mengisi borang pemberitahuan tidak hadir kokurikulum
Kesannya, apabila pelajar tidak dapat hadir kokurikulum tiga hari berturut-turut tanpa sebarang
sebab, maka pelajar itu boleh digugurkan dari menjadi ahli dan tidak layak menerima sijil
kokurikulum.
Tiap-tiap kedatangan akan diambil (direkodkan dalam jadual kedatangan) dan kad kedatangan yang
terdapat pada murid akan disahkan oleh guru bertugas/panasihat.
Kehadiran yang kurang daripada 70% tidak akan dicatat dalam surat akuan.

4.

PAKAIAN

1. Pakaian seragam sekolah


2. Pakaian seragam pasukan yang disertai
3. Pakaian yang dibenarkan untuk gerakerja sukan
4. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian lain daripada yang ditetapkan di dalam
Buku Panduan Disiplin Sekolah (contohnya :- berselipar ketika mengikuti kegiatan
kokurikulum)

SK KEBANGSAAN DALAM RU

5.

KESELAMATAN DAN DISIPLIN

Pelajar-pelajar hendaklah mengutamakan segala peratura sekolah dan peraturan-peraturan


gerakerja kokurikulum sekolah
Pelajar-pelajar hendaklah mengutamakan keselamatan dalam semua kegiatan dan penggunaan alat.
Pelajar dikehendaki mengisi surat akuan kebenaran ibubapa/penjaga apabila menyertai sesuatu
aktiviti kokurikulum samada di dalam atau di luar sekolah
Guru pengawas/pengiring hendaklah memaklumkan secara bertulis (mengisi borang makluman murid
yang mengikuti kegiatan kokurikulum) kepada :-

1. Guru penasihat UB/KP/SP yang berkenaan jika aktiviti itu berjalan pada masa kokurikulum
2. Guru kelas jika ketiak itu waktu persekolahan biasa
3. Guru Besar sekolah agama jika ketiak itu melibatkan waktu persekolahan sekolah agama.

6.

KAD KEDATANGAN

Kad ini hendaklah dibawa pata setiap kali pelajar menghadiri gerakerja kokurikulum dan hendaklah
diserahkan sendiri kepada guru pengawas/penasihat atau pemimpin untuk ditandatangani.
Keselamatan kad ini adalah tanggungjawab pelajar sendiri
Kad ini hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing tiap-tiap akhir penggal persekolahan.

7.

PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN

Setiap pelajar atau kela/persatuan /pasukan bertanggungjawab bagi menjaga dan menjamin
kemudahan dan peralatan sekolah yand digunakan itu dalam keadaan baik.
Buku penggunaan alatan keluar/masuk hendaklah dilengkapkan oleh guru berkenaan

SK KEBANGSAAN DALAM RU
Peralatan

yang

merbahaya

hendaklah

digunakan

dengan

kebenaran

dan

kehadiran

gur

pengawas/penasihat atau pemimpin


Pelajar-pelajar adala dibenarkan membawa peralatan sendiri semasa menghadiri kwgiatan yang
dipilih jika diarah atau diperluakan oleh guru pengawas/penasihat/pemimpin

8.

PERJALANAN GERAKERJA KOKURIKULUM

Tiap-tiap persatuan/kelab/pasukan hendaklah mempunyai:-

1. Perlembagaan sendiri
2. Senarai guru penasihat dan ahli jawatankuasa
3. Bilingan ahli lelaki/perempuan serta senarai nama ahli mengikut kelas
4. Buku rekod kedatangan ahli
5. Takwim/perancangan setahun unit berkenaan
6. Senarai kutipan derma ahli
7. Buku laporan aktiviti mengguan yang dijalankan
Tiap-tiap pelajar hendaklah memastikan namanya telah didaftarkan (sah) di dalam daftar
persatuan/kelab/pasukan.
Setiap kali aktiviti berlangsung, ketua pasukan, pengerusi atau ketua kumpulan hendaklah
memastikan bahawa guru pengawas/pemimpin/penasihat ada bersama.

Aktiviti tidak boleh

berlangsung tanpa pengawasan guru atau diwakilkan kepada ketua kumpulan/ketua pasukan atau
pengerusi persatuan/kelab/pasukan
Jika menyertai sesuatu aktiviti/pertandingan, PROSEDUR no 5 di atas hendaklah digunakan:

1. Satu borang laporan pencapaian hendaklah dilengkapkan


2. Tuntutan perbelanjaan aktiviti kokurikulum juga hendaklah dibuat (jika ada kaitan)

SK KEBANGSAAN DALAM RU
Jika sesuatu program yang besar hendaklah dilaksanakan (contohnya: Hari Perkhemahan Sekolah,
Hari Kelab & Persatuan atau Hari Sukan/permainan guru penyelaras akan membentangkan
kertascadangan/kertas konsep.
Satu laporan tahunan kokurikulum unit masing-masing hendaklah disiapkan pada akhir persekolahan
mengikut format yang ditentukan
Penyeliaan akan dilakukan dari semasa ke semasa

9.

KEWANGAN

Tiap-tiap pelajar dikehendaki menjelaskan derma pendaftaran/derma keahlian mengikut jumlah yang
telah ditetapkan oleh perlembagaan kelab/persatuan/pasukan masing-masing yang telah diluluskan
oleh penolong pendaftar.

10.

KAD PELAPORAN DAN PENGHARGAAN

Guru penasihat akan melengkapkan kad pelaporan pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum pada
akhir persekolahan tahun berkenaan.
Sijil penghargaan, sijil keahlian dan sijil penyertaan akan diberikan kepaa pelajar yang terlibat
Pelajar paling aktif dalam Unit Beruniform, Kelab/Persatuan serta Sukan/Permainan akan
dianugerahkan penghargaan dalam bentuk cenderahati kepada pelajar lelaki dan perempuan pada
Hari Anugerah Kegemilangan Pelajar sekolah.

SK KEBANGSAAN DALAM RU

Anda mungkin juga menyukai