Anda di halaman 1dari 7

Ciri-Ciri Guru Cemerlang Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan

pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu: 1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas. 2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan. Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1. Kecemerlangan Peribadi Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif Berakhlak mulia Adil Bertimbang rasa Amanah Bertanggung jawab Kreatif Inovatif Kemas Sikap sedia berkongsi Bersikap terbuka Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel. Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan. 5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa

Bertanggung jawab Berakhlak mulia Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciriciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini. Posted by Deria at 3:24 PM

HUBUNGAN GURU MURID PENGENALAN hubungan guru murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran murid hubungan yang positif antara guru - murid boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak MEMBINA HUBUNGAN GURU - MURID komunikasi yang berkesan perlu antara guru - murid untuk sama-sama mencapai objektif p&p guru perlu sentiasa mengwasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang dihadapi mereka guru perlu memahami masalah yang dihadapi murid komunikasi yang berkesan akan meningkatkan prestasi murid guru yang menghormati dan peka dengan murid tetapi dalam masa yang sama tegas dan menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati oleh murid mewujudkan suasana demokratik dalam bilik darjah guru dan murid bersama-sama berkongsi tanggungjawab di dalam bilik darjah kepentingan membina hubungan guru - murid

kepada guru o menaikkan motivasi dan semangat guru o murid lebih senang dikawal o memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru o menaikkan imej guru kepada murid o murid lebih minat belajar o murid lebih memberikan kerjasama kepada guru o meningkatkan pencapaian akademik murid o murid lebih bermotivasi untuk belajar faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru - murid penampilan dan bahasa badan guru menunjukkan contoh teladan yang baik persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah strategi membina hubungan positif guru - murid ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik darjah agihkan tanggungjawab bersama tetapkan jangkaan yang realistik tunjukkan keprihatinan masukkan unsur kecindan dalam komunikasi amalan budaya penyayang hormat autentik keprihatinan integriti emosi

menggalakkan integriti emosi dalam kalangan murid strategi mengamalkan budaya penyayang menerapkan elemen mengambil berat o membina semangat kekitaan dan kepunyaan dalam bilik darjah o hormat menghormati o guru komited dengan usaha mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan pelajar dinamika bilik darjah dinamika bilik darjah ialah apabila sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya menggerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama o dinamika kumpulan boleh dikenal pasti memalui kajian sosiometri o kajian sosiometri membantu guru melihat pola persahabatan/kumpulan dalam bilik darjah o penularan ciri-ciri atau tingkah laku ahli kumpulan dinamika yang diikuti dan mempunyai pengaruh kepada ahli kumpulan yang lain faktor- faktor yang membentuk dinamika kumpulan 1. jantina 2. agam/bangsa 3. status sosioekonomi peranan guru dalam dinamika kumpulan kanal pasti bentuk dinamika perhatian kepada murid yang tersingkir guakan kuasa penularan bimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang diingini guru sebagai ketua dinamika bilik darjah sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru-murid Dipetik daripada buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku oleh Shamsina Shamsuddin Niat dan salam Niat yang baik dan disusuli dengan tindakan yang baik akan menghasilkan natijah yang baik. Guru yang memulakan hubungan dengan niat untuk mendidik, membimbing dan mengajar dengan tujuan memperkembangkan ilmu, kemahiran serta potensi diri murid secara jujur dan ikhlas akan lebih disenangi oleh murid. Apabila hubungan itu dikaitkan dengan kerana Allah, maka hubungan itu akan dapat dipertanggungjawabkan. Masuklah ke kelas dengan memberi salam terlebih dahulu dan bukannya berdiri dan menanti murid-murid memberi salam seperti yang menjadi amalan lazim. Ini dapat mengelakkan rasa superior guru dan inferior murid. Penerimaan tanpa syarat (unconditional positive regards) Penerimaan tanpa syarat merujuk kepada sikap menerima dengan mesra serta menghormati guru dan murid sebagai individu dan ahli kelompok dalam bilik darjah secara ikhlas. Guru dan murid adalah manusia yang mungkin sebelumnya pernah tersilap dan berbuat salah. Namun begitu, secara fitrah, manusia sentiasa mempunyai ruang untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik dan positif daripada sebelumnya. Apabila guru dan murid sama-sama menjadi ahli komuniti bilik darjah, berbaik sangka tanpa membuat pertimbangan untuk menghukum berdasarkan peristiwa atau pengalaman lalu, mereka akan dapat mewujudkan hubungan interpersonal yang baik. Suasana rapport akan membuatkan murid merasa selamat untuk belajar. Apa yang paling utama, melalui penerimaan tanpa syarat ini, sikap saling menghormati akan berkembang. Guru yang dapat menghormati muridmuridnya akan membuatkan murid-murid menghormati guru seterusnya akan mula menghargai ruang, harta dan masa ahli komuniti bilik darjah, sekolah dan masyarakat sekolah amnya. Empati Empati murujuk kepada keupayaan guru untuk memahami perasaan murid-muridnya seolah-olah guru berada dalam keadaan itu. Keupayaan untuk berempati bergantung kepada keupayaan guru mengenalpasti dan merasakan perasaannya sendiri. Tidak semua murid datang ke sekolah dengan keadaan gembira. Tekanan, gangguan serta peristiwa tertentu boleh mempengaruhi perasaan murid yang akan dibawa bersama ke sekolah lalu menjejaskan proses pembelajaran. Empati juga melibatkan pendengaran yang baik atau lebih dikenali sebagai pendengaran reflektif. Ia merupakan satu bentuk kemahiran komunikasi yang melibatkan pendengaran penggunaan perkataan-perkatan melibatkan perasaan yang menyokong bahasa badan. Dengan mengumpulkan lebih banyak maklumat tentang perasaan murid, guru akan lebih mengenali dan memahami mereka. Murid pula pada masa yang sama merasakan diri mereka difahami dan dihargai. Hal ini dapat meningkatkan harga diri murid ketika berada dalam kecelaruan perasaan. Ketulenan dan kongruen Ketulenan dan kongruen pula bermaksud sebenar, jujur dan tidak bermaksud jahat dalam perhubungan interpersonal. Guru perlu menjadi dirinya yang sebenar dan tidak berpura-pura atau cuba menjadi seperti orang lain yang lebih berkuasa. Seperti

