Anda di halaman 1dari 13

CERITA SI

KORONA VIRUS
Pada tahun 2019, virus Covid-19 melanda dunia. Negara Malaysia turut
terkesan dengan wabak yang dikatakan berasal dari Wuhan, China.
Hai, namaku Corona. Aku ialah virus jahat. Saiz aku sangat kecil.
Kamu semua tidak dapat melihat diriku. Hahahaha!!. Aku akan
menyerang manusia yang tidak menjaga kesihatan dan kebersihan.
Aku dan rakan-rakanku
suka bermain di sini.
Hehehe

t c huuu
Hat

hu kk
ku
Uhu
Aku menyebabkan ramai manusia sakit. Malah,
mereka menjadi demam, sesak nafas, dan batuk.

Mereka
berasa takut
pada aku!.
Aku tahu ramai orang takut pada aku. Tetapi kamu
semua jangan bimbang, kerana ramai orang yang
berjaya sembuh daripada aku.
Para doktor dan jururawat bertungkus-lumus merawat pesakit yang
dijangkiti virus Covid-19. Pesakit diasingkan mengikut tahap jangkitan.
Bilangan penghuni hospital semakin meningkat.
Kamu harus melakukan langkah-langkah ini agar badan kamu tidak dijangkiti
virus Covid-19. Yang pertama, lakukan saringan Covid-19 untuk mengetahui
status diri negatif atau positif. Jika didapati positif Covid-19, kamu harus
kuarantinkan diri selama empat belas hari. Bagi mengelakkan jangkitan kepada
orang lain.
Langkah ketiga, kita haruslah mencuci tangan menggunakan air dan sabun.
Tangan kita akan menjadi bersih daripada kuman. Langkah yang keempat, kita
perlulah makan makanan yang seimbang agar tubuh badan kita sihat dan segar.
Bak kata pepatah badan cergas, minda pun cerdas.
Langkah yang keempat memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah.
Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali,
sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa. Jika kerap
batuk atau selesema, segeralah mendapatkan rawatan pakar di klinik atau
hospital berdekatan. Langkah kelima, kekal berada di dalam rumah atau
‘Stay at Home’. Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri
kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Keselamatan diri lebih terjamin.
Langkah yang keenam, kita perlu menjaga jarak 1 meter. Sekiranya kamu
perlu keluar untuk membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang
tidak dapat dielakkan, pastikan kamu menjaga jarak satu meter supaya
tidak bersentuhan dengan orang lain. Virus tidak dapat berjangkit jika jaga
jarak.
Ingatlah bahawa, ibu dan ayah kita akan selalu menjaga
diri kita. Patuhi arahan Kementerian Kesihatan
Malaysia. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai