Anda di halaman 1dari 20

PANDUAN AM GURU DAN STAFF

TATA CARA PERKHIDMATAN DAN PERATURAN GURU DAN STAF


( Tata Cara ini tetakhluk kepada peraturan yang sedia ada )
1. Waktu Rasmi P & P Maktab
Hari
Sesi
Isnin
7.40 a.m 2.20 pm
Selasa& Khamis
7.40 a.m 2.20 pm
Rabu
7.40 a.m 2.20 pm
Jumaat
7.40 a.m 12.15 pm
(Tertakhluk kepada pindaan semasa)
Guru guru dikehendaki berada di kawasan maktab sekurang kurangnya 10
minit lebih awal dari masa yang ditetapkan.
2. Kehadiran
Guru dikehendaki merakam kehadiran kad perakam waktu di pejabat maktab.Sila
pastikan rakaman dibuat 10 minit sebelum kelas bermula. Jika Anda membuat
rekaman tepat pada waktunya, Anda sebenarnya sudah terlewat.

3. Peraturan Pakaian Guru/Staf


Guru guru dikehendaki berpakaiam sesuai dan kemas (sila rujuk Pek.Ikhtisas
Bil.6/1985). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pindaan/perubahan:
i. Guru guru/staf dikehendaki berpakaian sesuai dan kemas
ii. Wajib memekai baju batek pada setiap hari khamis
iii. Wajib memakai baju korporat pada setiap hari selasa
iv. Digalakkan memakai baju kebangsaan pada hari jumaat (lelaki)
v. Wajib memakai tanda nama sepanjang masa bertugas
vi. Peraturan berpakaian ini mestilah seperti mana yang ditetapkan oleh pihak
MARA.
vii. Pakaian semasa majlis rasmi, mesyuarat pengurusan/ Pelaksanaan hendaklah
memakai

pakaian

kemas

dan

bersepatu/berkasut.

Dilarang

bersandal/berselipar dan berbaju T kecuali setelah mendapat kebenaran


daripada pihak berkenaan.
4. Cuti
Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah dalam kadar segera sekiranya tidak
hadir bertugas supaya jadual ganti dapat disediakan
4.1. Cuti Sakit
Kemudian cuti sakit boleh diluluskan dengan syarat- syarat seperti berikut:
4.1.1. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di
hospital atau klinik swasta,

sijil sakit yang dikeluarkan oleh

doctor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan


boleh diterima jika ia member jumlah cuti sakit yang tidak
4.1.2.

melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar; atau


Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam
hospital atau klinik swasta,

sijil sakit yang dikeluarkan oleh

doctor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan


boleh diterima jika ia member jumlah cuti sakit yang tidak
4.1.3.

melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar; atau


Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil
sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari
dalam sesuatu tahun kalender, di mana 90 hari pertama boleh
diluluskan oleh ketua jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah

4.1.4.

diluluskan oleh ketua setiausaha.


Sijil sakit hendaklah diserahkan segera kepada Pengetua. Sijil sakit
Doktor Persendirian hanya dibenarkan dua hari. Jika lebih
hendaklah disahkan oleh Doktor Kerajaan.

4.2. Cuti Rehat Khas


Sila rujuk surat Pekeliling Perkhidmatan Kem. Bil 2/80 Pek.Perkhidmatan
Bil. 4/1977 dan Bil. 2/1991. Walau bagaimanapun, terdapatbebrapa
pindahan/perubahan dalam pelaksaannya iaitu seperti berikut:
i. Setiap guru diperuntukkan 7 hari setahun
ii. Cuti ini tidak boleh dibawa ke tahun hadapan
iii. Baki cuti tersebut akan dimasukkan ke dalam GCR
iv. Perlu mendapat kelulusan Pegawai Pusat
v. Kelulusan akan dibuat berasaskan syarat- syarat yang telah ditetapkan
vi. Bagi staf bukan guru, tiada peruntukan cuti rehat khas kerana telah
diperuntukkan cuti tahunan.
4.3. Cuti Tanpa Gaji
Sila rujuk Pek.Jabatan Pel.Pk. (Perkhidmatan) BIl.1 tahun 1985.
Kemudian Cuti Tanpa Gaji dalam Perintah Am 14 Bab C adalah
dikekalkan dengan pindahan pindahan berikut:
i. Had maksimum Cuti Tanpa Gaji dalam Perintah Am 14 (a) diupinda ke
360 hari
ii. Syarat minimum layak memohon Perintah Am 14 (b) dan (c)
diselaraskan kepada 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan sahaja.
4.4. Cuti Bersalin
Sila rujuk Pek.Perkhidmatanm Bil.5 Tahun 1984.

4.5. Cuti Haji


Sila rujuk Pek. Jabatan Pel.Pk.(Perkhidmatan Tadbiran ) BIl. 1 Thaun 1985.
Peringatan: Tanpa kebenaran atau kelulusan daripada pihak MARA,
pegawai tidak dibenarkan bercuti. Tindakan Tatatertib boleh diambil.
4.6. Cuti Rukun Tetangga

Cuti Rukun Tetangga hendaklah diberitahu kepada pihak sekolah terlebih


awal supaya Jadual Waktu Ganti diatur, satu minggu sebelum dari tarikh cuti
tersebut kepada Penolong kanan.
4.7. Cuti Cuti Lain
Sebarang cuti lain yang disebutkan di atas, jika diperlukan hendaklah
dipohon menggunakan boring khas supaya dapat kelulusan daripada Jabatan
Pelajaran.
5. Ketetapan Masa
Semua guru hendaklah melaporkan diri ke kelas mengikut jadual waktu yang
ditetapkan. Staf pula haruslah berada di tempat bertugas masing masing
sebelum waktu yang ditetapkan.

6. Melepaskan Pelajar Lebih Awal


Guru guru tidak dibenarkan melepaskan pelajar lebih awal pada waktu rehat dan
waktu balik melainkan dengan kebenaran Pengetua.
7. Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang oleh Guru
Rujuk Surat Pek.Ikhtisar Bil. 3/1981.
8. Pertemuan/Urusan dengan Orang Luar
Orang luar/wakil penjual tidak dibenarkan berhubung terus dengan guru. Semua
pertemuan hendaklah melalui Pengetua.
9. Penggunaan Harta Benda/Alat Sekolah

Kebenaran mestilah diperolehi daripada Ketua Jabatan/Pihak yang berkenaan.


Bertanggungjawab di atas keselamatan alat alat yang dipinjamkan.
Bertanggungjawab mengembalikan alat alat kepada pihak yang berkenaan.
10. Laporan

10.1. Projek/Lawatan
Laporan hendaklah dibuat dan diserahkan kepada Pengetua. Walau
bagaimana pun, projek/lawatan tersebut haruslah mempunyai perancangan
dan matlamat yang khusus dan jelas serta diharapkan dapat member impak
positif kepada maktab. Contohnya lawatan sambil belajar, bencmarking.
10.2. Wakil Pengetua
Apabila mewakili Pengetua menghadiri mesyuarat/perjumpaan/taklimat
seperti sukan dan sebagainya, laporan hendaklah diserahkan kepada
Pengetua.
10.3. Lawatan Pelajar
Sebelum dibuat lawatan, pihak berkenaan hendaklah terlebih dahulu
membuat permohonan lawatan dengan mengikut tatacara yang telah
ditetapkan oleh pihak maktab seperti penggunaan boring yang disediakan.
Sila pastikan semua tindakan haruslah mengambil kira semua factor agar
tidak ada pihak yang dipinggirkan. Salinan kelulusan bersama senarai
pelajar harus diserahkan kepada pejabat, Dewan Selera, Ketua Guru Asrama
dan pihak Felsco.
11. Peranan Guru dalam Pendidikan Disiplin Pelajar
Setiap guru dianggap sebagai guru disiplin dan sekaligus sebagi kaunselor.
Mereka hendaklah bekerjasama dengan Guru disiplin dan kaunselor untuk
menjaga dan mengawas perjalanan maktab. Murid murid yang melanggar
peraturan maktab hendaklah dirujuk kepada Guru Disiplin hanya selepas guru
berkenaan itu mengambil tindakan sewajarnya. Pelanggaran peraturan maktab
yang serius hendaklah dirujuk kepada Guru Disiplin, Timbalan Pengetua HEP dan

Pengetua. Hukuman dera tidak dibenarkan (Sila rujuk Buku Panduan


Pengurusan Disiplin Maktab).
12. Mesyuarat Guru dan Lain Lain
12.1. Tiap tiap guru dikehendaki hadir dalam mesyuarat ini apabila diadakan.
Mesyuarat guru adalah mesyuarat penting bagi melicinkan pentabdiran dan
perjalanan maktab. Bagi guru guru yang tidak dapat menghadiri
mesyuarat ini disebabkan sesuatu masalah atau perkara yang terpaksa
diselesaikan masa itu juga, mereka hendaklah memberitahu Pengetua atau
Setiausaha Mesyuarat sebelum Mesyuarat itu dijalankan.
12.2. Guru- guru adalah diwajibkan menghadiri mesyuarat- mesyuarat yang telah
ditetapkan oleh sama ada pihak pentabdiran, panitia, jabatan, dan
sebagainya.
13. Pemesanan/ Tampahan dan Pembelian Barang Barang
13.1. Sebarang pembelian alat-alat/barang-barang hendaklah disalurkan melalui
ketua-ketua jabatan dan mesti mendapat persetujuan Pengetua.
13.2. Tiap tiap pembelian atau pesanan hendaklah dibuat dengan menggunakan
boring pesanan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan Pengetua. Ini
adalah tertakhluk kepada sebut harga dan juga kontrak pusat sebagaimana
arahan dan perbendaharaan.
14. Kokurikulum
Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pendidikan. Guru
guru dikehendaki melibatkan diri dan kehadiran adalah wajib.
15. Penggunaan Telefon

Penggunaan telefon hanya untuk urusan pentabdiran dan yang ada hubungan
dengan maktab sahaja. Segala penggunaan hendaklah dicatat oleh pihak yang
berkaitan di dalam buku yang disediakan.
16. Kelab Guru
Semua guru dan kakitangan maktab ini secara automatic menjadi ahli Kelab Guru
dan kakitangan. Tiap tiap ahli hendaklah menjelaskan yuran bulanan yang
ditetapkan mengikut keputusan bersama.
17. Keselamatan Diri dan Pelajar
17.1. Guru Pendidikan Jasmani
Menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam atau luar bilik
darjah. Bertanggungjawab untuk mengeluar, mengguna dan menyimpan
alat alat sukan, walaupun boleh dibantu oleh pelajar.
17.2. Guru Kokurikulum dan Sukan
Guru guru mestilahj mengawasi dan peka terhadap keselamatan pelajar
pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti kokurikulum dan
sukan. Guru guru hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam
keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.
17.3. Stor Sukan
Stor sukan mestilah kemas dan tersusun. Alat alat sukan mesti disimpan di
tempat yang senang di ambil untuk kegunaan, Setiap alat yang dikeluarkan
dari stor sukan mestilah direkodkanb dalam Buku Keluar dan Masuk Alat
Alat Sukan.
17.4. Guru hendaklah memikirkan dengan teliti apabila hendak menjalankan
aktiviti dalam keadaan cuaca yang berbahaya seperti waktu hujan lebat dan
lain-lain.
17.5. Laporan Kemalangan atau Kecederaan

Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disisat dan


dilaporkan kepada Pengetua dengan segera ( guru berkenaan hendaklah
mengambil tindakan awal).
17.6. Penyelenggaraan Peralatan Sukan
Setiausaha Kokurikulum/Pendidikan Jasmani dan Kesihatan/ setiausaha
sukan hendaklah memeriksa dan bertanggungjawab menyelenggara stor
dan alat alat sukan dalam keadaan baik dari semasa ke semasa dan
mengikuti keperluan.

18. Pengawalan, Penyelian dan Pencerapan dalam Bilik Darjah


Satu system pengawalan perlu diadakan untuk menjayakan pelaksanaan
kurikulum, di antaranya ialah:
a) Ujian Formatif dan Sumatif
b) Peperiksaan dan tindak ikut
c) Pengemdalian rekod penilaian
d) Penubuhan item bank soalan
e) Penyeliaan kerja guru
f) Penyeliaan kerja pelajar dan
g) Pencerapan dalam bilik darjah.
19. Kursus Dalaman dan Perkembangan Staf
Akan diadakan dari masa ke semasa untuk mempertingkatkan prestasi tenaga
pengajar dan staf. Kehadiran adalah diwajibkan.
20. Guru yang Menghadiri Kursus
Apabila guru diminta menghadiri kursus, sila buat catatan dalam buku khas
pejabat. Sediakan tugas/ latihan untuk pelajar yang diajar supaya pelajar tidak
membuang masa. Berikan arahan yang jelas dan serahkan kepada Penolong
Kanan. Kalau kursus adalah jangka panjang, sekolah layak memohon guru ganti.
Guru guru yang berkenaan diminta ditetapkan tajuk tajuk yang perlu dibuat

dalam jangka waktu itu. Lepas kursus guru-guru hendaklah membuat laporan dan
diserahkan kepada Pengetua.
21. Menulis Surat ke Pihak Atasan
Sebarang surat menyurat mengenai perjawatan hendaklah dibuat melalui
Pengetua iaitu mengikut saluran saluran tertentu sebagimana arahan Perintah
Am Bab B dan D. Guru guru dan Kakitangan yang tidak berbuat demikian
boleh diambil tindakan tattertib ke atasnya.
22. Membuat Tuntutan
Sebarang tuntutan hendaklah mendapat kebenaran rasmi daripada pihak
berkenaan secara bertulis /rasmi sama ada daripada pihak MARA atau

pengawal pusat.
Anda hendaklah mengisi Borang MARA 3 Permohonan Membuat Lawatan
Menurut Peraturan Arahan Pejabat Bil 2/1969 yang disediakan di pejabat

dan sila dapatkan tanda tangan daripada pihak pengawal pusat terlebih dahulu.
Tuntutan dalam bulan yang sama hendaklah dibuat dalam satu boring sahaja.
Anda tidak dibenarkan membuat tuntutan melibatkan bulan yang berbeza

dalam satu boring.


Jika terdapat kesilapan semasa menulis, anda tidak dibenarkan menggunakan
pemadam cecair. Yang perlu ialah anda potong dan tanda tangan

ringkas/initial sahaja.
Tuntutan hendaklah diisi dengan lengkap beserta jumlah masa,jarak. Dan

lampiran.
Jenis kenderaan adalah bergantung kepada arahan surat arahan dan kebenaran
pengawal pusat.

Jika anda membuat tuntutan palsu, pihak MARA boleh mengambil tindakan

yang sewajarnya terhadap anda mengikut peruntukan peruntukan berkaitan.


Justeru,anda hendakan senantiasa beramanah dan ikhlas dalam membuat
tuntutan.

23. Jadual Waktu


Semua guru hendaklah berada di dalam kelas mengikut jadual waktu harian yang
telah disusun menepati waktu. Jika guru berkenaan ada sesuatu sebab yang
penting yang tidak membolehkannya masuk kelas, guru terbabit hendaklah
melaporkan hal ini kepada Timbalan Pengetua HEA atau Ketua Jabatan.
24. Buku Persediaan Mengajar
Buku Persediaan Mengajar hendaklah ditulis dengan kemas, teratur dan
senantiasa dikemaskini. Padat dan mengandungi butirbutir yang ditetapkan.
Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahuntuk semakan pada masa yang
ditentukan

oleh

Timbalan

Pengetua

Hal

Ehwal Akademik.