murid, guru juga mempunyai kelemahan-kelemahan diri. Akuilah kelemahankelemahan diri walau pun kelemahan-kelemahan tersebut tidak dikongsikan dengan murid. Keadaan ini akan merapatkan jrang perbezaan antara guru dan murid. Murid pula akan merasakan dirinya selamat, diterima, diberikan perhatian dan dipercayai. Kehadiran guru Guru perlu menghadirkan diri setiap kali ia perlu berada di dalam bilik darjah atau ketika menjalankan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bersama murid. Guru juga perlu hadir semasa menjalankan kegiatan kokurikulum atau semasa aktiviti lain yang diperlukan bersama seperti jamuan kelas, kelas tutorial atau kelas-kelas tambahan yang diadakan. Ketiadaan guru menggambarkan bahawa guru tidak prihatin serta tidak mengambil berat tentang perkembangan dan pertumbuhan murid-muridnya. Sekiranya guru tidak dapat menghadirkan diri, sebab dan puncanya perlu diperjelaskan kepada murid. Elakkan daripada membuatkan murid tertanya-tanya sedangkan mereka telah pun hadir. Seperti mana murid dianggap melanggar prosedur, guru yang tidak hadir tanpa diketahui sebab yang dapat diterima, sebenarnya telah melanggar prosedur kelas yang dibuat bersama. Kehadiran guru atau ketidak hadiran dengan sebab yang boleh diterima sebenarnya akan memperkukuhkan kepercayaan murid bahawa guru sememangnya menyayangi dan mengambil berat tentang mereka. Sebaiknya, sekiranya guru tidak dapat hadir, murid dimaklumkan lebih awal atau sediakan guru ganti yang akan memantau aktiviti murid-murid. Kesegeraan guru (Teacher immediacy) Kesegeraan guru didefinisikan dari perspektif komunikasi oleh Andersen (1979) sebagai satu set tingkahlaku lisan dan bukan lisan yang mendedahkan kesediaan guru untuk mendekati serta didekati oleh murid. Penggunaan tingkahlaku kesegeraan guru dapat meningkatkan kedekatan hubungan ( closeness) dan menghasilkan sikap positif dengan mengurangkan faktor jarak fizikal dan psikologikal antara dua pihak yang berkomunikasi (Mehrabian, 1969). Guru yang menunjukkan tingkahlaku kesegeraan dapat mengurangkan jarak psikologikal dengan menghargai dan mengakui pandangan serta ide murid, menggunakan maklumbalas serta input daripada murid ke dalam pengajarannya, kesediaan untuk berkomunikasi dan kesediaan untuk melibatkan diri dalam bentuk interaksi bersemuka. Guru yang menggunakan kesegeraan lisan dan bukan lisan lebih bercirikan kemanusiaan (more human) dan boleh didekati oleh murid. Komunikasi Guru - Murid Komunikasi merupakan satu bentuk hubungan dua hala. Adalah amat penting untuk guru mengamalkan komunikasi yang jelas dan ringkas semasa berhubung dengan murid ketika menyampaikan pelajaran, peraturan dan ekspektasi. Apabila guru berkomunikasi secara jelas, murid akan memperolehi panduan ke arah kejayaan. Komunikasi juga melibatkan proses mendengar dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai