Anda di halaman 1dari 1

Cerita Si Korona

Hai, namaku Korona. Aku adalah sejenis virus. Ukuranku sangat kecil. Kamu semua tidak boleh
melihatku. Aku dan teman-temanku suka bermain dengan kanak-kanak yang bermain , orang yang tidak
memakai pelitup muka dan orang ramai yang suka menyentuh barang-barang tanpa sanitize semula.

Aku dan rakan-rakanku menyebabkan manusia sakit. Manusia yang terkena aku, akan demam,
batuk, bahkan sesak nafas. Manusia jadi takut kepadaku.

“Hai kawan-kawani,, jom duduk rumah. Kita semua takut dijangkiti Si Korona”. Itulah yang aku
dengar apabila manusia lari ketakutan apabila mendapat tahu aku telah masuk ke kawasan mereka.
Masalah utama aku adalah apabila manusia mula membuat pelbagai cara untuk mengelak aku
menjangkiti mereka. Para saintis , doktor dan jururawat merupakan musuhku yang paling aku benci.

Untuk mengelakkan aku dari menjangkiti diri kamu wahai manusia, pertama, cucilah tangan
dengan sabun selama 20 saat. Ingat 7 langkah membersihkan tangankan? Kedua, kamu haruslah makan
makanan berkhasiat supaya badan kamu sentiasa sihat. Ketiga, kamu haruslah memakai mask ketika
keluar dari rumah. Keempat, rehatlah di rumah jika kamu telah mempunyai gejala seperti demam,
selsema dan batuk. Keempat, elakkan diri daripada berkumpul di tempat awam. Kelima, pakailah mask
dan bawa sanitizer ke mana-mana.

Sekarang, para saintis telah berjaya menemui vaksin untuk mengelakkan aku dari terus
menjangkiti manusia.

Alamak, macamana ni? Jom kawan-kawan, kita lari dari manusia..........

Itulah cerita aku Si Korona virus. Jika berterusan manusia mengkaji, maka sudah tentu lah aku
pupus dari dunia ini........emmmm... mana lah aku nak pergi ni..

Anda mungkin juga menyukai