Anda di halaman 1dari 4

Klasifikasi Masalah Sebagai Masalah Etika Dalam Pengurusan

Masalah Pelanggan
Di dalam situasi ini pegawai yang meminta wang saguhati itu adalah dianggap sebagai
meminta rasuah. Ini kerana melalui pemberian itu pegawai berkenaan akan meluluskan
permohonan yang diterima daripada pelanggan. Masalah ini dikategorikan sebagai masalah
khidmat pelanggan yang lemah. Pengurusan pegawai tersebut seharusnya memberikan
perkhidmatan yang terbaik untuk memudahkan semua urusan pelanggan mereka. Tetapi
sebaliknya, pegawai ini meminta wang saguhati sebagai kerja yang akan dilakukan mereka.
Lantaran itu perkhidmatan mereka akan berkurang produktiviti kerana pegawai ini akan
menjalankan kerja sekiranya dia menerima wang. Jika tidak menerima pegawai ini tidak akan
menyelesaikan tugas ini walaupun itu adalah tugas rasmi yang perlu diselesaikannya.
Adalah menjadi keutamaan pegawai berkenaan untuk membantu memudahkan setiap
pelanggan yang dating ke pejabat mereka. Setiap permasalahan pelanggan seharusnya
diselesaikan dengan langkah yang bijak dan berhemah. Tindakan pegawai meminta wang
saguhati adalah bertentangan sama sekali etika pekerja terhadap pelanggan mereka.
Sekiranya pelanggan yang tidak mahu memberikan wang saguhati kepada pegawai
berkenaan, maka proses untuk menyelesaikan kehendak pelanggan tidak dipenuhi atau
tegendala. Ini menyebabkan banyak permohonan tidak dapat diputuskan. Lantaran itu banyak
kes pelanggan telah tertunggak di pejabat berkenaan. Untuk menyelamatkan keadaan
pegawai berkenaan, maka dokumen yang dibawa oleh pelanggan itu disimpan di dalam
laci.

Masalah Komuniti
Di dalam situasi ini, pegawai berkenaan telah mewujudkan satu masalah komuniti yang amat
berat. Hubungan antara pegawai dan pelanggan yang akan berurusan menjadi terbatas.
Pelanggan tidak akan dapat menyelesaikan urusan mereka sekiranya tidak membayar wang
saguhati. Pelanggan yang tidak mempunyai wang akan tegendala urusan mereka untuk
membuat sesuatu permohonan untuk kelulusan. Ini memberikan tekanan kepada pelanggan
yang semestinya terdesak untuk mendapat kelulusan permohonan berikut. Pegawai ini

seharusnya memikirkan tugas dan peranan beliau untuk menjalankan tugas denga penuh
etika.

Di dalam komuniti akan menjadi perbualan dan tajuk utama. Sekiranya hendak
meluluskan sesuatu permohonan perlulah menyediakan duit kopi untuk pegawai berkenaan.
Oleh kerana pegawai berkenaan melakukan perbuatan yang tidak beretika ini, menyebabkan
keseluruhan organisasi itu menjadi buruk. Setiap kali pelanggan ingin berurusan dengan
organisasi itu, maka orang ramai akan beranggapan perlu menyediakan wang. Lantaran itu
sebagai sebuah organisasi yang membantu memudahkan pelanggan akan menjadi buruk
dengan perwatakan pengawai berkenaan.

Masalah Hubungan Antara Pekerja


Di dalam situasi ini juga akan menimbulkan konflik antara pegawai yang meminta wang
saguhati dengan pegawai lain yang menjalankan tugas dengan amanah. Konflik ini berlarutan
menjadikan situasi tempat kerja menjadi tidak sihat. Pegawai ini akan menjadi perbualan di
atas tindakan yang selalu diambil kepada pelanggannya. Konflik juga bertambah rumit kerana
mereka diugut sekiranya memberitahu kepada pegawai atasan. Langkah yang berani pegawai
ini memberikan tekanan kepada pegawai yang lain.
Pertikaman lidah antara pegawai ini menyebabkan keadaan persekitaran tempat kerja
menjadi tidak selesa. Setiap hari mereka berhadapan dengan situasi rumit ini. Tekanan
perasaan oleh pegawai lain menjadikan tempat kerja tidak menarik. Setiap kali pertembungan
muka dua pihak ini akan bermasam muka. Permasalahan hubungan tempat ekrja ini akan
menjadikan kualiti mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan akan menurun.

Masalah Kualiti Perkhidmatan


Susulan dengan keadaan ini, kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah berkurangan.
Pegawai ini akan hanya memikirkan keuntungan hasil kerja yang dilakukan. Manakala
kepuasan pelanggan tidak diberikan perhatian. Setiap masa pegawai ini akan menilai
keuntungan yang akan diperolehinya tanpa mengambil kira keberkatan hidup hasil daripada

wang haram ini. Sekiranya pelanggan berkurangan berurusan dengan beliau maka pulangan
hasil ini juga akan berkurangan. Maka seterusnya kan menjadikan permasalahan kewangan
yang menjadi isu utama dalam kehidupannya.

Analisis Tentang Masalah Etika Yang Dikenal Pasti Dalam Pengurusan


Di dalam situasi ini analisis kaedah masalah dapat dijalankan secara tiga kaedah iaitu Analisis
Ekonomi, Analisis Undang-Undang dan Analisis Etika. Menjadi persoalan utama tntang
permasalahan ini iaitu amalan rasuah oleh pegawai Pejabat Majlis Daerah.

Analisis Ekomoni
Pegawai ini adalah pegawai yang berpangkat rendah. Dia mempunyai gaji yang rendah.
Lantaran itu desakan ekomoni memungkinkan dia mengambil jalan pintas untuk
menyelesaikan masalah. Kehidupan dia juga menjadikan semakin boros membelanjakan
banyak keperluan yang tidak sepatutnya dibelikan. Akibat mendapat wang secara segera
tanpa bersusah payah maka kehidupan yang mewah telah diamalkan oleh pegawai ini. Wang
itu banyak dihabiskan untuk hiburan semata-mata. Keadaan ekonomi pegawai ini menjadi
tidak stabil akibat pengurusan kewangan yang tidak teratur. Keadaan pegawai ini mejejaskan
pendapatan orang lain yang amat terhad.
Analisis ekonomi juga dapat diihat kepada pelanggan yang berurusan dengan pegawai
ini. Kesempitan hidup untuk menjaja dan berniaga secara kecil-kecilan telah diambil
kesempatan oleh pegawai yang tidak bertanggungjawab ini. Keadaan ekonomi penjaja ini
semakin tertekan dengan karenah oleh pegawai ini. Pegawai ini telah menekankan
kesempitan hidup penjaja ini menjadi keadaan ekonomi menjadi lemah.

Analisis Undang-Undang
Jika dilihat kesalahan pegawai ini amatlah berat. Pegawai ini boleh disabitkan kesalahan di
bawah akta SPRM. Secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda
nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Pegawai ini mengetahui

akan hukuman yang bakal diterimanya namun begitu segala ini diabaikan untuk memenuhi
kehendak dan kepuasan berhibur.

Anda mungkin juga menyukai