Anda di halaman 1dari 2

1.

PENDAHULUAN
Perkhemahan Unit Beruniform (remop) merupakan aktivitI pasukan badan beruniform yang
disertai oleh ahli semua pasukan unit beruniform smk Tasek dan SMK Bandar Tsek Mutiara.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang
pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga
perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan
berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang
perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai
permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang
cemerlang, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
2. LATAR BELAKANG
Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua
anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
Pada tahun 2007, dijangkakan sejumlah 120 orang peserta akan menyertai Perkhemahan Unit
Beruniform(REMOP). Program ini akan melibatkan sejumlah 8 orang Pegawai dan Jurulatih serta 20
orang pembantu bagi melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan, reakrasi,dan
kerohanian/moral dalam perkhemahan.

3. RASIONAL
3.1 Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin
yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.
3.2 Tema tahun 2007 ialah INTEGRASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN .
4. OBJEKTIF
4.1 Melahirkan AHLI yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan
yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan
secara menyeluruh.
4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri setiap peserta.
4.4 Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang
pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.
5. KONSEP PERKHEMAHAN
5.1.

Pemantapan Intergrasi
5.1.1 Pengagihan peserta kepada 4 platun
5.1.2 Intergrasi melalui aktiviti
5.1.3
Memasak berkumpulan

5.2.

Pertandingan
5.2.1 Kawad Individu mewakili kumpulan /platun
5.2.2 Seni Perkhemahan
- Pintu Gerbang

Gajet
Kraf Perkhemahan
5.2.3 Pertandingan Persembahan
- Kategori Putera
- Kategori Puteri
5.3 Khidmas
5.3.1 Gotong royong membersih kawasan perkhemahan.
5.4 Kerohanian dan moral
5.4.1 Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam
5.4.2 Ceramah Moral bagi yang bukan Islam
6. PELAKSANAAN
6.1

TARIKH

6.2

TEMPAT PERKHEMAHAN
Pantai Merdeka Resort, Pantai Merdeka, Kedah

Anda mungkin juga menyukai