Rekodkan

penyerahannya ke buku yang disediakan. Seperti yang dimaklumi, kegagalan


dalam mematuhinya adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
25. Beban Tugas Mengajar
Bahawa tugas mengajar telah ditetapkan oleh JPA/MARA seperti berikut:
i. 25 selamasa (40 minit/selamasa) minimum seminggu (tidak termasuk
homeroom, kokurikulum, dan subjek khas) bagi guru-guru MRSM.
ii. 12 ke 16 selamasa (60 minit/selamasa) seminggu (tidak termasuk homeroom
dan lain-lain kegiatan luar)bagi guru-guru kolej MARA.
iii. Guru-guru yang mempunyai beban tugas mengajar kurang daripada norma di
atas diwajibkan mengajar selain daripada subjek hakikinya mengikut
keperluan dan budi bicara pengetua.

26. Pencerapan Guru


Setiap
guru
akan

dicerapkan

oleh

pengetua/Timbalan

Pengetua

HEA/HEP/HEK/Ketua Jabatan sekurang-kurangnya sekali dalam satu semester.


Laporannya akan dipanjangkan ke pihak BPL(M).

27. Jadual Ganti


Jadual ganti dibuat apabila seseirang guru atau kakitangan tidak hadir bertugas .
Beban tugas ini akan digilir-gilirkan kepada setiap guru yang difikirkan wajar.
Jadual ganti akan diedarkan dan guru-guru yang terlibat dikehendaki
menandatangani Jadual ganti tersebut dan menunaikan tugas ini.
28. Kerja Kelas

Guru-guru yang dijangka akan terlibat dengan kursus atau cuti atas sesuatu hal
tertentu mestilah menyediakan kerja dan latihan- latihan pelajaran bagi kelaskelas yang diajarnya dan menerangkan juga hal ini kepada Ketua Jabatan sebelum
meninggalkan maktab untuk menghadiri kursus atau cuti tersebut.
29. Jadual Kedatangan
Jadual kedatangan hendaklah ditulis oleh guru kelas secara teratur kemas serta di
tanda pada setiap hari sebelum permulaan waktu kedua. Jadual Kedatangan
hendaklah ditutup pada setiap penghujung bulan. Segala ruangan yang berkenaan
hendaklah diisi dengan lengkap bagi murid-murid yang tidak hadir selama 2 (dua)
hari, tanpa surat doctor. Guru kelas hendaklah memaklumkan kepada penasihat
Homeroom untuk dilaporkan kepada penjaga pelajar berkenaan.

30. Keluar

Waktu

Mengajar/Bekerja

(seperti

arahan

daripada

pihak

berkenaan):
a) Tiada waktu rehat untuk guru dan kakitangan.
b) Guru dan kakitangan hendaklah berada dalam kampus maktab sepanjang
waktu bekerja.
c) Guru dan kakitangan tidak dibenarkan keluar maktab dalam waktu mengajar
atau bekerja kecuali ada suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dengan
syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua. Kebenaran tersebut hendaklah
dicatatkan dalam Buku Rekod Mengajar.
d) Guru dan Kakitangan hendaklah bersedia untuk bertugas tepat pada pukul
7.40 pagi bagi para guru dan 8.00 bagi para kakitangan.
e) Anda digalakkan bersarapan pagi sebelum pukul 8.00 manakala makan tengah
hari pula pada pukul 1.00 tengah hari atau selepas waktu kelas formal.
f) Guru/kakitangan hanya dibenarkan bersarapan di kafe maktab sahaja (jika
mendapat kebenaran). Jika anda keluar daripada maktab semasa waktu
bekerja, maka nama anda beserta nombor pendaftaran kendaraan anda akan
dicatat oleh pihak felsco.
g) Jika berkumpulan dalam satu kendaraan, maka nombor pendaftaran kendaraan
itu akan dicatatkan dan dikira bertanggungjawab.
31. Guru Penasihat Homeroom
a) Setiap guru adalah wajib diberi satu homeroom
b) Ahli Homeroom adalah di antara 12-15 orang
c) Guru penasihat adalah pengganti ibu bapa pelajar
d) Bertanggungjawab dalam merangka dan melaksanakan aktiviti homeroom
e) Setiap aktiviti hendaklah dicatatkan dengan lengkap
f) Lpaoran hendaklah dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak
yang berkenaan
g) Bidang tugas penasihat haruslah selari dengan modul pengurusan Homeroom

