Anda di halaman 1dari 1

Jaga Kebersihan (BA:ms:31)

Selesai ceramah, Imran mengambil peluang bertanyakan beberapa soalan kepada


Dr Ihsan.
Imran : Dr Ihsan, bolehkah saya bertanya beberapa soalan?
Dr. Ihsan : Boleh, silakan.
Imran : Dr Ihsan, bagaimanakah caranya untuk menjaga kebersihan
kulit?
Dr. Ihsan : Jangan berkongsi barangan peribadi seperti tuala kerana boleh
menyebabkan jangkitan kulit seperti kudis dan ketuat.
Imran : Baiklah, doktor. Saya tidak akan berkongsi barangan peribadi.
Dr. Ihsan : Selain itu, janganlah pakai pakaian lembap. Pastikan pakaian
betul-betul kering.
Imran : Kalau begitu, akan saya pastikan pakaian saya betul-betul
kering sebelum menggunakannya.
Dr. Ihsan : Usah risau. Jika kamu menjaga kebersihan diri dan
persekitaran, kulit kamu tidak akan menghadapi masalah.
Imran : Ya, doktor. Saya tidak akan mengabaikan kebersihan diri dan
persekitaran.
Dr Ihsan : Jika menghadapi sebarang masalah kulit, silalah pergi ke klinik
kesihatan yang berdekatan.
Imran : Saya akan ingat pesanan doktor. Saya akan pergi ke klinik
berdekatan jika menghadapi sebarang masalah kulit.

Anda mungkin juga menyukai