Anda di halaman 1dari 2

1.

Refleksi P&P Yang Lalu

Semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran (Pdp) dijalankan, didapati murid-murid prasekolah
masih lemah dalam menguasai kemahiran meyebut huruf vokal. Guru mencuba mengajar
dengan pelbagai kaedah namum keberkesanan murid-murid ini untuk menguasai kemahiran
menyebut huruf vokal tidak mencapai objektif yang dirancang. Guru menekankan kaedah
latih tubi sebutan secara tradisional namun tidak mencapai matlamat.

Guru meneruskan pengajaran menggunakan lembaran bacaan untuk menjadikan


murid-murid prasekolah lebih mengingat apa yang dipelajari. Namum masih lagi gagal untuk
menjadikan murid-murid prasekolah ini menguasai kemahiran ini. Guru menilai kemenjadian
murid-murid ini dari aspek perkembangan lain. Didapati kanak-kanak ini amat lemah dalam
menguasai sesuatu kemahiran. Guru seringkali mengalami kerumitan untuk menyelesaikan
masalah mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Guru mengajar murid-murid yang lain
dengan cepat namun murid-murid yang mengalami masalah ini sukar untuk menguasai
kemahiran yang dikuasai oleh guru.
Guru sering kali mengalami masalah kurang maklum balas daripada murid-murid ini.
Guru terpaksa merancang masa yang panjang untuk menjalankan Pdp kepada murid-murid
ini. Akibatnya, kanak-kanak yang berjaya menguasai kemahiran diajar akan kurang perhatian.
Ini kerana memberikan tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang lemah ini. Tumpuan
yang lebih kepada murid-murid ini, aktiviti pengukuhan kepada kanak-kanak yang lain tidak
dapat dijalankan dengan berkesan.

Daya ingatan murid-murid ini lemah untuk mengingat huruf vokal dengan baik.
Murid-murid ini kerap kali melakukan kesilapan menyebut huruf vokal dengan baik. Sejajar
dengan itu, ada kalanya murid-murid ini malu dengan rakan mereka untuk menyebut huruf

vokal kerana bimbang sebutan mereka salah. Ini juga menyebabkan mereka menjadi lebih
pasif dan menyendiri. Murid-murid ini tidak mahu melibatkan diri dalam sesi pembelajaran
secara aktif. Akibatnya mereka sentiasa ketinggalan dalam pembelajaran. Kemahuan untuk
meneruskan kemahiran yang lain juga menjadi rendah.

Anda mungkin juga menyukai