h) Setiap guru mestilah menyalurkan maklumat kepada jawatan kyuasa system


merit Homeroom
32. Rahsia Maktab
Guru-guru dan kakitangan tidak dibenarkan sama sekali membocorkan rahsia
maktab. Sila patuhi Perintah Am.
33. Menjaga Nama Baik Jabatan
Tiap-tiap guru dan kakitangan mestilah menjaga nama baik MARA. Mengikut
Perintah AM Bab D24,tindakan tatatertib boleh diambil ke atas kakitangan
kerajaan yang gagal berbuat demikian.
34. Pengeluaran Barang- Barang Bercetak
Sebarang bahan bercetak adalah untuk edaran dalaman sahaja. Risalah-risalah
yang dikeluarkan mestilah tidak berbau atau subsersive. Kebenaran daripada
Pengetua hendaklah diperoleh terlebih dahulu sebelum risalah atau majalah
dicetak, salinannya hendaklah dihantar ke Pejabat Pengetua untuk simpanan dan
rujukan.
35. Penggunaan Alat Alat
Sebarang alat hendaklah digunakan dengan betul iaitu mengikut peraturanperaturan yang telah ditetapkan,
35.1. Kebenaran daripada Ketua Bahagian atau Penjaga stok hendaklah diperoleh.
Segala peminjaman dan pemulangan hendaklah dicatatkan di dalam buku
catatan berkenaan.
35.2. Peminjam bertanggungjawab memulangkan barang yang dipinjam dengan
segera selapas barang berkenaan digunakan dalam keadaan yang baik.
35.3. Jika didapati ada alat-alat yang rosak, perkara ini hendaklah dilaporkan
dengan segera kepada Ketua Unit atau Penjaga Stok.

36. Laporan Mesyuarat dan Aktiviti Luar


Setiap Jabatan mestilah melaporkan kegiatan-kegiatan setelah mengadakan
sesuatu projek atau mesyuarat. Laporan ini hendaklah disampaikan kepada
Pengetua dan difailkan ke dalam fail berkaitan.

37. Lawatan ke Luar Negeri


37.1. Kebenaran daripada Bahagian Sumber Manusia hendaklah diperoleh apabila
guru-guru/staf bercadang melawat ke luar negara atau seberang laut, iatu
dengan menggunakan boring permohonan tertentu yang boleh didapati dari
Pejabat maktab.
37.2. Guru-guru dinasihatkan memberitahu Pejabat apabila meninggalkan negeri
tempat bekerja dalam masa cuti dan juga dalam masa penggal persekolahan.
(Rujuk: Bil. (3) dlm.J.Pel.Pk.4072/64 Pt.11)
38. Laporan Harta Sendiri
Semua guru/kakitangan hendaklah melaporkan sendiri sebagaimana Arahan
Perintah Am Bab D 1969. Borang-borang boleh didapati dari Pengetua, sebarang
pemilik harta baru hendaklah dilaporkan selewat-lewatnya tiga bulan selepas
harta itu dimiliki.
39. Arahan dan Pekeliling
Tiap tiap pekeliling atau arahan yang dikeluarkan Pengetua hendaklah dibaca
dengan teliti dan diambil tindakan perlu. Jika pekeliling atau arahan ini diberi
terus, ia hendaklah difailkan. Jika tidak penting, pekeliling tersebut hendaklah
dimasukkan ke dalam fail berkenaan di Pejabat Sekolah.
40. Gerak Kerja Luar

Gerak kerja luar atau kokurikulum adalah sebahagian daripada pendidikan dan
pengajaran. Guru- guru adalah diwajibkan melaksanakannya. Apabila ada gerak
kerja dijalankan, guru- guru berkenaan diwajibkan hadir.
41. Fail Fail
41.1. Apabila seorang guru menerima fail yang telah diminitkan untuk suatu
tindakan, guru tersebut bertanggungjawab mengambil tindakan mengikut
arahan. Tindakan hendaklah diambil mengikut waktu yang ditetapkan.
41.2. Fail yang dikeluarkan hendaklah dipulangkan selepas diambil tindakan dan
dikemaskini.
42. Keselamatan Makmal-Makmal Sains dan Bengkel- Bengkel
Semua guru yang mengajar di makmal dan bengkel dan guru-guru lain yang
menggunakan bilik bilik berkenaan hendaklah menentukan aspek aspek
keselamatan penggunaan alat alat radas yang digunakan. Alat alat yang telah
digunakan hendaklah disusun atau diatur semula dengan kemas (sila rujuk kepada
Peraturan- Peraturan Makmal Sains/Bilim SRT/Bengkel KH dan sebagainya.
43. Keluar dari Kawasan Maktab
Guru guru dan kakitangan yang terpaksa keluar dari kawasan maktab kerana
sesuatu urusan hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan/PPTK
sebelum mendapat kelulusan Pengetua/Timbalan Pengetua. Kebenaran hanya
diberikan untuk urusan urusan penting yang tidak dapat diselesaikan di luar
waktu maktab.
(Kebenaran keluar hanyalah dengan mengisi boring yang telah disediakan di
pejabat maktab)
44. Kerusi Meja dan Alat Alat dalam Bilik Darjah

Semua guru kelas dikehendaki melaporkan kepada Timbalan Pengetua/PPTK


tentang kerosakan kerusi, meja, alat alat elektrik dan sebagainya yang terdapat
dalam bilik darjah atau bangunan maktab.
45. Hari Guru
Semua guru kelas dikehendaki memberikan kerjasama dalam menjayakan Hari
Guru peringkat maktab, peringkat daerah dan peringkat negeri juga peringkat
kebangsaan apabila dikehendaki.
46. Alamat Masa Cuti
Semua guru dikehendaki meninggalkan alamat mereka melalui Ketua Jabatan
masing-masing sebelum bercuti penggal supaya pihak maktab boleh berhubung.

47. Perhubungan Harian dengan Guru Guru


47.1. Papan Kenyataan Bilik Guru digunakan untuk sebarang berita atau arahan
arahan atau surat surat perkeliling dari pihak atasan MARA/Jabatan
Pelajaran dan Pengetua. Guru guru diminta melihat Papan Kenyataan
Bilik Guru dari masa ke semasa untuk faedah diri sendiri dan maktab.
47.2. Guru guru dilarang membawa orang-orang luar yang tiada kaitannya
dengan urusan maktab ke bilik bilik guru dan bilik bilik lain sekitar
maktab.
48. Pelaksanaan Aktiviti Pelajar
a) Tanggungjawab sepenuhnya terletak di bahu penasihat masing-masing
b) Aktiviti yang dimaksudkan ialah semua aktiviti kokurikulum
(Kelab,persatuan,permainan,pementasan dan seumpama dengannya)
c) Penasihat haruslah memastikan lokasi/tempat/padang/ruang/dewan dalam
keadaan bersih dan selamat.

d) Penasihat haruslah mengambil langkah langkah keselamatan sebelum


operasi bermula
e) Patuhi keperluan dan sempadan masa yang diperuntukkan
f) Tempahan makan dan minum pelajar harus dilakukan awal dan jelas untuk
mengelakkan daripada terjadinya keadaan luar duga
g) Bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan pengangkutan, permohonan awal
juga diperlukan. Pastikan pengangkutan telah diluluskan sebelum memulakan
operasi.

