Tarikh : 4 Ogos 2014 Hari : Isnin Masa : 8.15 - 9.15 pagi Tema : Benda di sekeliling kita Kemahiran : 18. Perkataan kvkvkk Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat 1. Menyebut nama benda dengan perkataan kv +kvkk dengan betul. 2. Mengeja perkataan kv + kvkk dengan betul. 3. Menulis perkataan kv +kvkk berdasarkan gambar dengan betul. Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari kemahiran kvkk dalam sesi pembelajaran terdahulu. Bahan Bantu Mengajar : 1. Kad gambar 2. Kad perkataan 3. Lembaran kerja 4. Bola
Langkah Aktiviti Pengajaran
Set Induksi
Permainan kotak beracun 1. Murid disusun secara bulatan. 2. Guru menyediakan satu kotak yang mengandungi kad perkataan yang telah dipelajari. 3. Guru membunyikan muzik. 4. Kotak perkataan akan digerakkan dari seorang murid kepada murid yang lain. 5. Apabila muzik diberhentikan murid yang memegang kotak akan mengambil salah satu kad di dalamnya dan membaca perkataan tersebut. 6. Jika murid menyebut dengan betul perkataan tersebut guru memuji murid tersebut dan jika salah akan diperbetulkan oleh rakan sebaya dan guru. 7. Permainan diteruskan sehingga 5 pusingan.
Langkah 1
1. Memaparkan kad gambar dan murid menyebut.
2. Memaparkan kad perkataan.
3. Murid mengikut guru mengeja dan menyebut. 4. Murid-murid mengeja secara berkumpulan. 5. Mengeja secara individu. 6. Latih tubi mengeja dan menyebut. 7. Memadankan gambar dengan perkataan.
kambing kentang kumbang gendang gunting
Langkah 2 Permainan boling perkataan
1. Guru menyusun 10 kotak secara melintang. 2. Murid-murid beratur 3 meter di hadapan kotak. 3. Murid pertama membaling bola ke arah kotak. 4. Jika kotak tersebut jatuh, murid tersebut akan mengambil kad yang terdapat di dalam kotak itu. Jika gagal menjatuhkan kotak peluang diberi kepada murid berikutnya. 5. Murid membaca kad yang terdapat di dalam kotak itu. 6. Jika murid tersebut dapat menyebut perkataan itu 2 markah akan diberikan. Jika gagal menyebut perkataan tersebut, murid tersebut tidak akan mendapat 2 markah. 7. Seterusnya peserta ke dua akan membaling bola, mengikut langkah seperti peserta di atas.
Penutup
1. Murid memerhati kad-kad Perkataan KV + KV + KVK yang guru imbaskan. 2. Murid membaca bersama. 3. Murid mendengar denga teliti penjelasan tentang lembaran kerja yang diedarkan. 4. Murid menyiapkan lembaran kerja.