Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN PENGURUSAN KOKURIKULUM SKPP9(2)

KEWAJIBAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH: Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996(Akta 550)} Kegagalan atau keenganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu tinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550} Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986, KP(BS)8591/jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986) A. KEGIATAN KOKURIKULUM 1. Tugasan dalam bidang kokurikulum adalah tugasan rasmi dan setiap guru dikehendaki mematuhi jadual kokurikulum yang ditetapkan oleh sekolah. 2. Setiap guru diperuntukkan sekurang-kurangnya 2 jam dalam seminggu dan dikehendaki mematuhi masa tersebut. 3. Kedatangan guru haruslah menepati masa yang ditetapkan dan kehadiran hendaklah dicatat dalam Buku Kedatangan di pejabat sekolah. 4. Kehadiran adalah dianggap sebagai satu tugas rasmi dan guru yang tidak hadir atau guru yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. 5. Kawalan disiplin dan keselamatan murid-murid yang menghadiri sesuatu aktiviti kokurikulum adalah menjadi tanggungjawab guru-guru yang bertugas mengendalikan aktiviti berkenaan. 6. Sebarang pindaan kepada masa yang ditetapkan dalam jadual berkenaan adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan kesulitan pada pihak murid dan ibu bapa atau penjaga murid 7. Laporan kegiatan dari awal hingga keakhir hendaklah dicatat oleh guru penasihat berkenaan mengikut prosedur tetap pelaksanaan kokurikulum sekolah. B. PERATURAN-PERATURAN GERAKERJA KOKURIKULUM SEKOLAH 1. PENUBUHAN & PENDAFTARAN UNIT GERKO KP, UB & SP. Setiap pemimpin/guru penasihat perlu mengemukakan Surat permohonan penubuhan KP atau SP dengan mengemukakan draf perlembagaan, ahli jawatankuasa penaja dan draf aktiviti asas kepada: 1. Guru Besar sebagai Penolong Pendaftar Sekolah. 2. Pendaftaran UB pula perlu mendapat borang pendaftaran daripada Pesuruhjaya Daerah dan mestilah mendapat kebenaran daripada JPNS. 3. Surat permohonan mengutip derma keahlian kepada Guru Besar Setiap pemimpin/guru penasihat mesti menerima:1. Surat perlantikan sebagai pemimpin/penasihat KP, UB, SP. 2. Surat kelulusan penubuhan. 3. Surat penurunan kuasa serta senarai tugas dan tanggungjawab 4. Surat kelulusan mengutip derma keahlian.

2. PENYERTAAN/KEAHLIAN Semua pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam gerakerja kokurikulum sekolah iaitu :Satu gerakerja pakaian seragam (Pasukan Unit Beruniform), satu gerakerja kelab dan persatuan serta satu gerakerja sukan dan permainan. Masa yang diperuntukkan adalah 60 minit seminggu untuk Tahun 3 dan 4 dan 120 minit seminggu untuk tahun 5 dan 6. Bagi pelajar-pelajar yang cacat mereka juga tidak dikecualikan dari menyertai aktiviti kokurikulum. Tiap-tiap pelajar dikehendaki :1. Mengisi borang permohonan menjadi ahli. 2. Mengisi borang-borang penyakit kronik. 3. Mengisi borang kebenaran ibubapa/penjaga. 3. KEHADIRAN Kedatangan adalah wajib dan setiap pelajar dikehendaki hadir dan menyertai kegiatan yang diambil/dipilih. Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana sakit hendaklah menunjukkan surat sakit. Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir kerana hal-hal lain hendaklah membawa surat perakuan ibubapa/penjaga. Surat peringatanPertama/Kedua/Ketiga akan dikeluarkan pada ibubapa/penjaga pelajar tersebut jika pelajar tersebut tidak hadir tiga kali berturut-turut. Ibubapa/penjaga dikehendaki mengisi borang pemberitahuan tidak hadir kokurikulum Kesannya, apabila pelajar tidak dapat hadir kokurikulum tiga hari berturut-turut tanpa sebarang sebab, maka pelajar itu boleh digugurkan dari menjadi ahli dan tidak layak menerima sijil kokurikulum. Tiap-tiap kedatangan akan diambil (direkodkan dalam jadual kedatangan) dan kad kedatangan yang terdapat pada murid akan disahkan oleh guru bertugas/panasihat. Kehadiran yang kurang daripada 70% tidak akan dicatat dalam surat akuan. 4. PAKAIAN Pakaian seragam sekolah, Pakaian seragam pasukan yang disertai Pakaian yang dibenarkan untuk gerakerja sukan Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian lain daripada yang ditetapkan di dalam Buku Panduan Disiplin Sekolah (contohnya :- berselipar ketika mengikuti kegiatan kokurikulum) 5. KESELAMATAN DAN DISIPLIN Pelajar-pelajar hendaklah mengutamakan segala peratura sekolah dan peraturan-peraturan gerakerja kokurikulum sekolah Pelajar-pelajar hendaklah mengutamakan keselamatan dalam semua kegiatan dan penggunaan alat. Pelajar dikehendaki mengisi surat akuan kebenaran ibubapa/penjaga apabila menyertai sesuatu aktiviti kokurikulum samada di dalam atau di luar sekolah Guru pengawas/pengiring hendaklah memaklumkan secara bertulis (mengisi borang makluman murid yang mengikuti kegiatan kokurikulum) kepada :1. Guru penasihat UB/KP/SP yang berkenaan jika aktiviti itu berjalan pada masa kokurikulum 2. Guru kelas jika ketiak itu waktu persekolahan biasa 3. Guru Besar sekolah agama jika ketiak itu melibatkan waktu persekolahan sekolah agama. 6. KAD KEDATANGAN Kad ini hendaklah dibawa pata setiap kali pelajar menghadiri gerakerja kokurikulum dan hendaklah diserahkan sendiri kepada guru pengawas/penasihat atau pemimpin untuk ditandatangani. Keselamatan kad ini adalah tanggungjawab pelajar sendiri Kad ini hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing tiap-tiap akhir penggal persekolahan.

7. PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN Setiap pelajar atau kela/persatuan /pasukan bertanggungjawab bagi menjaga dan menjamin kemudahan dan peralatan sekolah yand digunakan itu dalam keadaan baik. Buku penggunaan alatan keluar/masuk hendaklah dilengkapkan oleh guru berkenaan. Peralatan yang merbahaya hendaklah digunakan dengan kebenaran dan kehadiran gur pengawas/penasihat atau pemimpin. Pelajar-pelajar adala dibenarkan membawa peralatan sendiri semasa menghadiri kwgiatan yang dipilih jika diarah atau diperluakan oleh guru pengawas/penasihat/pemimpin 8. PERJALANAN GERAKERJA KOKURIKULUM Tiap-tiap persatuan/kelab/pasukan hendaklah mempunyai:1. Perlembagaan sendiri 2. Senarai guru penasihat dan ahli jawatankuasa 3. Bilingan ahli lelaki/perempuan serta senarai nama ahli mengikut kelas 4. Buku rekod kedatangan ahli 5. Takwim/perancangan setahun unit berkenaan 6. Senarai kutipan derma ahli 7. Buku laporan aktiviti mengguan yang dijalankan Tiap-tiap pelajar hendaklah memastikan namanya telah didaftarkan (sah) di dalam daftar persatuan/kelab/pasukan. Setiap kali aktiviti berlangsung, ketua pasukan, pengerusi atau ketua kumpulan hendaklah memastikan bahawa guru pengawas / pemimpin / penasihat ada bersama. Aktiviti tidak boleh berlangsung tanpa pengawasan guru atau diwakilkan kepada ketua kumpulan/ketua pasukan atau pengerusi persatuan/kelab/pasukan Jika menyertai sesuatu aktiviti / pertandingan, PROSEDUR no 5 di atas hendaklah digunakan: 1. Satu borang laporan pencapaian hendaklah dilengkapkan 2. Tuntutan perbelanjaan aktiviti kokurikulum juga hendaklah dibuat (jika ada kaitan) Jika sesuatu program yang besar hendaklah dilaksanakan (contohnya: Hari Perkhemahan Sekolah, Hari Kelab & Persatuan atau Hari Sukan/permainan guru penyelaras akan membentangkan kertascadangan/kertas konsep. Satu laporan tahunan kokurikulum unit masing-masing hendaklah disiapkan pada akhir persekolahan mengikut format yang ditentukan Penyeliaan akan dilakukan dari semasa ke semasa 9. KEWANGAN Tiap-tiap pelajar dikehendaki menjelaskan derma pendaftaran/derma keahlian mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh perlembagaan kelab/persatuan/pasukan masing-masing yang telah diluluskan oleh penolong pendaftar. 10. KAD PELAPORAN DAN PENGHARGAAN Guru penasihat akan melengkapkan kad pelaporan pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum pada akhir persekolahan tahun berkenaan. Sijil penghargaan, sijil keahlian dan sijil penyertaan akan diberikan kepaa pelajar yang terlibat. Pelajar paling aktif dalam Unit Beruniform, Kelab/Persatuan serta Sukan/Permainan akan dianugerahkan penghargaan dalam bentuk cenderahati kepada pelajar lelaki dan perempuan pada Hari Anugerah Kegemilangan Pelajar sekolah. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform 1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. 2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. 3. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.

4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. 5. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 7. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum 8. Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 9. Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum. 10. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:(Borang penyertaan persatuan/Borang senarai AJK dan ahli/Buku laporan aktiviti) 11. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod. 12.Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. Tanggungjawab Setiausaha Sukan 1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah. 2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM. 3. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan. 4. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan. 5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. 6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. 7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah. 8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan. 9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. 10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. 11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. 12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah. 13.Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum 1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. 2. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar. 3. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan sukan/permainan. 4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi. 5. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik. 6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi. 7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka. Powered by cikgusham77blogspot

Anda mungkin juga menyukai