ETIKA PERKHIDMATAN GURU MRSM


A. Hubungan dengan Pelajar
1) Mengutamakan pelajar mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan
sendiri, persatuan, atau masyarakat.
2) Memberi perhatian dan pengajaran kepada semua pelajar tidak kira
bangsa,agama, kepercayaan, atau budaya.
3) Bertindak sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku
(akhlak)pelajar sesuai dengan norma-norma yang diterima oleh masyarakat.
4) Mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tana
mengira asal,keturunan, bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan, fahaman politik, tempat asal, daya intelek, dan lain-lain.
5) Mengesan dan menerima perbezaan setiap pelajar dan membimbing mereka
memperkembangkan potensi diri secara menyeluruh dan harmonis dari segi
jasmani, daya cipta, rohani, intelek dan emosi.
6) Menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat sulit tentang mereka tidak
diberitahu kepada orang lain atau agensi yang tidak berkenaan.
7) Menjaga tingkah laku terhadap pelajar supaya tidak menjatuhkan martabat
profesion keguruan.
8) Tidak mengajar/mendidik pelaja tentang sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara.
9) Bertindak professional bagi meningkatkan keyakinan pelajar dan ibu bapa
terhadap diri dan profesi keguruan.
10) Bertingkah laku terpuji supaya menjadi contoh (role model) kepada pelajar.
11) Tidak menyalahgunakan kepercayaan atau mengeksploitasikan keyakinan
pelajar untuk kepentingan peribadi atau melakukan sesuatu yang tidak
bermoral.

12) Mengambil langkah/tindakan sewajarnya untuk menjaga kesihatan, kebajukan


dan keselamatan pelajar.
13) Menggalakkan pelajar berfikir dan bersikap positif, mengamalkan sikap
toleransi, menghormati undang-undang, dan menanam sikap bekerjasama
pada setiap masa.
14) Memberi ruang untuk pelajar mengembangkan fikiran dan seterusnya member
peluang kepada mereka untuk member pandangan dan pendapat.
15) Menjaga hubungan antara guru dengan pelajar supaya tidak melebihi batasan
sehingga boleh mewujudkan hubungan yang tidak bermoral atau tidak sihat
( contoh : hungan cinta)
B. Hubungan dengan Rakan Sekerja dan Profesion Keguruan
1) Senantiasa menjaga nama baik rakan sekerja
2) Tidak mengkritik rakan sekerja atau kerja yang dilakukan oleh mereka di
hadapan pelajar atau orang lain.
3) Senantiasa member penilaian yang adil dan jujur terhadap rakan sekerja jika
perlu berbuat demikian.
4) Sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman keguruan dengan semangat kerja
berpasukan
5) Tidak menggunakan perhubungan professional antara rakan sekerja untuk
tujuan yang tidak bermoral atau mengeksploitasi perhubungan tersebut.
6) Tidak mengamalkan unsur-unsur diskriminasi antara rakan sekerja
berdasarkan warna kulit, status, bangsa, agama, atau kepercayaan.
7) Meningkatkan
kecekapan
iktisas

melalui

penyelidikan,lawatan,kursus,persidangan, mesyuarat dan lain-lain demi


mencapai matlamat P &P.
8) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan profesion
keguruan.

9) Berusaha menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh


sejajar dengan perkembangan iktisas dan kemajuan social.
10) Menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
C. Hubungan dengan Ibu Bapa
1) Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi
pendidikan dengan keluarga pelajar.
3) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tentang keadaan
rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4) Tidak meinta atau melakukan sesuatu yang sertupa dengannya untuk
mendapat ganjaran atau hadiah daripada ibu bapa atau wakilnya dalam
menjalankan tugas.
5) Mengelakkan diri daripada diperguna atau dipengaruhi oleh kedudukan sisial
dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga
mereka.
7) Memberi maklumat kepada ibu bapa dan menggunakan maklumat yang
diterima daripada mereka secara teliti dan bijaksana demi kepentingan anakanak mereka.

Anda mungkin juga menyukai